Skip to main content

Vitamin Untuk Wanita

 Bismillahi walhamdulillah

Assalamualaikum dan apa khabar sahabat semua?😊

Pantasnya dirasakan masa sekarang kan? Sekejapnya masa berlalu, baru buat kerja pada waktu pagi, tak terasa sudah masuknya tengah hari, kemudian petang dan malam. Inilah tanda bahawa dekatnya Hari Kiamat dengan kita😥. Takut rasanya jika bekalan kita ni masih tak cukup, kan? Semoga kita sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ni sekejap sahaja.

Vitamin Untuk Wanita

Dalam kesibukan menjalankan tugas seharian sebagai isteri, ibu dan pekerja (bagi yang bekerja), ada ketika rasa penat dan letih menguasai diri. 

Justeru, wahai wanita yang disayangi semua, jom kita sayangi diri dengan mengamalkan vitamin-vitamin daripada Shaklee. Inshaa Allah tiada keraguan dan diyakini halal dan selamat. 

Saya akan share EMPAT VITAMIN SHAKLEE yang disyorkan untuk wanita😊

1. Vita-E Complex

Kenapa Wanita Perlukan Vita-E Complex?

Vita-E Complex dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi. 

Manfaat Vita-E Complex untuk wanita ialah sebagai anti-penuaan, menghalang keguguran dan mempertingkatkan kemampuan reproduktif.


Cuba lihat testimoni Vita-E Complex ni😊
Masha Allah, best sangat kan bila baca testimoni Puan Nurul Fareha ni? Dalam tempoh sebulan mengamalkan Vita-E Complex, parut bekas jerawat dah semakin hilang dan liang-liang pori semakin mengecil. Wah, mana lah tak sayang dengan vitamin ni kan?

2. GLA Complex

GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam Evening Primrose Oil (EPO). Borage adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.


Antara kebaikan GLA Complex untuk wanita ialah melambatkan menopaus, menentang kanser, pelangsingan dan menghalang tambah berat badan.

Wanita selepas melahirkan anak-anak rata-ratanya mempunyai berat badan berlebihan kan? Dengan mengamalkan GLA Complex ini akan merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik. Vitamin ini seeloknya dimbil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

3. Omega Guard


Kalau semua orang tahu kebaikan Omega Guard ni, mesti diorang takkan skip ambil. Kenapa saya kata best? Sebab Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukannya dari hati minyak ikan. Bayangkan kita makan ikan yang mahal tau😃


Banyak sangat kebaikan Omega Guard ni jika amalkan sehari-hari. 

Manfaat yang baik untuk wanita terutama wanita yang hamil ialah membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. 

Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA. Subhanallah!

Selain manfaat untuk perkembangan otak janin, kebaikan Omega Guard ialah dapat mencegah penyakit saluran darah dan strok, menentang kanser, memelihara fungsi-fungsi sendi dan mencegah insomnia.

4. Ostenutrix


Ostenutrix merupakan hot vitamin yang selalu dicari oleh kaum wanita😊

Kenapa saya berkata begitu? Sebab wanita maklum bahawa mereka terdedah kepada gejala osteoporosis apabila usia semakin meningkat. Jom kita berkenalan dengan Ostenutrix😊

Dahulunya dikenali sebagai Ostematrix, kemudian dijenamakan sebagai Ostenutrix pada tahun 2021. Vitamin ini mengandungi 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D3, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. 


Kajian menunjukkan bahawa suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat-manfaat Ostenutrix ialah:
  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Meringankan stress
  • Memperbaiki masalah haid
  • Pengalkalian tubuh
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
Jom amalkan semua vitamin di atas ye.

Wanita tonggak sesebuah keluarga. Apabila wanita tidak sihat, maka tidak berseri lah keluarga itu. Jom sayangi diri kita dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat😊

Hafizah
SID Shaklee Kulim, Kedah

#billionaire
#ProjekBlogMega
#shakleetriumph
#shakleethrive 


Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...