31 Ogos 1957 - Hari yang bermakna ini akan sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia. Ketika Bapa Kemerdekaan Malaysia kita melaungkan perkataan keramat, Merdeka! Merdeka! Merdeka! dan disambut oleh seluruh rakyat Tanah Melayu ketika itu, peristiwa bersejarah tersebut terus diingati dan sehingga diabadikan di dalam filem mahupun drama di negara kita. Alhamdulillah, inilah ucapan keramat yang tidak bisa dilawan oleh mana-mana ucapan lain atau dalam erti kata lain-ucapan manusia. Kemerdekaan ini adalah daripada Allah jua. Tidak salah untuk menyambut dan mengingati Hari Kemerdekaan Negara kerana ianya adalah salah satu bentuk atau tanda kesyukuran kita atas nikmat kemerdekaan negara kita daripada cengkaman penjajah. Syukur kepada Allah kerana kita masih boleh mendiami negara yang aman, tiada ghazwah secara zahiriah dan masih boleh bekerja dengan baik. Bertambah lagi kesyukuran kita kerana pada tahun ini, 31 Ogos 2010 jatuh di dalam bulan Ramadhan, bulan rahmat dan bulan kebe...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."