Menginjak Tanah Serambi Makkah

Bismillahi walhamdulillah

"Nekadnya Fizah!" housemate-ku menyuarakan rasa kehairanan apabila keputusan adhoc dan sedikit 'gila' mungkin aku ambil pada hari Sabtu petang yang lalu.

Aku hanya senyum. "Kite nak gamble je ni, kalau ada tiket, kite pegi lah Kelantan, kalau xde, kite balik rumah.." selamba aku menjawab.

Selepas Asar, aku memulakan langkah ke Mid Valley, mencari sedikit buah tangan buat bakal pengantin. Bismillah, ya Allah perkenankanlah segala perjalananku pada hari ini. Rupanya best juga meronggeng seorang diri ini, rasa bebas! Alhamdulillah..

Wajah-wajah ikon 'backpackers' menyinggah di tubir mata. Seakan merasakan mereka turut bersamaku dalam pengembaraan soloku ini. Benarlah apa yang kalian katakan, menjadi seorang backpacker amat mengujakan dan mengghairahkan! Diri terasa benar-benar seorang musafir, menterjemahkan nilai pemusafiran sebenar di dunia fana ini.

Menikmati ayat-ayat manzhuroh-Nya (adik burung kiwi, 2011)~ anda benar adinda! Dengan berkelana, diri terasa lebih kerdil, diri terasa lebih hina, ilmu terasa lagi cetek! Allahu Allah, mahu mengembara ke seluruh dunia ciptaan-Nya ini. 
Berjiwalah seluas langit! (Hajrun, 2011)~ adinda yang sering saya tersuntik dengan semangat kuatnya! Adinda yang bakal berangkat ke bumi Anbiya' esok hari, sungguh saya dengki! Adinda ini banyak sekali jasanya kepada saya terutama dalam hal-hal penjagaan Umar saya. Ya Allah, jagalah adik saya walau di mana sahaja dia berada. 
Ada seorang lagi ikon backpacker saya, Ukhti Amirah yang kini sudah pun bergelar isteri =), alhamdulillah..Agenda adhoc, pantas dan berani milik dia. Saya kagum dengan adinda yang seorang ini, rasanya tak pernah lagi berjumpa dengan insan se-eksotik beliau. Maaf  Wa deh, ini adalah apresiasi kakanda kepadamu =), kanda masukkan Wa dalam list qudwah kanda, boleh kan?
Menyambung kembara soloku di bumi jajahan Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat ini. Alhamdulillah selamat jua aku tiba. Terpaksa menyusahkan sahabat baik, Su dengan menjemputku di Terminal Bas Kota Bharu. Pertama kali ke rumah Su, sangat gembira dan bersyukur. Satu hal yang aku sukai apabila bertandang ke rumah sahabat-sahabat di Kelantan ini adalah struktur rumah mereka yang besar, luas dan cantik! "Kemas dan cantik rumah Su, senang kalau nak buat kenduri adhoc", aku bercanda.

Su bekerja hari ini. Jadi Su menghantarku ke terminal kembali, aku akan menaiki bas ke Pasir Puteh. Syukran Su, budi baikmu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Geng kembaraku akan disertai oleh Pacah! Adik aku yang seorang ini memang cool dan sokmo senyum =), maaf deh Pacah, akak pinjam awak seharian demi menghadiri walimah Kak Ayu, semoga Allah merahmatimu adinda!

Kasihan juga kepada Pacah, rumah beliau di Rantau Panjang, agak jauh nak ke KB, kemudian nak ke Pasir Puteh pula. Kata Pacah, "xpe kak, bukan selalu akak datang sini", oh terima kasih adik, very glad to hear it! Dalam proses menunggu Pacah, sempat lagi aku beramah mesra dengan dua orang Mak Cik di terminal bas ini. Kagumku dengan warga Kelantan, mesra, ramah, suka senyum dan sopan.

"Uniknya ore Klate dan atmosphere nya, saya semakin ngerti sekarang :)"-aku text kepada adik burung kiwi. Keunikan mereka sukar untuk aku tafsirkan, dalam satu kata dapat aku nukilkan sebagai ASLI. Ya, segalanya adalah asli; rakyatnya, bangunannya, budayanya, segalanya! Ah, jatuh cinta aku dibuatnya!

Orang yang ditunggu tiba juga akhirnya, alhamdulillah. Lalu bergegas kami mendapatkan bas tempatan bernombor 47 untuk ke Pasir Puteh. Hujan renyai-renyai mengiringi pemergian kami. Satu jam lebih juga perjalanan kami. Sambil menikmati bun sedap, aku berbual-bual dengan Pacah. Ah, manisnya rasa kenangan ini, menikmati bun, berbual-bual ceria, di dalam bus dan di dalam hujan =) {rasa macam dalam alam fantasi}

Alhamdulillah kami selamat sampai di pekan Pasir Puteh. Mengerahkan sel neuronku untuk bertindak selanjutnya. Lalu kami mendapatkan teksi, menunjukkan kad kahwin Ayu untuk bertanyakan alamat kepada Pak Cik teksi. Pak Cik teksi rupanya dijemput juga ke walimah Ayu. Alhamdulillah, lafaz kami. Gembira sekali, rasanya inilah pengalaman terindah dan pertama kali ke majlis kenduri menaiki teksi! Nikmatinya wahai diri =)

Akhirnya sampai jua kaki ini di rumah sahabat baikku, Idayu. Subhanallah, Ayu cantik sekali! Layaknya seorang pengantin dihias cantik pada hari bersejarahnya. Aktiviti lazim terus dilaksanakan; 'pukul' gambar di setiap pemandangan cantik yang dirasakan perlu berada dalam kamera handphone-ku. Berborak-borak dengan pengantin, menikmati juadah, bersolat dan akhirnya kami menunggu ketibaan si pengantin lelaki.

Hujan terus-terusan mencurah bumi Pasir Puteh ini. Pengantin lelaki tiba jua, alhamdulillah. Segak kedua-dua mempelai dalam persalinan Peach, barakallah, doa kami. Setelah puas bergambar dengan pengantin, kami mohon undur diri. Jam sudah merangkak ke angka 4 petang dan aku harus mengejar waktu dan sekali lagi gamble untuk mencari tiket ke KL pada malam ini juga!

Sekali lagi Pacah terpaksa disusahkan, huhu maaf Pacah deh, hanya Pacah saja yang akak nampak sebagai mangsa sekarang :)..Pacah yang cool dan sokmo senyum amat meraikan aku, juga familinya, alhamdulillah. Semoga Allah berkati keluarga ini. Kami ke Rantau Panjang dengan kereta Pesona ayah Pacah sambil layan IKIM.fm..macam tau-tau je DJ ni, pandai memutar lagu favourite-ku, antaranya adalah "Waiting For Your Call" dan "Hamba-Mu"..

Sebelum sampai ke rumah Pacah, ayahnya singgah di terminal Rantau Panjang. Terus sahaja ke kaunter, mencari tiket ke KL pada malam ini. Alhamdulillah ada! 8.30 mlm, Rantau Panjang-KL, syukran ya Allah! Rasa Allah amat memudahkan musafir soloku ini. Kemudian berehat seketika dan makan di rumah besar Pacah, alhamdulillah tidak berhenti syukurku kepada-Mu Ilahi..

Masa berangkat tiba jua. Baiknya ibu ayah Pacah, menghantarku hingga ke terminal bas. Rasa macam Mak dan Abah pulak, yang sokmo hantar aku sampai aku nak naik bas..Tidak terhitung kebaikan mereka buatku, hanya Allah jua yang layak mengganjarnya. Aku salam dan peluk ibu Pacah dan Pacah. Hingga ketemu lagi adindaku, syukran for everything! Very happy to have you as my accompany =)

Next destination?

Hidup ini adalah siri-siri kembara..Mengembaralah, kau akan dapati banyak sekali ibrah dan kisah yang dapat kau tinta dalam diari hidupmu kerana hakikat hidup seorang insan itu adalah seorang MUSAFIR dan pulangnya hanya ke negeri abadi..JANNAH! Amin, insya-Allah..



Comments

  1. percaya atau tidak?,
    kembara menjadikan kita lebih yakin diri..am i right?

    ReplyDelete
  2. ya adik burung kiwi, ana muwafiqatun!
    Trm ksh kerana membuka mata saya kpd dunia yg sy sangka selama ini sy x bisa mengelilinginya!

    Mucha gracias dear~

    ReplyDelete

Post a Comment