Skip to main content

Rakaman Februari

Bismillahi walhamdulillah

Agak lama tidak meninggalkan jejak di sini. Banyak sekali rakaman dan lakaran peristiwa yang menggembirakan, mendukacitakan juga menggugah Februari 2011 ini.

Baitul Muslim

Alhamdulillah, dua orang sahabat baik telah beralih fasa kehidupan mereka. Menyahut seruan Nabi, melengkapkan diri dengan sebahagian daripada agama iaitu PERNIKAHAN. Barakallahulakuma wabaraka'alaikuma wajama'a bainakuma fil khair didoakan buat pasangan pengantin baru;

Wan Asfarina & Muhammad Asyraf
Nawwarul Huda & Abdul Hayyi

Rusuhan di Mesir

Down Hosni Mubarak! Sejak 25 Januari lalu, pakatan rakyat Mesir merusuh demi untuk menjatuhkan rejim Mubarak, hegemoni Mesir selama 30 tahun. Perintah berkurung atau 'curfew' telah diarahkan kepada seluruh rakyat Mesir. Di mana-mana sahaja rakyat menuntut sebuah keadilan, bukannya kezaliman! Usai di Tunisia, sedang di Mesir dan bakal berlaku pula di Britain. Saya ingin menambah, tidak mustahil gelombang intifadhah ini akan menghempas Malaysia pula! Apa-apa pun, marilah kita berdoa agar rakyat Mesir mendapatkan kembali hak-hak mereka. Takbir!

Gugahan Master-ian

Taring Master makin kelihatan dan sedang menampakkan keganasannya. Berhari-hari berhibernasi, beruzlah bersama-sama assignment yang luar biasa tempoh menyiapkannya. Mahu juga menumpahkan air mata dek bisikan 'putus asa' tidak henti-henti menerpa. Mujur ada Allah, tempat mengadu dan meminta segala. Semoga semangat dan langkahan ini tidak akan berhenti lagi, insya-Allah. Terpandang artikel yang dipamer di dinding; Ibrahim Syahid, anak muda seusia 17 yang merangkul 23A dalam peperiksaan O Level beliau. Ah, malu! Ingin seperti beliau..

Gamitan Juliana

Alhamdulillah wa syukruLILLAH, adinda yang belajar di Ardhul Kinanah telah selamat tiba di Juliana kelmarin. Berkat doa seluruh muslimin dan muslimat yang mendoakan keselamatan kepulangan mereka, akhirnya dimakbulkan Allah. Siapa kita untuk menjadi hamba-Nya yang tidak bersyukur? Juliana menggamitku. Hampir terlupa sejak bergelar warga UM, aku masih belum pulang ke kampung halaman. Insya-Allah bakal bertemu dengan insan-insan tersayang tidak lama lagi. Pulanglah menjenguk kedua orang tua kita selagi mereka masih ada.

Hari Lahir Abah

10 Februari! Sanah helwah buat Ayahanda yang dikasihi. Kak Yong mendoakan yang terbaik untuk Abah; diberkati dan dipanjangkan umur dalam iman, bertambah iman, taqwa dan amal, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, insya-Allah.

Catatan dinihari;
Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini~


Comments

  1. Berlelah-lelahlah kerana masnisnya hidup terasa sesudah lelah berjuang -Imam Syafie

    You can do it sis! It's all about your mind =)

    Berdoalah moga Allah beri kekuatan luar biasa buat diri mu
    Berdoalah kerana kekuatan doa itu sangat dahsyat!
    Berdaoalh kerana DIA sentiasa mendengar~

    ReplyDelete
  2. Syukran Adinda :), slalu ada utk tiupkan smgt km..
    Doakan, doakan, doakan..

    Nice phrase from Imam Syafi'e, and I luv most his meaningful words, syukran again!

    Slmt menghabiskan sisa2 hidupmu sbg mahasiswa Thn Akhir Nursing, ganbatte!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...