Kembali Bertemankan Umar ^_^

Semenjak bergraduasi, saya tidak lagi bercerita tentang Umar saya. Ada sahabat yang bertanya khabar Umar, terima kasih amat, ingat lagi kalian kepada Umar ya. Alhamdulillah Umar sihat sejahtera, macam tuan dia, sudah melalui beberapa kali terapi dan rawatan susulan, moga-moga Umar tough bersama saya di negeri orang nanti =)

Baru sahaja tiba di Juliana pagi tadi, selepas menempuh perjalanan 7 jam bersama Abah dan Ecah semalam. Umar pula ditempatkan di rumah Pak Usu selama sebulan sebelum saya mengambil ‘dia’ semula pada 27 Disember nanti, insya-Allah. Alhamdulillah urusan rumah sewa saya dipermudahkan Allah berwasilahkan pertolongan yang amat berharga daripada Pak Usu sekeluarga kepada saya. Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Ada bermacam-macam perasaan sekarang ini. Berkobar-kobar, tidak sabar, risau dan gundah pun ada. Perasaan yang pelbagai ini saya adunkan, biar ianya tertumpu kepada mencari keredhaan Allah, insya-Allah. Sudah tentu diri sendiri tidak kuat, Allah sahaja yang memberikan kekuatan kepada kita.

Menghitung hari yang sesat pun tidak pernah menunggu kita, 5 bulan bertugas sebagai pensyarah sambilan sepenuh masa akan tamat pada esok hari! Masya-Allah, sekejap sungguh masa berlalu. Menyelak lembaran diari 5 bulan lalu, membawa diri untuk bermuhasabah dan terus mengkoreksi diri. Adakah diri saya sudah layak bergelar seorang pendidik dan mampu mendidik insan-insan di luar sana? Bukan sahaja ilmu duniawi yang ingin dicernakan tetapi juga ilmu ukhrawi, bekal untuk najah di kedua-dua negeri ini.

Dengan hamasah ini, saya akan membawanya ke dunia Sarjana saya, insya-Allah. Saya sangat gembira dan teruja apabila berborak dengan pensyarah-pensyarah di UiTM Perlis ini, rata-rata mereka ini adalah individu hebat, memiliki anak-anak yang juga hebat.

Dalam diam, saya juga berhasrat dan ingin menjadi seperti mereka. Lalu apa tugas saya? Saya wajib BERTANGGUNGJAWAB kepada hasrat dan impian saya iaitu menggenggam FIRST CLASS dalam MASTER OF ECONOMICS saya, insya-Allah!

Apa pula yang saya harapkan daripada pembaca budiman sekalian? DOA. Cukuplah dengan tiga huruf ini, anda sudi mendoakan saya. Saya juga berdoa semoga Allah terus limpahkan kejayaan dan rahmat-Nya buat anda dan saya di dunia dan akhirat.

AYUH, KITA BERJUMPA DI PUNCAK JAYA!!

Comments

  1. Rasa mahu turut sama sertai jalan ke puncak jaya =)
    Doakn akk juga, mahu ke tmpt yg sama. Sedang tgu permohonan baru dibuka. Rugi plak rs x apply awl2 hr tu...

    May Allah bless ur way =)

    ReplyDelete
  2. Syukran kak =)

    Rezeki di UM, skg ni tgh berusaha kumpul momentum, nk lunaskan janji sy kak..doakan sy slalu ye =)

    Akk jg, i'Allah moga2 ada rezeki di tmpt yg baik utk akk =)

    ReplyDelete

Post a Comment