Skip to main content

Ekonomi, Bukan Matematik

Bismillahi walhamdulillah

Segala pujian kepada Allah, Tuhan Pemilik Alam, masih menghidupkan diri ini dalam keadaan sihat sejahtera, Alhamdulillah. Semoga nikmat sihat ini tidak digunakan untuk tujuan yang sia-sia, na'uzubillah.

Tuntutan Master makin meninggi grafnya. Istilah dalam graf Subjek lawan Masa, bertambahnya masa, meningkatnya tuntutan untuk memahami setiap subjekku ini. Menyamai hubungan yang berkadar langsung antara Subjek dan Masa. Itulah pandangan Matematikanya =), dan ikhlasnya diakui Matematik tetap subur mengukuh di hati ini. Manakan bisa aku melupakan begitu sahaja Ilmu Hisab tinggalan Al-Khawarizmi ini. Matematiklah asas kepada semua ilmu Sains, subhanallah!

Lalu mengapa tidak menyambung sahaja dalam bidang Matematik? Mahu kuburkan Matematikkah? Soalan lazim yang sering diajukan kepadaku apabila mengetahui sejarah latar belakang Matematikku. Aku hanya senyum. Tidaklah, aku tidak menguburkan langsung Matematikku tetapi aku memandang Ekonomi dari sudut Matematik. Ya, Matematika Ekonomi atau Mathematical Economics!

Pilihan yang dibuat ini sudah lama sekali aku fikirkan dan memohon petunjuk Ilahi agar pilihan ini adalah yang terbaik untuk aku. Sering aku mengingatkan diri sendiri bahawa inilah secebis pengorbanan yang mampu aku lakukan untuk umat, sebagaimana pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh cendekiawan Islam terdahulu. Moga-moga Allah meredhai jalan pilihanku dan memudahkannya sehingga ke akhir destinasi.


Aku menyifatkan ilmu Ekonomi sebagai satu cabang ilmu yang dinamik. Ekonomi amat berkait rapat dengan seni membuat keputusan (decision making). Bagaimana mahu menyeimbangkan kemahuan yang tiada had (unlimited wants) dengan keadaan sumber yang terhad (limited resources). Di sinilah rukun asas yang menjadi rujukan utama iaitu graf demand dan supply dianalogikan. Jika harga (price) barangan meningkat atau menurun, apakah yang berlaku kepada demand dan supply kita?

Dinamiknya ekonomi disebabkan setiap perubahan kepada endogenous dan exogenous variables adalah bergantung kepada masa. Dan di sinilah ilmu Matematik diaplikasikan. Menarik bukan? Jika mahu tahu perubahan kuantiti barangan terhadap perubahan harga, ilmu pembezaan (derivative) harus digunakan. Bukankah pembezaan itu dijumpai dalam Matematik? Alhamdulillah =)

Terlalu banyak keunikan dan pengetahuan baru yang aku ketemu dalam dunia ekonomi ini. Semakin kita mendalami sesuatu ilmu, semakin terasa kerdilnya kita akan luas dan dalamnya ilmu Allah. Subhanallah! Pembaca budiman, doakan diri ini NAJAH kerana ada sesuatu yang ingin dilakukan untuk Ummah, insya-Allah.

Salam Najah, semoga Falah dalam genggaman!


Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara

Anakanda-anakanda Ummi Sudah Besar

Bismillahi walhamdulillah Masa semakin deras berlari. Aku membelek catatan lama di dada LTC ini. Sungguh, aku merindui gaya penulisanku suatu ketika dahulu. Tulisanku penuh penjiwaan dan agak terperinci. Dalam tak sedar, seiring dengan kemunculan Revolusi Industri ke-4 kini, aku turut mengikut rentak menulis dalam gaya yang lebih ringkas dan padat sahaja. Zaman yang kita diami rupanya mencorakkan diri kita tanpa kita sedar. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara kita berfikir dan tindakan kita. Dunia hari ini sangat pantas! Jika kita tidak mengikuti arus, nescaya kita akan ketinggalan. Begitu juga dalam hal mendidik anak-anak. Anak-anak adalah hadiah daripada Allah melalui asbab pernikahan. Alhamdulillah, dalam usia perkahwinan yang bakal menghampiri 12 tahun, Allah mengurniakan 3 orang cahaya mata kepadaku dan suami. Nafisah Amani, Abdullah Zikri dan Muhammad Furqan nama diberi. Masing-masing sudah berusia 9, 7 dan 5 tahun. Masha Allah, pelbagai ragam yang mereka tunjukkan kepada ka

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora