Skip to main content

Bulan Gembira dan Bait Muslim

Bismillahi walhamdulillah

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah..

Ahlan wasahlan ya Rajab! Sudah lama sekali kami menantimu. Kerana hadirnya engkau adalah sebagai salah satu 'signal' awal datangnya bulan rahmat yang dirindui, Ramadhan Al-Mubarak! Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih mengizinkan aku berada di dalam bulan yang penuh mulia, penuh barokah ini.


Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam, atas nikmat bergelar seorang isteri kepada sang suami yang jauh di mata dekat di hati. Syukru Lillah atas segala nikmat yang Engkau titipkan buat hamba-Mu yang dhaif serba-serbi ini.

Fatrah imtihan semakin hampir. Tidak sedar semester ketigaku bakal berakhir tidak lama lagi. Kesibukan dengan tugasan assignment juga berkejar-kejar dalam menyiapkan Research Proposal membuatkan aku hampir tidak sedar bahawa pantas sekali masa yang berlalu. Allahu Rabbi..

Masa berlalu pergi..zaman juga beredar..Umur semakin meningkat mengingatkan bahawa ajal semakin mendekat. Status diri juga sudah bertukar, tidak lagi mengharung ujian hidup seorang diri, bahkan amanah yang dipikul kini dikongsi bersama zauji. Pahit-manis, suka-duka semuanya dikongsi bersama dan matlamatnya adalah untuk meraih redha Allah, insya-Allah..

Peristiwa besar di dalam hidup seorang insan pastinya menyimpan kisah-ceritera sendiri kepada setiap individu itu. Berkahwin, punya anak, punya kereta dan rumah mewah, punya kerjaya hebat serta bergaji tinggi adalah impian majoriti daripada kita. Tidak salah untuk berimpian setinggi langit asalkan impian itu dikawal dan dipimpin di dalam kerangka Tauhid.

Usia perkahwinanku baru mencecah 3 bulan. Seperti biasa, soalan lazim yang diajukan "sudah ber'isi' ke?", "bila nak dapat baby?" dan sewaktu dengannya tidak sunyi memecah gegendang telingaku. Tersenyum sahaja aku mendengar persoalan mereka, lalu jawapan terbaik yang dapat aku berikan, "Mohon doakan kami, masih belum ada rezki".



Suami, Isteri, anak-anak dan harta benda- semuanya adalah ujian dan nikmat dari Allah. Siapa yang tidak mahu anak-anak yang comel? Anak-anak yang soleh/ah yang bakal menjadi aset kita ke syurga Allah? Namun harus difikirkan dengan mendalam apakah kita sudah benar-benar bersedia memikul amanah Allah yakni anak yang dianugerahkan oleh-Nya nanti? Bagaimana cara kita mencorakkan mereka dan apakah bentuk pendidikan yang akan kita berikan kepada mereka kelak?

Tanamkan di dalam benak fikiran bahawa anak-anak yang merupakan amanah Allah ini akan disoal di Akhirat kelak. Terlunaskah amanah yang diberikan ini dengan baik? Allahu Allah..semoga titipan anak yang bakal Engkau kurniakan kelak menjadi wasilah kepada kami untuk terus menjadi hamba-Mu yang bersyukur ya Allah..

Alhamdulillah, inilah sebaik-baik ungkapan, sebaik-baik lafaz. Alhamdulillah kerana Allah memberi izin untukku menikah, mengecap nikmat cinta selepas nikah. Alhamdulillah kerana walaupun aku dan suami berjauhan, kami tetap saling menghormati, memahami dan menyayangi kerana Allah semata. Alhamdulillah atas segala nikmat kerana di sana, masih ramai lagi mereka yang diuji Allah melebihi ujian yang kami terima. 'ala kulli hal, Alhamdulillah Ya Rabb..

Khaulah,
1 Rajab 1433H

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...