Skip to main content

Program Insentif Shaklee Malaysia 2023

 Bismillahi walhamdulillah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahil hamd. 

Pada hari Sabtu yang lepas, semua umat Islam menyambut kemenangan di 1 Syawal setelah sebulan berpuasa dan menahan hawa nafsu seperti yang disyariatkan dalam agama Islam.

Alhamdulillah tahun ini beraya di rumah Mak sendiri dahulu sebelum bergerak ke rumah arwah mak mertua untuk kami adakan sedikit jamuan raya bersama jiran-jiran dalam taman.

Rindu bertandang buat insan-insan yang telah meninggalkan kita terutama arwah abah dan arwah mak mertua saya. Sedeqahkan bacaan Al-Fatihah buat mereka ya.

Keluarga saya bersama pengasuh kami sewaktu kecil, Kak Ramlah 
Keluarga sebelah suami

Program Insentif Shaklee Tahun 2023

Kita tutup sekejap cerita raya. Walaupun Syawal sebulan, kita akan kembali memulakan rutin harian kita tak lama lagi, betul tak? 

Mengenai pemakanan pula, rasa seram jugak ni mengenangkan banyak betul kalori yang diternak ni😂. Kena cepat-cepat cari #omega, #phytocol, #lecithin untuk bantu buang lemak jahat ni.

Apa itu Insentif Shaklee Tahun 2023?

Bermula April 2023 hingga Jun 2023, Shaklee telah menyediakan satu Program Insentif Shaklee Malaysia atau Field Insentif Malaysia (FYP). Program ini merupakan cabaran bulanan bagi pangkat Supervisor baru. Dalam maksud lain, program ini merupakan ekstra bonus bagi mereka yang mencapai insentif ini.

Apa keistimewaan program ini?

Shaklee tawarkan program yang menarik dan tertarik ni agar lebih banyak kumpulan baru ditubuhkan dan dapat kekal konsisten membina perniagaan yang kukuh dalam Shaklee. Rank yang paling awal dalam Shaklee iaitu Supervisor akan memastikan kumpulan nya terus konsisten membuat jualan dan perkongsian bermanfaat tentang produk Shaklee. 

Bagaimana cara untuk mendapatkan RM600 tambahan daripada program ini?

Excited kan kalau kita dapat lagi ekstra RM600 tiap-tiap bulan? 😃. Tetapi macam mana tu?

Bermula April 2023 hingga Jun 2023, jika kita dapat kekalkan rank Supervisor dan Senior Supervisor, maka kita layak terima bonus tambahan RM600 tu😊. Best kan?

Untuk mendapatkan bonus tambahan tersebut, of course ada syarat yang perlu dipatuhi oleh kita. Syaratnya ialah:

1. Penyata hak-hak dan tanggungjawab Shaklee di bawah Seksyen 2: menjadi seorang para pengedar tidak boleh menjual produk Shaklee secara langsung atau tidak langsung kepada atau daripada kedai atau premis runcit.

2. Tidak boleh menjual Shaklee di laman e-dagang.

Jadi, kalau kita melanggar mana-mana P&R Shaklee, kelayakan untuk bonus tambahan Shaklee akan ditarik serta-merta. Boleh lihat gambar di bawah.

3 Kategori Program Insentif Shaklee Malaysia

🌸Kategori Pertama

Pada cycle April 2022 hingga Mac 2023, kita masih bergelar SID dan kita mencapai rank Supervisor bermula April 2023 dan efektif selama 3 bulan berturut-turut, maka kita layak terima insentif ini.

🌸Kategori Kedua dan Ketiga

Bagi kategori kedua dan ketiga iaitu mereka yang bergelar Supervisor dan Senior Supervisor dalam cycle April 2022 hingga Mac 2023, maka mereka layak mendapat insentif daripada program ini.

Wah, bestnya!😃

Shaklee juga menawarkan banyak ganjaran yang best seperti Business Trip ke dalam atau luar negara mengikut pencapaian kita. Best sangat jika Shaklee menaja trip sebab semua Shaklee sediakan termasuk duit poket tau😃. Gambar di bawah ialah contoh trip yang Shaklee anjurkan pada tahun 2016/2017. Setiap tahun Shaklee akan bawa mereka yang layak ke negara yang berlainan. Masha Allah, memang best!

Jemput baca pengalaman seorang surirumah hebat yang berjaya bina income dalam Shaklee dan berpeluang menerima Insentif Shaklee juga.


Jom bersama-sama saya kembangkan perniagaan dalam Shaklee. Mana tahu rezeki anda untuk mendapat Insentif Shaklee tahun ni?😊

#shakleeraya
#insentifshaklee
#billionaire
#binakumpulan
#berjayadalamshaklee

Comments

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...