Skip to main content

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah?

 Bismillahi walhamdulillah

Assalamualaikum wbt, Salam 17 Ramadhan 1444H buat semua pembaca. Apa khabar semua? Sedar tak sedar kita telah pun menempuh separuh Ramadhan, separuh bulan lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Ada dalam kalangan kita yang tidak sempat berjumpa dengan Ramadhan, ada yang meninggal dunia ketika dalam bulan Ramadhan. Maka, kita yang masih diberi peluang oleh Allah berada dalam bulan Ramadhan, rebutlah sungguh-sungguh ganjaran yang besar di dalamnya. Doakan saya juga ya sahabat.

Lama saya tak update perkembangan promosi terbaru dari Shaklee kan? 😊

Untuk makluman semua, Shaklee biasanya akan tawarkan promosi yang best-best setiap bulan tau 👍. Haa masa ini lah pengguna-pengguna yang bijak akan dapatkan produk Shaklee. Jadi hari ini saya nak share dengan anda tentang Promosi Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah 😍


Apa itu produk Shaklee Healthy Rahmah?

Healthy Rahmah ni ada 2 item dalamnya iaitu Energized Soy Protein atau lebih mudah dipanggil ESP dan Sustain Released Vitamin C. Dan harga nya memang tak masuk akal sangat iaitu HANYA RM99 SAHAJA!!

Kenapa saya kata harga tak masuk akal?
Haa meh kita tengok dari sudut matematik nya 😉

Harga normal ESP ialah RM173.75 dan harga normal bagi Vitamin C SR pula ialah RM115!

Jadi, cuba kita kira berapakah PENJIMATAN  yang kita boleh buat bila dapatkan Set Rahmah ni?? 
Ya, anda sudah pun berjimat sebanyak RM189.75! Ya Allah, macam tak percaya kan? Haa, kena percaya tau sebab bukan senang kita nak dapat harga promo kaw-kaw murah macam ni😍

Apa manfaat Set Rahmah Shaklee ni?




2 item penting dalam Set Rahmah Shaklee sangat bermanfaat kepada kulit kita tau.
Ini kerana ESP dapat membantu memudarkan kesan parut dan membantu pembentukan sel-sel baru. Selain itu, ESP juga membantu kita akan dapat tenaga dan cergas sepanjang masa, inshaa Allah.

Vitamin C SR pula sangat best kesannya kepada kulit kita jika diamalkan dengan konsisten.
Ia berfungsi sebagai antioksida untuk badan, membantu penyembuhan luka dan mengurangkan jerawat dan jeragat! Sudah tentu kaum wanita paling excited nak amalkan bila tahu manfaat Vitamin C SR ni kan? Dan kita bukan amalkan Vitamin C ni untuk kecantikan kulit sahaja, tapi banyak lagi manfaatnya kepada tubuh badan kita antaranya membantu penyerapan zat besi dan menggalakkan kesihatan gigi, gusi dan tulang. Best kan? 

Jadi, jangan lah tunggu sampai Set Rahmah Shaklee ni habis tau..!
Nanti menyesal sebab tak dapat penjimatan sementara offer masih ada 😂

Kepada anda di luar sana yang nak dapatkan Vitamin Cantik Harga Rahmah ni, meh laju-laju wasap saya di sini. Oh ya, anda boleh juga ikuti cerita Vitamin Kulit Cantik sahabat saya juga ya 😊

Salam hormat,
Nurhafizah Yaakob
SID sah Shaklee
COD Kulim, Pos seluruh Malaysia

#shakleekedah
#shakleekulim
#pejuangpenulisan
#billionaireshaklee 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...