Skip to main content

Intermittent Fasting : Satu Penghijrahan

 Bismillahi walhamdulillah


Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga baik-baik hendaknya di hari Jumaat yang mulia ini.

Inshaa Allah hari ini saya nak share dengan korang tentang Intermittent Fasting atau lebih popular dengan IF sahaja, iaitu menggunakan akronimnya sahaja, lebih mudah disebut kan? 😊

Honestly, saya bukanlah seorang yang arif nak bercakap tentang ilmu IF ni. Saya sendiri masih mencari ilmu tentang IF dan masih berjuang melakukannya dengan bantuan produk Shaklee. Namun, saya mahu mencabar diri dan melakukan satu penghijrahan atau perubahan terhadap status kesihatan saya.

BMI yang tidak normal amatlah membimbangkan saya. Bukan tak pernah masuk program diet, malah sudah lebih 3 kali mencuba, akhirnya saya temui kegagalan. Saya sedar bahawa setiap program menuntut DISIPLIN YANG TINGGI dan kadang-kadang saya masih tewas dengan selera makan saya yang tinggi.


Pada akhir November tahun lalu, saya nekad untuk melakukan penghijrahan kepada berat badan saya. Saya mula belajar tentang IF daripada leader dan rakan-rakan bisnes Shaklee. Sedikit demi sedikit saya mula faham apa itu IF. 

Intermittent Fasting ialah satu kaedah pemakanan yang semakin popular pada hari ini dan ia tidak menetapkan satu pola pemakanan yang khusus. IF secara mudahnya yang kita boleh faham ialah satu gaya hidup yang mengasingkan tempoh masa untuk makan dan tidak makan.

IF tidak menyekat selera makan kita, malah kita boleh makan makanan kegemaran kita dalam tempoh masa tertentu. Yang penting, IF adalah fleksibel dan percuma! 

Ada beberapa sistem IF yang korang boleh cuba, antaranya:

1) 16:8 dan 18:6 (Leangains)

2) 20:4 (Warrior Diet)

3) OMAD (One Meal A Day)

4) Extended Fasting

Artikel penuh di sini 👉 Jom Ketahui Tantang Intermittent Fasting

Dalam Shaklee, terdapat set yang baru diperkenalkan iaitu Hello New You Set yang dapat membantu orang ramai di luar sana melakukan IF dengan mudah!

 Jom kita tengok apa yang ada dalam Hello New You Set:

Set Hello New You (Lecithin, Cinch Choc, Omega Guard dan Herb Lax)

Cuba tengok Set Hello New You, korang akan dapat semua item tu tau 😀


Kenapa mudah nak buat IF dengan set ni?

1) Ada group khas tentang ilmu IF yang dikongsi oleh leader-leader Shaklee yang berpengalaman dan proven result

2) Dalam group khas, anda akan dibimbing untuk melakukan IF dengan betul. So, takde lah kita terkapai-kapai kan? Esok lama-lama dah pro, dah boleh create meal sendiri dan pilih sistem IF pilihan hati masing-masing 😉

3) Produk Shaklee tahan lama tau. Contohnya satu tong Cinch tu boleh tahan  1- 2 bulan dan vitamin-vitamin yang lain boleh tahan hingga 3 bulan, inshaa Allah. So, korang tak perlu nak buat belian untuk setiap bulan. Daftar ahli, beli dengan harga ahli dan nikmati manfaat produk 💓

Finally, apa kebaikan IF kepada tubuh badan kita?

1) Mengurangkan berat badan. 
- Tak ada lah kita craving nak makan bukan-bukan dan mulut asyik mengunyah ja kan?😂

2) Mengelakkan penyakit.
- Prevention is better than cure, betul tak? Makin meningkat usia, makin terdedah kita kepada risiko mendapat penyakit-penyakit kronik jika pemakanan tidak dijaga dengan betul.

3) Pembaikian sel.
- IF dapat mengelakkan proses pemusnahan sel dan meningkatkan fungsi kognitif juga.

Jom sama-sama kita mengubah tabiat dan pola pemakanan kita. Makanan lah punca segala penyakit dan cubalah lakukan IF sebagai langkah mula ke arah gaya hidup yang sihat. Saya masih lagi melakukan IF dan alhamdulillah dapat turunkan sedikit berat badan saya. Better Late Than Never kan? 😊

Oh ya, korang boleh juga baca perkongsian rakan bisnes saya tentang Intermiitent Fasting di sini 👉 Intermittent Fasting Diet? Bagus ke tidak?

Nak dapatkan Set Hello New You? Jemput klik di sini 👉 Saya Nak Set Hello New You

Salam hormat,
Nurhafizah binti Yaakob
SID 1293015

#shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleekulim
#pengedarshakleekedah

Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...