Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Hiya Minhatun, Hiya Mihnatun

Bismillahi walhamdulillah "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" [67:2] Subhanallah, Maha Suci Allah yang berkuasa mutlak ke atas hamba-hamba-Nya. Saat seseorang hamba itu membuka matanya di pagi hari sehinggalah menutup matanya kembali untuk tidur di malam hari, segala-galanya di bawah penguasaan Tuhan kita, Allah S.W.T. Manusia digalakkan untuk merancang. Merancanglah dan memintalah kepada Dia agar setiap rencana dan rancangan itu selari dengan perancangan Allah jua, insya-Allah. Sedikit perkongsian catatan hidup, bukan mahu dibicarakan sangat cerita biasa-biasa ini, tetapi mahu ianya walaupun tidak menarik, ada pelajaran yang dapat dicedok. Halaman LTC sekali lagi menjadi saksi, saat setiap jari ini mentinta, ada Yang Maha Melihat. Tintaan ini, moga bermanfaat walau sebesar zarah cuma. Pagi hari Khamis, indah dan damai, alhamdulillah. Niat di hati yang sudah lama ters...

Dunia Pendidik; Ahlan Wasahlan

Bismillahi walhamdulillah Menulis di halaman LTC ini memberikan satu kepuasan kepada diri. Niyyah utama adalah menulis kerana-Nya kerana aku tahu bahawa setiap perkataan yang ditinta di sini pasti akan disoal oleh-Nya. Mohon maghfirah-Mu Ya Allah, biarlah apa sahaja yang ditinta di sini mendapat redha-Mu dan bermanfaat sedikit sebanyak buat yang membaca. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Dunia yang dirindui olehku sudah menjengah. Allah Ar-Razzaq memperkenan memberikan sekali lagi peluang keemasan untukku mengasah dan mempertajam 'teaching skill' yang bakal bermula esok hari. Setelah hampir setengah tahun meninggalkan tanah UiTM Perlis, guru pengalaman pertamaku, kini tanah PASUM pula bakal menjadi guruku. Doa dipanjatkan, Ya Allah bantulah hamba-Mu ini.. Walaupun aku sudah punya sedikit pengalaman dalam mengajar, tidak dinafikan rasa gundah juga cuak melatari hati ini. Sudah tentu subjekku (baca: anak didik) adalah berbeza dengan mantan pelajarku dahulu. Mengikut ...

Second Chance

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah segala syukur, puja-puji dipanjatkan kepada-Nya, yang sentiasa menjaga kita hatta di dalam gelap mahu pun terang. Betapa tidak terhitung nikmatnya, " wayarzuqhu minhaithu la yahtasib "-Dia yang memberikan rezqi dalam keadaan yang tidak disangka-sangka atau orang Melayu kita selalu tafsirkan sebagai 'durian runtuh'. " Inna ma'al 'usri yusra "-sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesenangan. Maha Suci Allah, Dia tidak akan membebankan hamba-Nya jika hamba-Nya itu tidak mampu. Sesulit apa pun masalah yang dilontarkan, pasti ada jalan penyelesaiannya. Sesedih apa pun kejadian yang menimpa, pasti ada pelangi yang mewarnai selepasnya. Dan begitu juga, sesuram, semuram, sepahit dan apa sahaja 'se' yang berwarna hitam, pasti akan diselit warna ceria, pelangi indah dan sinar cahaya jika direnung dengan mata hati kita. Ujian, mehnah adalah lumrah dalam kehidupan orang beriman. Allah juga berfirman bahawa tidak ...

Ayah Bonda; Maafkan Anakmu Ini

Bismillahi walhamdulillah Puteri sulung Mak dan Abah ingin mencoret sesuatu di sini. Terlebih dahulu jutaan maaf dipinta untuk Mak dan Abah kerana diri ini jarang sekali menghadiahkan kebahagiaan kepada kalian berdua. Sudah 25 tahun anak sulung Mak dan Abah sekarang, subhanallah cepatnya masa berlalu! Dalam usia satu dekad setengah ini aku cuba menghitung-hitung berapa banyak 'hadiah' kejayaan yang telah ku beri, walaupun aku tahu Mak dan Abah tidak memintanya tetapi sebagai seorang anak, wajib ke atasku untuk 'menghadiahkan' kejayaan terutamanya di dalam akademik kepada kedua orang tuaku. Maafkan diri ini Mak dan Abah, rasanya tidak dapat dihitung dengan apa pun segala kesenangan, kemudahan dan segala-galanya yang telah kalian berdua berikan kepada kami, sembilan orang anakmu ini. Bermula dengan hari pertama aku menjenguk dunia sehingga ke saat ini, tidak tertahan rasanya menakung air mata yang pasti akan gugur jika mengingat akan pengorbanan kalian kepada kami. Maafka...

Tanah PJ Di Sisi

Bismillahi walhamdulillah Sujud syukur kepada-Nya. Alhamdulillah aku selamat kembali semula ke tanah ini, tanah ke'sibuk'an ini, Kampung Kerinchi, Petaling Jaya. Akhir-akhir ini, amat berat sekali jari-jari untuk mencoret walau sedikit di halaman LTC ini. Maafkan aku. Sebulan lamanya di daerah sendiri bertemankan 'Juliana'ku, Alhamdulillah. Sempat juga 2 minggu berturut-turut travel bersama, entah dapat lagi atau tidak bertravel sebegini. Mencari hikmah di sebalik setiap mozek yang cuba dicantumkan dalam siri-siri kehidupan sementara ini. Duhai teman, aku sebenarnya terpana sendiri. Cuba mengkoreksi setiap titik laluan yang telah ku mulai sejak awal tahun dahulu. Ingin aku menangis semahunya, aku masih tidak berjaya menebus kekalahanku. Allahu Allah..hanya Dia Maha Tahu. Namun begitu aku tidak mahu terus menjadi orang yang kalah! Ya tidak mahu kalah kepada ujian dunia ini. Kerana apa teman? Kau dan aku juga tahu bahawa di sebalik kesulitan itu pasti adanya kesenangan bu...

"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang"

Steadfast

Bismillahi walhamdulillah Istiqomah Mudah diungkap, mudah dicoret tetapi amat payah untuk diamalkan. Benar sabdaan Nabi, baginda amat suka amal yang walau sedikit tetapi istiqomah. Nah inilah dia kawan, kalimat ajaib ini istiqomah atau dalam bahasa Inggerisnya 'steadfast'. Payah sekali kawan untuk aku kekal istiqomah. Doakan diri ini; istiqomah dalam semua perkara terutama urusan ukhrawiku. Fastaqim kama umirta~