Skip to main content

Tanyalah Tuhanmu


Bait-bait lagu "Cahaya Hati" nyanyian Opick ini terasa menusuk terus ke tangkai hatiku kala ini. Allah sangat dekat, amat dekat daripada urat nadi kita sendiri. Ya Allahu Ya Rahman, Ya Ghafur, Ya Rahim..

Ya, ada rasa sedih hari ini, semua kerja semacam tidak keruan. Allah..hitamkah hatiku? Dalam tidak sedar aku lalai kepada-Mu.

Semua makhluk bersujud kepada-Mu..

Tuhanku, di kala ini kesepian menemaniku. Hidup di negeri orang kadang kala menjadikan aku tidak betah, berpura-pura nampak kental dan kuat walhal hanya Engkau Yang Maha Mengetahui kerdilnya aku, kecilnya aku, lemahnya aku..

Dahulu, kehidupanku sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang. Jika hati tidak tenteram, jiwa mula kacau, tazkirah berhikmah aku minta daripada sahabat-sahabat dan kedua orang tuaku. Subhanallah, syukurku tidak terhingga kerana diberikan izin dan nikmat berdampingan dengan insan soleh solehah dalam hidupku.

Mungkin aku terlalu tamak Ya Tuhan. Tamak sehingga tidak memikirkan satu saat nanti aku bakal berseorangan menghadap-Mu. Tiada ibu ayah, tiada teman-teman, tiada guru-guru. Pada ketika itu tiada siapa yang dapat aku minta nasihat, tazkirah mahu pun pandangan.

Memuja memuji Asma'-Mu

Subhanallah..Astaghfirullah..Allahu Akbar..

Peristiwa sebentar tadi amat menggoncang jiwaku Ya Allah..Tiada siapa pun yang dapat membantuku melainkan Engkau Ya Rabbi..Syukran Ya Allah atas nikmat ujian ini. Sesungguhnya lebih ramai insan di luar sana yang lebih hebat ujian mereka, lebih sarat tanggungan kesedihan dan kesengsaraan mereka daripadaku..

Setiap wajah mendamba Cinta-Mu, Cahaya-Mu

Begitu juga aku. Pandanglah aku Ya Allah, janganlah Engkau sisihkan aku, kasihanilah aku Ya Allah..


Comments

  1. Salam: Terimakasih kerana menyenaraikan blog saya ke dalam senarai blog-blog saudara. Saya juga telah menyenaraikan blog saudara ke dalam blog pilihan saya. Semoga terus maju dalam bidang blogging.

    Malaysian Economy Updates

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...