Skip to main content

9 Sebab Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best

 Bismillahi walhamdulillah


Assalamualaikum sahabat-sahabat, kita berjumpa lagi dalam entri kali ini 👋

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda 9 Sebab kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best!

Antara beberapa produk Shaklee

1. Semua leaders sangat humble dan tak lokek membantu anak-anak buah (downlines)

Pengalaman saya berjumpa leader saya Kak Ros dan upline kepada Kak Ros iaitu Kak Laili sangat menggembirakan saya. Betapa baiknya mereka melayan saya yang newbie ni dalam Shaklee. Kali pertama saya ke branch Shaklee untuk berjumpa Kak Ros dan di sana saya mendapat penerangan yang lebih mendalam daripada Kak Ros. Bertemu mata dan bersemuka adalah sangat bermakna untuk saya. Kemudian, saya berjumpa Kak Laili dua ke tiga kali untuk mengambil produk Shaklee yang di pesan. Kak Laili pun sangat baik hati dan welcoming saya. Kagum saya dengan Kak Laili yang sangat berdisiplin dalam melakukan Intermittent Fasting (IF) dan muka Kak Laili juga kelihatan bersih dan cantik asbab amalkan suplemen Shaklee 😊

First time jumpa Kak Laili

2. Kelas-kelas PERCUMA sentiasa diberi kepada semua ahli Shaklee

Kelas bersama Master Hj Roslan

Kelas bersama 2 orang Master hebat yang mempunyai anak yang ramai dan dalam masa yang sama berjaya dalam bisnes

Boleh dikatakan saban minggu kami disaji dengan siri-siri kelas secara PERCUMA SAHAJA dalam komuniti Shaklee ini. Tinggal kami sahaja nak sertai atau tidak. Masha Allah, memang tak akan jumpa kelas-kelas begini di luar sana yang mendedahkan rahsia-rahsia kejayaan barisan leaders yang hebat dalam bisnes Shaklee.

3. Support group 7 generasi 

Apabila saya di invite ke dalam beberapa group Shaklee, saya agak keliru pada awalnya. Banyak group, apa bezanya? Rupa-rupanya saya dibawa masuk ke dalam support group dalam keluarga besar saya walaupun leader direct atas saya ialah Kak Ros. Saya berada dalam group Kak Ros hingga kepada leader paling atas iaitu group Billionaire yang dikelolakan oleh Master Zura. Di sana kami berkongsi pelbagai strategi, ilmu dan saling memberikan kata-kata semangat dan motivasi. Support group ini sangatlah best kerana ia sentiasa memberikan getaran positif kepada saya. Selain itu, support group ini sangat penting agar momentum ber bisnes terus hidup.

4. Sistem yang tersusun dan mudah di duplikasi

Dalam Shaklee, kami diberi penerangan mengenai sistem nya. Walaupun saya masih newbie, saya yakin bahawa dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang tinggi, saya pasti akan dapat mengikut jejak langkah leaders yang telah berjaya dalam Shaklee. Sistem nya adalah mudah untuk difahami dan mudah untuk diduplikasi!

5. Majlis Ilmu

Dalam komuniti Shaklee, kami juga tak sunyi dengan majlis ilmu. Leaders mengajak kami untuk sertai majlis ilmu seperti pengajian ilmu tauhid, ilmu motivasi dan banyak lagi. Kami bukan hanya diberi ilmu tentang bisnes, tetapi juga ilmu akhirat. Subhanallah! Semoga majlis ilmu dapat dihidupkan berpanjangan. Ya Allah, panjangkanlah usia leaders kami agar mereka terus menyebarkan kebaikan dan manfaat kepada umat.

6. Bisnes Famili

Saya masih belum berpeluang ke event yang ditaja oleh Shaklee sebagai contoh Event Business Leader National Conference (BLNC). Dalam majlis tersebut, leaders yang diraikan terutama Master Coordinator akan hadir bersama pasangan. Shaklee meraikan pasangan leaders yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan mereka. Best kan, bila dapat naik ke pentas bersama pasangan kita😍. Hebat sangat Shaklee meraikan mereka yang berjaya dan bisnes ini juga boleh diwariskan kepada anak cucu kita!

7. Penerangan yang jelas berkaitan cara makan produk Shaklee

Antara sebab kenapa saya jatuh hati dengan produk-produk Shaklee ialah saya yakin dengan penerangan yang diberikan oleh leaders saya berkaitan cara makan produk. Jika saya bertanya kepada leader yang lain, jawapan mereka juga sama. Ia bermaksud rantaian penerangan mereka adalah betul dan dipercayai. Shaklee sendiri mempunyai pakar-pakar dalam menghasilkan setiap vitamin dan ianya diuji terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada orang ramai. Dalam komuniti Shaklee, terdapat ramai leaders dalam kalangan ahli perubatan dan mereka dapat memberi nasihat yang betul berkenaan cara makan dan kesan penggunaan sesuatu produk.

8. Lubuk Pahala

Masha Allah, yang ini memang best! Dalam team besar kami iaitu Billionaire, Master Zura sentiasa mengajak kami melakukan Sedeqah Subuh dan hasil sedeqah tersebut disalurkan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan dan lain-lain. Beliau sentiasa memaklumkan kepada kami jika hasil sedeqah tersebut telah digunakan atas tujuan apa dan di mana. Secara tak langsung, ianya menjadi lubuk pahala buat kami dan saham terbesar beliau dalam mengajak kami berbuat kebaikan. Barokallah! Semoga usaha mulia ini dapat berterusan, aamiin.

9. Besarkan Impian

Yang ini saya sangat terkesan! Master Zura sering memberikan kata-kata perangsang dan motivasi agar kami semua membesarkan IMPIAN dan menulis 101 Impian kami. Beliau sangat konsisten, tak kedekut berkongsi ilmu dan strategi kejayaan beliau dan sentiasa tidak jemu menyuntik semangat kepada kami setiap hari! Walaupun beliau sibuk, beliau tetap mencuri masa berkongsi kisah motivasi dengan kami. Semoga Allah ganjarkan pahala berlipat kali ganda kepada Master Zura, aamiin.

Doakan saya dapat ikut jejak langkah insan-insan yang berjaya dalam Shaklee ya 😊💛 


Comments

Popular posts from this blog

Dunia Seorang Pensyarah; Selamat Tinggal & Semoga Kembali Lagi

Kata Hamka, “Mengakui kekurangan diri sendiri adalah tangga buat mencapai cita-cita. Berusaha terus bagi mengisi kekurangan adalah keberanian luar biasa.” Alhamdulillah secara rasminya aku sudah tidak bergelar seorang pensyarah bermula hari ini. Ada sedikit kelegaan, bukan tidak menyukai profesion ini, tetapi aku sedikit tenang kerana telah melepaskan amanah ini dengan sebaik dan seoptimum khidmat yang dapat aku berikan. Semoga ianya dikira sebagai amal ibadat walaupun tidak seberapa sumbangan yang dapat dicurahkan. Mengambil kesempatan di ruangan maya ini untuk aku merakamkan jazakumullahu khairan jaza’ buat: 1) Ayahanda; Hj Yaakob Abd Manaff (Prof Madya) 2) Pn Jasmani Bidin (Koordinator CS 228) 3) Pn Nooraini Ali (Pensyarah Statistik) 4) PM Raja Sulaiman Raja Lope Ahmad (Pensyarah Matematik) 5) En Mohd Najib (Penyelaras MAT 235) 6) En Khairu Azlan (Penyelaras MAT 285) 7) Pn Rohana Dollah & suami, En Azlan (Pensyara...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...