Jaulah ke Pulau Mutiara

Bismillahi walhamdulillah

Salam Sayyidul Ayyam, penghulu segala hari, hari Jumaat yang mulia.

Sedikit perkongsian buat para pembaca "Leading The Change", moga yang baik dapat diambil untuk manfaat bersama.

:: UiTM Pulau Pinang::

Pagi kelmarin (Khamis), aku menyatakan kepada Abah, aku ingin memohon jawatan pensyarah DM45 di UiTM Pulau Pinang. Aku bersama dengan dua orang rakanku yang lain. Abah nampak gembira dan menyokongku, Alhamdulillah. Lalu, dia memberikan idea untuk menghantar borang permohonanku by hand di UiTM Pulau Pinang. Means, kami akan ke sana, UiTM Pulau Pinang!

Itulah Abah, sentiasa bersemangat dalam apa jua pekerjaannya, dan semangat beliaulah yang mengkagumkan aku. Menyandang tugas sebagai seorang pensyarah sambilan ini mendekatkan aku dengan profesion Abah, Abah sebagai seorang pensyarah selama 26 tahun, Masya-Allah! Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Abah dalam mencurahkan ilmu dan baktinya kepada anak bangsa, kepada pelapis kepimpinan masa hadapan, insya-Allah.

Jaulah ke Pulau Pinang..dipendekkan cerita, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di UiTM Pulau Pinang yang cantik dan terdapat bangunan-bangunan yang masih under construction. Abah kata UiTM Pulau Pinang dah banyak berubah, kali terakhir Abah sampai di UiTM Pulau Pinang adalah pada tahun 2004. Meaning that banyak perubahan yang berlaku dalam masa 6 tahun ini.

Selepas melepasi pos pengawal, kami terus ke Bahagian Pengurusan di Tingkat 9. Wah, UiTM Pulau Pinang lagi advance lah daripada UIA dari segi altitudenya, bisikku.. Abah pula nampak gembira sebab berpeluang naik lif, sebabnya di UiTM Perlis, tiada lif =)

Alhamdulillah, urusan penghantaran borang permohonan berjalan dengan baik. Staf di sana melayani kami dengan baik sekali dan sempatlah aku mengambil nombor telefon dan nama staf penjawatan yang dapat dihubungi jika ada sebarang pertanyaan, Alhamdulillah..

::DR ONE::

Usai 'lawatan' ke UiTM Pulau Pinang, kami pun mahu segera pulang. Terdetik di hatiku, jika inilah jalan kerjayaku (baca:pensyarah), aku menerimanya dengan redha dan syukur kerana aku tahu setiap jalan yang Allah tunjukkan, itu adalah jalan yang terbaik. Syukran Ya Allah!

Destinasi seterusnya-Bertam. Mulanya aku tak tahu yang Abah nak mencari DR ONE, aku ingatkan Abah hanya nak mencari 'Teh Tarik Susu Kambing' DR ONE sahaja, tetapi takdir Allah Yang Maha Kuasa, kami diizinkan bertemu dengan individu hebat ini, Dr Anuar bin A.Hamid, pengasas Dr One International Sdn Bhd.

Subhanallah, hebatnya Allah SWT, Dialah yang menciptakan dan memberikan kehebatan kepada Dr Anuar ini. Dr Anuar amat ramah melayan kami sehingga kami tidak merasa asing, seperti sudah lama kenal. Beliau menceritakan pengalamannya, bagaimana beliau menceburkan diri dalam bisnes ini iaitu minuman herba DR ONE yang halal lagi suci. Kagum dengan prinsip hidup beliau,

"Dalam hidup saya, tiada nombor 2,3,..yang ada hanyalah nombor 1"


Masya-Allah, ana muwafiqatun! Aku menyetujuinya dan patutlah produknya memiliki nama DR ONE kerana pengasasnya hanya ada NUMBER ONE dalam kamus hidupnya!

Abah bertanya rahsia kejayaan beliau dan beliau menjawab BERDIKARI! Seusia 7 tahun, tanpa suruhan orang tuanya, beliau memancing ikan dan menjualnya dengan harga RM 1 atau RM 2 pada ketika itu. Dalam bulan Ramadhan pula, beliau menjual 'ais batu' dan semua itu dilakukan kerana beliau ingin berdikari, tanpa paksaan dan suruhan sesiapa tetapi atas kerelaan diri beliau sendiri. Rupa-rupanya business-minded telah dipupuk sejak usia beliau masih kecil lagi dan hasilnya dapat dilihat pada hari ini-seorang pengasas minuman herba yang halal lagi baik, Muslim Product, Alhamdulillah.

Tarbiyah hari ini-Allah mempertemukan aku dan Abah dengan individu hebat, dan inilah contoh Muslim yang ingin kita teladani. Contribute and benefit the Ummah! Insya-Allah, mutiara-mutiara berharga daripada Dr Anuar akan aku jadikan panduan dan inspirasi dalam meneruskan layar kehidupan ini. Sesungguhnya setiap insan yang aku temui adalah sumber inspirasiku dan Dr Anuar menjadi salah seorang daripadanya =)

{adopt DR ONE's spirit in my career, insya-Allah}


Comments

  1. laa turun penang ka.. pi ziarah farah dak? dekat dah tu

    ReplyDelete
  2. Jarq! huhu, mmg teringat kt farah, tp xdan nk singgah..p satja, p antaq borg kt uitm penang, then terus blk..farah still kt umh dia lg? smg dia n family tabah & sabar ats ujian ini..

    ReplyDelete

Post a Comment