Skip to main content

10 Februari ; Tarikh Istimewa Yang Sentiasa Diingati

 Bismillahi walhamdulillah,

Telah berlalu 10 Februari kelmarin. Ini lah tarikh yang akan kami sekeluarga ingati. Tarikh ini merupakan tarikh lahir almarhum ayahanda kami, Hj Yaakob bin Abd Manaff yang telah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi pada 3 September 2020. Bersama kita sedeqahkan bacaan Al-Fatihah buat almarhum.

Sosok yang kami panggil 'Abah' telah pergi meninggalkan kami. Rasa tidak puas berkhidmat untuk Abah, tidak lagi mendengar tazkirah, kata-kata perangsang dan motivasi daripada beliau. Tidak lagi melihat beliau di dalam rumah, di tempat solat mahu pun derap kaki beliau keluar dari biliknya menuruni tangga. 

Almarhum Abah seorang yang sangat tidak lokek menyantuni isteri dan anak-anak. Keperluan makan minum sentiasa terbaik, beliau tahu kegemaran anak menantu dan cucu-cucu. Suka menggembirakan cucu-cucu dengan membelikan mainan dan makanan yang mereka sukai. Ada sekali sekala anak-anak menyebut "Dulu Tok Wan suka beli mainan dekat kami..". Kata-kata yang melambangkan sebuah kerinduan daripada cucu-cucu. Tok Wan mereka suka senyum dan berbuat jenaka dengan cucu-cucu, itulah momen yang sangat kami rindui..

Lalu kami menyebut, "Sedeqahkan lah bacaan Al-Fatihah untuk Tok Wan. Semoga kita berjumpa Tok Wan kembali di syurga." 

Seorang ayah menjadi contoh ikutan buat anak-anak. Kata-kata nasihat beliau amat didambakan oleh anak-anak dan ianya menjadi pedoman dalam kehidupan anak-anak. Tingkah laku seorang ayah turut memberi kesan kepada anak-anak. Arwah Abah kami telah menunjukkan akhlak yang baik, semoga ianya dicontohi oleh kami dan menjadi saham buatnya di Akhirat sana.




Ikhlas,

Anak sulung arwah Abah yang sentiasa rindu dekat Abah.
 

 

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...