Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Freedom; Buah Tangan Terbaru Maher Zain

Catatan Dhuha

“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu ialah keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.” Berkatnya waktu dhuha itu. Allah melimpahkan rezeki-Nya buat hamba-hamba-Nya yang tidak pernah melupakan-Nya. Lazimilah dhuha, nescaya akan engkau dapati Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi, Maha Pengurnia. Ya Wahhab, kurniakan kami limpahan rezeki dari sisi-Mu, kurniakan kami kesihatan tubuh badan agar dapat kami lebih itqan beramal ibadat kepada-Mu. Ya Wahhab, di pagi dhuha yang mulia ini, aku memohon, kurniakanlah kesihatan dan kesemb...

Manifestasi Syukur dan Najah

Bismillahi walhamdulillah Lafazkan kalimah syukur..lafazkan Alhamdulillah.. Alhamdulillah, mudah dilafaz di bibir tetapi sejauh mana manifestasinya di dalam kehidupan kita? Keputusan SPM baru sahaja diumumkan semalam. Alhamdulillah gembira dengan pencapaian membanggakan daripada adik-adik semua. Tahniah! Teruskan kecemerlangan itu sampai bila-bila. Dalam kegembiraan meraikan kejayaan cemerlang straight A+, ada juga segelintir teman-teman kita yang mungkin terkandas atau juga diuji dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Tidak mengapa, usah bermuram durja, bersedih keterlaluan kerana SPM bukanlah penentu segala-galanya. Tidak dinafikan SPM merupakan ‘tiket’ ke menara gading kerana jika keputusan SPM anda cemerlang, maka cerahlah peluang anda ke menara gading dengan kursus yang diidam-idamkan. Jika keputusan tidak memberangsangkan, ayuh koreksi diri semula. Mungkin ada kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Mungkin cara studi yang tidak menyengat, tidak faha...

Bumi Lebih Takutkan Allah Berbanding Manusia

Dalam riwayat mursal yang disebutkan oleh Ibnu Abid Dun-ya, setelah Rasulullah menenangkan guncangan beliau berkata kepada para shahabat, “Sesungguhnya Tuhan kalian sedang menegur kalian, maka ambillah pelajaran!” Goncangan yang dimaksudkan di atas adalah goncangan bukit Uhud dan Gunung Tsabir di Mekah (hadith sahih). Subhanallah, Tabarokallah! Peristiwa gempa bumi bukanlah baru sahaja berlaku namun ianya telah pun berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. Apabila berlakunya goncangan di dua tempat tersebut, Nabi telah menghentakkan kaki beliau dan bersabda, "Tenanglah Tsabir! Yang ada di atasmu tidak lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang Syahid.” "Tenanglah Uhud! Yang ada di atasmu tiada lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang syahid.” Sabdaan Nabi ini memberi gambaran bahawa bumi tidak akan bergoncang jika adanya manusia yang shiddiq (beriman kepada Allah tanpa ada keraguan) dan syahid (berjuang dan mati di jalan Allah). Cerminan Tsunami Jepun yang berlaku minggu lepas me...

Integriti

Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu , ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP , 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll. Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu Integriti tidak terbatas pada tempat dan ruang. Berintegritilah walaupun di atas jalan raya ! Pengamatan saya sebagai pengguna jalan raya yang sah (baca:pemegang lesen D) amatlah mendukacitakan. Tidak memberi signal samada mahu ke kanan atau ke kiri, mencelah dengan sesuka hati, parking bukan pada tempatnya dll. Hormatilah pengguna-pengguna yang lain, tidak rugi pun anda walaupun satu sen. Bahkan pahala berganda-ganda did...

Bon Voyage Khalilah!

Ekonomi, Bukan Matematik

Bismillahi walhamdulillah Segala pujian kepada Allah, Tuhan Pemilik Alam, masih menghidupkan diri ini dalam keadaan sihat sejahtera, Alhamdulillah. Semoga nikmat sihat ini tidak digunakan untuk tujuan yang sia-sia, na'uzubillah. Tuntutan Master makin meninggi grafnya. Istilah dalam graf Subjek lawan Masa, bertambahnya masa, meningkatnya tuntutan untuk memahami setiap subjekku ini. Menyamai hubungan yang berkadar langsung antara Subjek dan Masa . Itulah pandangan Matematikanya =), dan ikhlasnya diakui Matematik tetap subur mengukuh di hati ini. Manakan bisa aku melupakan begitu sahaja Ilmu Hisab tinggalan Al-Khawarizmi ini. Matematiklah asas kepada semua ilmu Sains, subhanallah! Lalu mengapa tidak menyambung sahaja dalam bidang Matematik? Mahu kuburkan Matematikkah? Soalan lazim yang sering diajukan kepadaku apabila mengetahui sejarah latar belakang Matematikku. Aku hanya senyum. Tidaklah, aku tidak menguburkan langsung Matematikku tetapi aku memandang Ekonomi dari sudut Matematik....