Firman Allah Ta'ala di dalam sebuah hadith Qudsi: "Aku mengikuti persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku menurut apa yang disukainya." Sekali lagi Allah menguji. Aku sangat tahu bahawa ujian aku ini tidaklah sehebat ujian insan-insan lain yang lebih kuat tekanan dan kesusahan yang mereka hadapi. Tetapi Allah jua telah menyatakan bahawa tidak beriman seseorang mukmin itu selagi dia tidak diuji. Aku redha akan ujian ini dan pada hakikatnya aku sendiri yang tidak benar2 itqan dalam pelajaranku.. Allahu Akbar! Rasa berat dan sesak sungguh dadaku apabila melihat prestasi akademik yang semakin membimbangkan walhal peperiksaan akhir semester akan tiba tak berapa hari sahaja lagi. Kepada Allah tempat aku memohon. Allah ingin mentarbiyah diriku, betapa ilmu-Nya sangat mahal, betapa perlunya TAQWA dan teliti dalam menuntut ilmu-Nya. Allahu Rabbi, ampunkan aku Ya Tuhan..rupa-rupanya aku masih tidak itqan, tidak teliti dan tidak menjiwai s...
"When the truth is revealed, when the falseness is ended.."