Skip to main content

Berbaik Sangkalah dengan Allah


Firman Allah Ta'ala di dalam sebuah hadith Qudsi:

"Aku mengikuti persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku menurut apa yang disukainya."

Sekali lagi Allah menguji. Aku sangat tahu bahawa ujian aku ini tidaklah sehebat ujian insan-insan lain yang lebih kuat tekanan dan kesusahan yang mereka hadapi. Tetapi Allah jua telah menyatakan bahawa tidak beriman seseorang mukmin itu selagi dia tidak diuji. Aku redha akan ujian ini dan pada hakikatnya aku sendiri yang tidak benar2 itqan dalam pelajaranku..

Allahu Akbar! Rasa berat dan sesak sungguh dadaku apabila melihat prestasi akademik yang semakin membimbangkan walhal peperiksaan akhir semester akan tiba tak berapa hari sahaja lagi. Kepada Allah tempat aku memohon. Allah ingin mentarbiyah diriku, betapa ilmu-Nya sangat mahal, betapa perlunya TAQWA dan teliti dalam menuntut ilmu-Nya. Allahu Rabbi, ampunkan aku Ya Tuhan..rupa-rupanya aku masih tidak itqan, tidak teliti dan tidak menjiwai subjek2 ku ini.

Adakah mendung gelap ini akan berpanjangan? Berbaik sangkalah dengan Allah. Gagal ujian bukan bererti hidupmu akan berakhir pada esok hari. Bangkitlah! Hakikatnya orang-orang yang berjaya pada hari ini, mereka jua telah melalui siri-siri kegagalan yang akhirnya meletakkan mereka jauh lebih baik daripada mereka yang sering menggondol kejayaan.

Ingin ku kongsi sedikit kata-kata penyejuk hatiku yang ku peroleh daripada sebuah buku yang famous, La Tahzan:

"Contoh kecintaan Allah kerana sikap hamba-Nya yang selalu menaruh harap kepada-Nya dan menanti pertolongan dan naungan dan tempat kembalinya, adalah bahawa jalan keluar dari kesulitan itu hanya akan datang setelah hamba itu mengalami kebuntuan, setelah tidak tahu lagi harus ke mana ia mengarahkan cita2 dan keinginannya, setelah pintu harapannya tertutup, setelah kehabisan aqal, dan setelah tidak tahu lagi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujian terhadap dirinya. Untuk apa semua itu? Agar menjadi pendorong bagi dirinya untuk mengarahkan harapannya kepada Allah dan agar menjadi peringatan supaya terus memperbaiki prasangka baiknya kepada-Nya."

Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...