Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Adakah kita telah menjadi umat kesayangan Nabi?

7 Syawal 1430 H Bismillahi walhamdulillah.. Sudah seminggu berlalunya Syawal. Bagi yang sedang menjalankan ibadah puasa sunat 6 di bulan Syawal, selamat berpuasa. Insya-Allah saya berniat untuk memulakan puasa pada minggu hadapan. Sedang memeriksa emel saya pagi tadi, terbaca satu artikel menarik yang ingin dikongsi bersama pembaca budiman sekalian. Terima kasih kepada pengirim, Siti Hafriza, minta izin untuk publish artikel Siti di sini ya..Menginsafi diriku, adakah selama ini kita telah menjadi umat kebanggaan dan kesayangan Nabi yang kita cintai, Muhammad s.a.w.? Sedangkan kita adalah umat yang paling lemah dan umat yang dikurniakan umur yang paling singkat berbanding umat2 terdahulu. Buat diriku yang lemah dan pembaca budiman sekalian, hayatilah artikel ini dan marilah kita menjadi umat kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. kerana... Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulul...

Snap! Snap!

Harimau betul ke ni? kat Muar, Johor kat rumah Opah, Ipoh kenangan di rumah abang Nenek Som @ Mentakab..ada kepala rusa.. comel tak Abah? huhu..

Aidilfitri Yang Bermakna

5 Syawal 1430H 24 September 2009 Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar wa Lillahil hamd.. Catatan Perjalanan Yaakob's family ke Simpang Pulai-Sg Koyan-Mentakab-Kg Embun Temerloh-Bukit Istana Kuantan-Muar-Lubok China-Rantau-Jitra Ayong menulis; Alhamdulillah, Hari Raya tahun ni amat bermakna sekali buat kami sekeluarga. Walaupun Bangah dan Nienah tak dapat beraya sekali dengan kami, tetapi kami dapat merasai kegembiraan berhari raya di kampung sebelah mak dan abah. ( Bangah + Nienah jgn jeles ye, hehe.. ) Sebenarnya posting kali ni aku tujukan khusus untuk adinda berduaku yang berada di perantauan; Bangah @ France dan Nienah @ Cairo. Moga-moga terubat sedikit kerinduan kalian kat kami, hehe..kalau rindu la.. Journey keluarga Hj Yaakob+Pn Khairani bermula pada 29 Ramadhan bersamaan Hari Sabtu lepas. Kami bertolak ke Simpang Pulai, rumah Mak Tok + Tok Wan lebih kurang pukul 10 pagi. Alhamdulillah, bertunggangkan kenderaan baru Abah, KIA Pregio [KCN 8895], kami selama...

Rindu Ramadhan

28 Ramadhan 1430 H Hujan renyai-renyai di luar. Sekali sekala terdengar bunyi guruh. Usai solat tarawikh, tarawikh terakhir untuk Ramadhan tahun ini, hati aku dipagut rasa sayu dan sedih sekali. Ya Allah, Ramadhan dah nak pergi..cepat sungguh masa berlalu, Ya Allah, rintihku. Sungguh, aku rindu Ramadhan. Aku pasti akan merindui saat bertadarus bersama-sama sahabat, saat bertarawikh di rumah-rumah Allah bersama sahabat-sahabat dan adik-adikku. Aku rindu semuanya.. Tetapi Ramadhan tetap akan pergi seiring dengan berlalunya masa. Maka beruntunglah buat mereka yang benar-benar menghargai dan mengisi Ramadhan dengan sebanyak-banyak amal dan kebajikan. Tetapi malanglah buat mereka yang mensia-siakan Ramadhan begitu sahaja. Dan amat malang bagi jika tidak ada satu pun amalan yang bertambah di dalam Ramadhan Al-Mubarak ini, na'uzubillah.. Bulan rahmat ini tidak akan menunggu kita lagi. Kita hanya bersemangat menyambut kedatangannya tetapi apabila sudah berada di dalam bulan Ramadhan, seaka...

Apresiasi Buatmu Sahabat

Bismillahi walhamdulillah.. 23 Ramadhan 1430H Alhamdulillah Allah masih membekalkan keimanan untuk aku dan seluruh umat Islam yang lain dalam meneruskan ibadah Ramadhan pada fasa ke-3 ini. Masya-Allah, sudah fasa ke-3? Sungguh, Ramadhan tahun ini ku rasakan amat sekejap sekali..dek kerana sibuk di tahun akhirkah aku merasakan sekejapnya Ramadhan tahun ini? Astaghfirullah, moga2 Ramadhan tahun ini tidak dilalui dengan sia2, na'uzubillah.. Malam ini seakan kantukku hilang, em ni gara-gara pekena 'nescafe Kak Ana' mungkin..mungkin ada hikmahnya juga, bolehlah aku ngaji lebih sikit malam ni, insya-Allah.. Actually aku baru sahaja melayari blog2 rakanku..baru ku tahu rupanya Mawaddah (kawannya Ham-nursing) dah selamat deliver baby boy 31 Aug baru ni, Alhamdulillah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepada Mawaddah sekeluarga. Tengok ramai sahabat yang dah berumah tangga kadang2 mengundang cemburu jugak, huhu..(ni kes nak kawen ke?) Insya-Allah siapa yang taknak kahwin, mesti ...

Ijtima' Aidilfitri Mahasiswa Kedah

Jom pakat mai ramai-ramai! "Kedah Sejahtera di bawah pimpinan Ust Azizan"

Siri-siri Ramadhan di Kuantan

Bismillahi walhamdulillah.. 17 Ramadhan 1430H Ramadhan sudah 16 hari berlalu.. 10 malam terakhir akan tiba dalam 4 hari lagi.. Masih terasa atau tidak ruhnya? Alhamdulillah, semalam aku iftar bersama adik merangkap sahabat terbaik, Jeneral Hamasyie =) di Restoran Suzana dan kami bertarawikh di Masjid Ampuan Afzan. Rindu sangat nak solat tarawikh 20 rakaat dan Alhamdulillah Allah izinkan. Petang tadi, usai menjawab midterm IB yang tak berapa cukup preparation pun, Astaghfirullah.. jadi malam ni rasa nak jumpa Allah lama-lama sikit..huhu rindu..sebab rasa macam jauh je dengan Allah..syukran dik menjadi teman iftar & tarawikh semalam! 3 hari sebelum ni, aku berkesempatan iftar & bertarawikh di Masjid Negeri, Alhamdulillah.. Siri 1: Bersama adik-adik CTS (Ta'rif) yang bakal menyambung perjuanganku, insya-Allah.. Nad+Me+Rami Zut+Ieja+Anis+Mas Sue+Kila+Adibah Siri 2: Bersama mujahidah-mujahidah abad 20, hehe..they are my precious gift from Allah.. *nanti Kak Fizah letak gambar y...

Kembali Tempur; rasai ruh Badar!

Bismillahi walhamdulillah.. 15 Ramadhan 1430H Alhamdulillah, rasa gembira hari ini. Dapat bersama-sama sahabat2 dan adik2 berqiyamullail, Subuh berjemaah dan mendapat santapan rohani selepas Subuh tadi. Syukran kepada muzakkir hebat saya, Mastura. Sesiapa yang tak hadir tadi memang rugi..walau bagaimana pun, aku husnuszhan dengan sahabat2 yang mempunyai masyaqqah masing2. Takpe, lain kali boleh qiyam ramai2 lagi =) Fatrah exam kembali lagi! Sibuk dengan preparation untuk menghadapi midterm dan di celah2 nak study, kena siapkan assignment yang menuntut usaha yang kuat. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan dengan bantuan rakan2 yang sangat2 membantu. Alfun syukran diucapkan! Dan aku.. Juga akan menghadapi exam esok hari. Paper yang akan diduduki; International Business , subjek minorku. Kena pasang azam dan tekad, nak dapatkan A dalam subjek ni, insya-Allah. Mujahadah Hafizah! Anda boleh! (huhu, ni ayat nak naikkan semangat sebenarnya..) Exam di dalam bulan R...