Meneruskan Cita-cita

Selalu orang berkata "Gapailah cita-cita walau ianya setinggi bintang di langit"
Tetapi adakah setiap cita-cita itu seringkali terlaksana atau berjaya digapai?
Ya bagi mereka yang "Pay now play later" dan mungkin tidak bagi mereka yang "Play now pay later"

Pay now play later~mungkin ungkapan ini boleh disamakan seperti pepatah Melayu kita "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian". Kita harus pay (membayar/bersusah) dalam merealitikan cita-cita sebelum kita akan play (bermain/bersenang) pada masa akan datang. Seorang pelajar/mahasiswa harus 'membayar' kejayaan mereka dengan usaha yang konsisten, mujahadah yang tiada henti di samping doa dan tawakkal kepada-Nya sebelum mereka bisa 'menikmati' sebuah kejayaan.

"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis"-saya kira ini adalah satu ungkapan motivasi buat diri saya dan sesiapa sahaja yang benar-benar menyelami ungkapan ini. Kenapa mujahadah itu pahit? Kerana mujahadah atau kata akarnya iaitu jihad membawa erti kesusahan (masyaqqah), kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Manusia tidak perlu disuruh untuk melakukan perkara yang mereka suka tetapi mereka perlu disuruh untuk melakukan perkara yang perlu dan perkara yang perlu inilah selalunya adalah perkara yang tidak disukai. Sebagai contoh; seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada akhir tahun perlulah mengulangkaji pelajaran secara konsisten (istiqomah) dan ini adalah perkara yang perlu mereka lakukan. Tetapi adakah mereka menyukai perkara yang perlu ini? Mereka mungkin lebih gemar untuk bersantai-santai daripada mengulangkaji pelajaran terus-terusan dan inilah perkara yang mereka sukai. Jadi bagaimana untuk meraih kejayaan andai sikap bersantai-santai ini yang diamalkan?

Disebabkan itu kuncinya adalah mujahadah. Mujahadah melawan hawa nafsu, mujahadah melawan sikap malas dan sebagainya. Orang yang berjaya adalah orang yang memaksa diri untuk berubah dan perubahan itu disertai dengan mujahadah. Orang yang gagal pula tidak mahu memaksa dirinya untuk berubah sebaliknya akn berubah jika terpaksa. "If you fail to plan, you are plan to fail".

Peringatan ringkas buat diriku dan rakan-rakan yang sudi menatap post kali ini. Raihlah Cinta Rabb yang abadi dan bercita-citalah untuk menjadi hamba kesayangan-Nya fid darain, insya-Allah..dan kita mampu meraihnya dengan MUJAHADAH!

Comments