Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Setahun Yang Dulu..

Setahun sudah berlalu, Saat menuruni 'kerusi' itu, Menyerahkannya kepada yang lebih baik, Dan ternyata 'dia' mengemudi kerusi ini dengan terbaik =) Alhamdulillah banyak sekali yang dipelajari semasa menduduki kerusi itu, Erti amanah, tanggungjawab, toleransi, lapang dada, Juga korbankan 'ananiyah' beserta masa, tenaga, harta, Indah sekali semuanya. Bukan berbangga kerana dipilih untuk berada di situ, Akan tetapi dengan penuh rasa rendah diri mendudukinya, Sedangkan di dalam diri penuh tanda tanya, Akhirnya akur itu adalah pilihan Allah jua. Setahun sudah berlalu, Kini kerusi itu bakal diduduki lagi, Oleh empunya diri yang baru, Yang bakal mengemudinya dengan lebih baik lagi daripada generasi terdahulu, Insya-Allah.. Begitu aku meyakini dan menginsafi, Kitalah mata-mata rantai perjuangan Nabi, Menggalang-ganti tugas dan misi ini, Sehingga tiba masa kita dipanggil Ilahi. BUAT PEMILIK-PEMILIK KERUSI; TAHNIAH & TAKZIAH, ANDA ADALAH PILIHAN ALLAH!

Untukmu Sahabat..

Alam Turut Bertasbih..

"Tidakkah engkau (Muhammad) tahu bahawa kepada Allah lah bertasbih apa yang ada di langit dan di bumi, dan juga burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing sungguh telah mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." [An-Nur 24:41]

MenDARAH DAGINGkan Perjuangan Islam!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! 'Azhim, Allah Maha Besar dan hanya kepada Dia aku berserah diri. Telah aku mewaqafkan diri ini untuk perjuangan Islam yang suci.. Mudah sangat aku melafazkan kata-kata ini. Semudah itukah aku mempraktikkannya? Surah As-Soff ayat 2-3, Allah memberi amaran kepada orang beriman bahawa kemurkaan besar bagi mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan cakapan itu. Astaghfirullah! Sehingga saat ini aku masih merindukan 'alam tarbiyah' di bumi IIUM tercinta. Segala-galanya dirasakan sangat indah dan serasa tidak mahu beralih alam, mahu di situ selamanya. Akan tetapi aku akur akan sunnatullah, mana bisa aku selamanya di situ, sedangkan masih banyak 'tangan-tangan' yang menanti di luar sana. Tangan-tangan itu mahu dipimpin oleh kami yang diberi izin merasai nikmatnya tarbiyah ini. Allah..ini bukannya pekerjaan yang mudah! Nabi s.a.w sendiri apabila diperintahkan untuk berdakwah secara terang-terangan, baginda telah men...

Indahnya Ukhuwwah Ini

Semuanya LILLAHI TA'ALA.. Masih ingat detik dan saat indah itu.. Tahun 2004 kami bertemu, menyemai benih-benih ukhuwwah berpaksikan cinta Ilahi.. Makan minum bersama, tawa tangis juga.. Sehingga kami rasa sungguh dekat sekali. Waktu berlalu, seiring dengan usia kami.. Oh, sudah 24 tahun umur kita sahabat-sahabatku.. Kita sudah melepasi alam mahasiswa.. 6 tahun perkenalan kita dirasakan amat-amat singkat.. Namun semua kenangan itu tidak mungkin aku padamkannya. Manis sungguh ungkapan ini, "Kita bertemu & berpisah LILLAHI TA'ALA!" Benar, janji Tuhan itu pasti.. Kita berpisah sebentar, rupanya Allah mahu mempertemukan kita lagi.. Subhanallah! Tidak putus-putus syukur dipanjatkan.. Senyum sendiri kerana seakan tidak percaya bakal bertemu dengan sahabat-sahabat yang sangat disayangi.. Sahabat-sahabatku, kedatangan kalian dalam hidupku adalah SATU ANUGERAH, Alhamdulillah! Ayuh, kita melangkah lagi, di bumi UM menjadi saksi.. Aku yakin di dada kalian sudah tersemat erat ...

Kosong.

Bismillahi walhamdulillah Rasa kosong. Serba tak kena hari ini. Graf iman menurun, astaghfirullah! Benarlah sabdaan Nabi, lemah dan malas itu menjadi punca kepada kegagalan dalam hidup kita. Sehingga Nabi menyuruh kita berdoa, اَللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ø£َعُÙˆْØ°ُبِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الهَÙ…ِّ ÙˆَالحَزَÙ†ْ ÙˆَØ£ُعُÙˆْØ°ُبِÙƒَ Ù…ِÙ†َ العَجْزِ ÙˆَالكَسَÙ„ْ ÙˆَØ£َعُÙˆْØ°ُبِÙƒَ Ù…ِÙ†َ الجُبْÙ†ِ ÙˆَالبُØ®ْÙ„ِ ÙˆَØ£َعُÙˆْØ°ُبِÙƒَ Ù…ِÙ†َ غَÙ„َبَØ©ِ الدَّÙŠْÙ†ِ ÙˆَÙ‚َÙ‡ْرِ الرِّجَالِ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada - Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya ). Sudah 1432H. Menziarahi blog sahabat, rakan dan adik-adik seperjuangan, rata-rata mereka mencoretkan tentang Hijrah. Terima kasih kalian, pena hati kalian bisa mengetuk tangkai hati yang di kala ini terasa kosong. Kenapa kosong? Tepuk dada tanya IMAN! Rasa jauh dengan Allah, tika solat, tika menatap kalima...

Jalan Pulang

Al-Fatihah. Marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Mak Lang saya (Faridah Abd Manaff), Mak Ngah (Maznah Abd Manaff), nenek (Khadijah Abbas) dan buat seluruh muslimin muslimat yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Kita mendoakan agar ruh mereka semua dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh, insya-Allah. Kronologi pemergian arwah Mak Lang yang dikasihi: Aidilfiri 1430 H: Kami sekeluarga menerima khabar Mak Lang mendapat angin ahmar (stroke). Mak Lang tak boleh berjalan, beliau menerima rawatan fisioterapi secara intensif. Alhamdulillah kami sempat menziarahi beliau. 27 Nov 2010: Kami ke KL, menghantar To’ki ke Uniten dan Umar ke rumah Pak Usu. Terniat untuk menziarahi Mak Lang tetapi masa terbatas, kami bercadang untuk ziarah beliau pada bulan hadapan. Mak Usu yang baru menziarahi arwah minggu lalu menyatakan keadaan arwah yang amat kurus, beliau tak mahu makan, terbaring lesu sahaja. 3 Dec 2010: Pukul 2.30 pagi, Allah menjem...

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Kembali Bertemankan Umar ^_^

Semenjak bergraduasi, saya tidak lagi bercerita tentang Umar saya. Ada sahabat yang bertanya khabar Umar, terima kasih amat, ingat lagi kalian kepada Umar ya. Alhamdulillah Umar sihat sejahtera, macam tuan dia, sudah melalui beberapa kali terapi dan rawatan susulan, moga-moga Umar tough bersama saya di negeri orang nanti =) Baru sahaja tiba di Juliana pagi tadi, selepas menempuh perjalanan 7 jam bersama Abah dan Ecah semalam. Umar pula ditempatkan di rumah Pak Usu selama sebulan sebelum saya mengambil ‘dia’ semula pada 27 Disember nanti, insya-Allah. Alhamdulillah urusan rumah sewa saya dipermudahkan Allah berwasilahkan pertolongan yang amat berharga daripada Pak Usu sekeluarga kepada saya. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Ada bermacam-macam perasaan sekarang ini. Berkobar-kobar, tidak sabar, risau dan gundah pun ada. Perasaan yang pelbagai ini saya adunkan, biar ianya tertumpu kepada mencari keredhaan Allah, insya-Allah. Sudah tentu diri sendiri tidak kuat, Allah sahaja yang memb...

Collection; Pictures & Words

.:DILIGENCE:. .:LEARNED:. .:ENTHUSIAST:. {the picture that most I luv ^_^~} .:HARDWORKING:. {learn from this tiny creature ;) } .:SUCCESS:. {my dream & aim to be achieved, insya-Allah} .:PADDY FIELD?:. {it reflects peace, calmness & harmony, specifically directed to my hometown =) } .:N5M:. {ah-ha, what's the message from this picture actually? can u guess?} Note: still waiting for the so-called 'theater' N5M in her own version =), wish u good luck dear ;)

Korbankan Kecintaanmu!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Sejarah umat terdahulu.. Kisah Qabil & Habil, Nyata, PENGORBANAN Habil yang diterima di sisi Allah.. Kisah Nabi Allah Ibrahim a.s & anaknya Ismail a.s. Peristiwa penuh bersejarah ini menjadi 'ibrah sepanjang zaman, Sembelihlah kecintaanmu! Lalu kibas ditukar ganti, Nyata, TAQWA itu yang sampai kepada-Nya.. Erti PENGORBANAN itu luas, Umat terdahulu telah berkorban, terlalu banyak berkorban, Demi kesejahteraan dan kesenangan umat hari ini.. SALAM EID ADHA 1431 H

Rasa Mahu Menangis..

Alhamdulillah, ucapan hamdalah ini tidak akan pernah berhenti aku sebut.. Dahulu, pernah rasa sebak dan sedih apabila permohonan Sarjanaku ditolak.. Hari ini, subhanallah! Rasa mahu menangis, rupanya Allah mahu menghadiahkan sebuah perjalanan yang bakal ditempuh di sini.. Perjalananku masih jauh dan panjang andai nafas masih bisa dihela.. Perjalananku demi sebuah cita-cita ini tidak akan berhenti selagi ruang dan waktu masih diberikan-Nya.. Malunya aku kepada-Mu wahai Tuhan, betapa kerdilnya aku di sisi-Mu.. Kurniakan aku kekuatan dan kesabaran dalam menggali dan memperdalam ilmu-Mu, amin.. p/s: sahabat2 dan para pembaca budiman, sudilah kiranya mendoakanku. Sesungguhnya tawaran kemasukanku ke UM ini juga adalah atas asbab doa kalian, insya-Allah =)

Antara Garisan

Terkesan. Insaf. Ampunkan hamba-Mu Ya Allah.. 'Buah tangan' Astro Ria malam ini. Walau sudah diulang tayang, baru kali ini berkesempatan menyaksikannya daripada awal. Saksikanlah, ada mesej dan ingatan buat mereka yang sedar. Usah megah dan suka sekali 'menghukum' orang lain, megah diri, mendabik dada bahawa diri ini begitu mulia dan dijamin ke syurga-Nya, na'uzubillah! Urusan dosa pahala adalah urusan Allah Ta'ala, empunya diri lemah ini. Adakah manusia yang hina bisa mengukur dan menentukan dosa-pahala orang lain? Antara Garisan.. Seorang ustaz yang disanjung mulia oleh penduduk kampung akhirnya menangis sendiri atas keterlanjuran dosanya. Dahulu, dia memandang hina perilaku seorang GRO..sampai bisa menghukum, JIHAD katanya..Amar Ma'ruf Nahi Munkar bilangnya..tetapi dia telah menyalah tafsirkan jihad dan AMNM itu, tidak seperti yang Islam ajar kepada penganutnya! Kini..seorang GRO yang dipandang hina itu telah bertaubat dan dia berdiri, menyaksikan Ustaz y...

Hentikan Polemik Ini

Cukuplah... Rakyat menderita, Bekalan makanan dan pakaian yang tidak mencukupi, Ditambah emosi yang tidak keruan. Cukuplah... Usah isu ini mahu dipolemikkan, Banjir itu tiada mengenal anutan politik dan fahaman rakyat. Cukuplah... Jangan kerana anda ada takhta dan kuasa, Isu bersama dicaca-merbakan, Yang seharusnya digembleng bersama. Dengarlah... Suara hati dan rintihan rakyat ini.. Dan renunglah bahawa banjir bukan hanya bencana alam, Tetapi ada mesej yang disampaikan oleh Allah buat kita.

Bah!

Bismillahi walhamdulillah Pertama-tamanya Alhamdulillah, pujian kepada Rabbul Jalil, aku masih lagi diberikan umur pada hari ini. 3 Nov sudah menjengah, anak didikku bakal bertempur pagi ini, untuk kertas 'Calculus II For Engineers'. Doa dipanjat, semoga mereka dapat menjawab dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran =) Sebenarnya niyyahku mahu ke UiTM Perlis hari ini, mengambil answer scripts MAT 285 (Further Mathematics For Engineers) dan seterusnya berada di sana sepanjang peperiksaan bagi kertas MAT235 berlangsung. Sepanjang malam tadi, aku berdoa moga-moga bah yang melanda kawasan-kawasan rendah di Jitra hingga ke Arau surut, agar aku dapat menjejakkan kaki di UiTM Perlis ini. Hypothesis awalku, mungkin jalan Jitra-Tunjang-Padang Sera-Kodiang masih ditenggelami air. Kawasan di situ sememangnya rendah berbanding Jitra selatan sehingga Alor Star. Pagi ini Mak mengajakku menjemput adinda, Ahmad Zaki yang baru sampai di Shahab Perdana, pulang bercuti dari Uniten. Keluar sahaja ...

Menjadi Lebih Berani

Benarlah sesetengah orang berkata, “Menjadi graduan bukanlah berakhirnya sebuah kembara pencarian ilmu tetapi ia merupakan satu PERMULAAN kepada sebuah destinasi perjalanan yang jauh lebih mencabar, panjang dan penuh dengan ranjau.” Perancangan yang teliti dalam menentukan hala tuju dan perjalanan hidup selepas graduasi amat dan TERAMAT PENTING sekali! Beberapa plan harus disediakan, tidak cukup dengan plan A dan plan B sahaja, mungkin menjangkau sehingga plan Z, mungkin..dan di sinilah segala pengalaman di alam kampus dahulu dikerah, diperah dan cuba diaplikasi sebaik mungkin.. Semasa bergelar seorang pelajar Tahun Akhir, aku cuba-cuba membayangkan kehidupan selepas graduasi, pastinya penuh dengan dilema..dilema mahu memilih kerjaya, dilema interview, dilema memilih tempat pengajian untuk MA dsb. Dan sekarang sememangnya diriku berada di dalam dilema. Aku mengira-ngira, sudah hampir 6 bulan tamat belajar, hampir 4 bulan bekerja yang berbaki lagi sebulan dan tinggal 2 bula...