Skip to main content

Mereka Tetap Di Hati

Masa amat cepat berlalu. Begitulah lumrah kehidupan dan aturan Ilahi dalam setiap diari hamba-Nya. Tidak terlepas buat diriku. Terasa masih tidak bisa menjadi anak solehah buat ayahanda dan bonda sepanjang dua bulan ini. Astaghfirullah, mohon ampun dari-Mu ya Allah, bantulah aku untuk menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat.

Entah kenapa malam ini, sesudah solat Isya’ku, fikiran dan hati ini asyik teringat-ingat ‘mereka’. Mereka yang pernah hadir di dalam hidupku, mereka yang pernah mengetuk hati dan perasaan ini dengan nama ukhuwwah dan kasih sayang. Mereka yang juga menjadi ‘amanah’ku walaupun setahun cuma. Mereka yang aku ingati dan rindui saban waktu.

Ya, dengan mereka aku merasa cukup bahagia dan gembira. Bertemu mereka melahirkan rasa kagum dan syukurku yang tidak terhingga. Aku lebih bahagia menjadi pendengar setia mereka. Suka dan bangga dengan debat, celoteh dan buah fikiran mereka tiap kali kami berjumpa. Ah, itulah kenangan manis yang tidak mungkin akan aku lupakan sampai kapan pun,insya-Allah..

Aku masih mengingati detik pertama menerima ‘amanah’ ini. Aku merasakan ketidak layakan aku untuk menjadi ‘ibu’ mereka lantaran mereka ini lebih hebat ilmunya, lebih tekun ibadahnya, lebih itqan kerja islaminya berbanding diriku. Akan tetapi, atas nama sebuah amanah, aku menerimanya Lillahi Ta’ala walau ada sedikit gusar di dalam hati ini.

Aku sebenarnya sudah pun mengenali mereka, malah mereka ini bukanlah asing bagiku. Kami sudah biasa bergurau senda, berdiskusi mahu pun makan dan tidur bersama. Ya, kami telah pun mengenali antara satu sama lain cuma perkenalan kami tidak diikat dalam satu ikatan istimewa seperti yang kami lalui ini. Jadi, menerima mereka sebagai ‘amanah’ku tidaklah dirasakan terlalu kekok, Alhamdulillah.

Masa terus berlalu tanpa sesaat pun menunggu kami. Usia persahabatan kami juga begitu dan kami terus menitinya walau dalam kesibukan kami sebagai pelajar. Seiring pertambahan umur dan kematangan, aku melihat sendiri perkembangan mereka yang semakin hari semakin matang dan dewasa. Bagai seorang ibu yang gembira menyaksikan anaknya sudah besar dan matang dalam setiap tindakan mereka =)

Aku lebih senang menjadi ‘sahabat’ dan ‘kawan’ kepada mereka berbanding menjadi ‘kakak’ kepada mereka. Bagiku, dengan menjadi seorang sahabat, mereka lebih senang dan mudah untuk berkongsi apa sahaja denganku tanpa ada batasnya. Alhamdulillah, mereka menerimaku seadanya walaupun aku merasakan terlalu banyak kekurangan berbanding dengan mereka.

Ah, kalian tetap di hati ini! Tidak mungkin dapat aku padamkan segala kenangan kita bersama daripada kotak memoriku. Kadang-kala mengingat mereka ini membuatkan aku menangis. Aku amat merindui masa-masa kami bersama. Kami berusrah, berqiyamullail, makan-makan, mandi di Panching, berdebat, berjenaka, bergaduh sayang dan macam-macam lagi. Sesungguhnya mereka tetap di hati ini..

Dan entri ini adalah khas untuk mereka.


Mereka yang pernah hadir dan mewarnai hidupku,

Mereka yang mendekatkan aku dengan Tuhanku,

Mereka yang menyemarakkan semangat jihadku,

Mereka yang membuatkan aku tersenyum bangga

dan melimpah syukurku atas perkenalan dan persahabatan ini..


Dengan bangga dan syukur aku memperkenalkan mereka dan aku tinta kemas nama-nama mereka pada sudut hatiku yang paling dalam, doaku semoga Allah menjaga dan menyayangi ‘amanah’ku selama-lamanya. Tiada kata yang dapat diungkapkan; aku amat menyayangi mereka Lillahi Ta’ala..

~Nurul Khairani Ismail

~Sahibul Afzan Wahab

~Umme Hafizah Ahmad

~Siti Rashidah Md Zain

~Aidayatey Azman

~Nadhirah Redzuan

~Wan Mahani Wan Salleh

~Siti Nor Hayati Che Mat Zain



.:The Enigma:.

~Kita bertemu dan berpisah hanya kerana kita menginginkan pertemuan abadi di Negeri Akhirat sana, insya-Allah~

Comments

  1. nama saya takda kak..hehe

    gonna miss u
    happy graduate=)

    ReplyDelete
  2. owh adik, trm ksh ats comment :)
    hehe, itu nm anak2 akak, of course nm hajar ade gak, dlm hati akak ni, huhu..
    adikku, akk takkan lupakan seeemua adik2 akk yg comel2 & baik hati ni..
    gonna mz all of u jgk!
    tQ 4 da wish & gudluck to u too dear ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Detik Perkenalan ku dengan Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Entri terakhir ku dalam blog LTC ini ialah pada 2018 yang lalu. Allahu Akbar, lama sungguh tak menulis! Kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang detik perkenalan ku dengan makanan tambahan dan vitamin daripada Shaklee. Pertama kali aku melihat tong ESP Shaklee ialah di rumah datukku, jika tak salah sekitar tahun 1990-an. Aku masih kanak-kanak ketika itu dan hanya capture perkataan Shaklee dalam mindaku tanpa mengetahui apa itu Shaklee?  Masa berlalu, aku menginjak dewasa, sudah berkahwin dan punya cahaya mata. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Ilahi. Menginjak usia menghampiri 30-an, aku perasan badan aku dah kurang cergas, cepat letih dan BMI pun tak normal 😪 Satu hari, aku terbaca posting FB seniorku, Kak Ros yang kini merupakan upline ku mengenai vitamin Shaklee. Lalu aku terus menghubungi beliau dan menyatakan masalahku. Aku berhasrat hendak mencuba ESP kerana daripada pembacaan ku, ESP dapat membantu membekalkan tenaga dan me...