Skip to main content

Jeda

Bismillahi walhamdulillah

Hampir sebulan aku bergelar pelajar Sarjana. Bagaimana rasanya? Alhamdulillah sedang menikmati keindahan bidang baru yang ku kira mencabar juga dan dalam masa yang sama berusaha untuk enhance skill-skill yang sudah 'berkarat'.

Tidak dinafikan jalan Sarjana yang ditempuh sekarang sudah menampakkan 'wajah sebenar'nya. Susah. Payah. Berat. Sesak. Atau mungkin ada kalimah lain yang boleh diertikan dengannya. Allahu Rabbi, tidak bertujuan untuk mengeluh apatah lagi menyesal akan jalan yang dipilih ini. Malah aku amat bersyukur kerana menjadi antara yang dipilih untuk mendalami ilmu Iqtishad ini. Alhamdulillah..

Peristiwa di dalam kelas 'Advanced Microeconomics' sebentar tadi membuatkan aku jeda. Dengan berlatar belakangkan Ilmu Hisab yang tidak seberapa kebal menjadikan aku malu dengan pensyarah serta rakan sekelas. Sudah tentu aku seharusnya menjadi yang lebih dahulu tahu untuk solve mathematical problems disebabkan Degreeku di dalam bidang Matematik! Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ah, sungguh malu!

"Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya". Seolah cakapan orang-orang tua ini mengena batang hidung sendiri. Sifir mudahnya adalah aku TIDAK BERSEDIA! Sudah diulang-kali diingatkan sejak alam kanak-kanak, rupanya usia yang mencecah suku abad ini masih tidak diambil serius. Astaghfirullah..

Tunduk dan hisab diri. Lama sekali jedaku kali ini.

Allah Ya Rabbi,
Kurniakan aku kecerdasan aqal fikiran,
Kurniakan aku keikhlasan dan ketenangan hati,
Kurniakan aku kesihatan tubuh badan,
Kurniakan aku kekuatan..

Dan kembali mencipta Lagrange equation buat diri;
Max (FOCUS, DETERMINATION, EFFORT)
subject to constraint (weakness, laziness, carelessness)
bersamaan

S = (F, D, E) s.t. (w, l, c)

moga di akhirnya SUCCESS {FALAH} bisa ku genggam! "Rabbi yassir wala tu'assir"

Comments

  1. fizah, kesian nya kamu diperli begitu.
    maafkan mereka dan bangkitkan semangat berjuang. tunjuk kita tidak lemah dengan kritikan, tapi kuat menghadapi mehnah ujian. ujian dalam belajar ini adalah sesuatu yang pasti ada solusi. ianya pasti. semangat2! all da best, sahabat! =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...