Skip to main content

Bajet 2010; bajet sulung Najib

Tidak mahu mengulas panjang, saya encrpyt daripada petikan Utusan Online yang bertarikh 31/07/09. Anda dan saya boleh menilai, rakyat juga boleh menilai!

Bajet 2010 kurangi beban rakyat

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet 2010.

"Ia juga selaras dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran laman web baru Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah. Awang Adek berkata, kerajaan berharap peruntukan yang akan disediakan dalam Bajet 2010 juga mampu memulihkan ekonomi negara yang terjejas berikutan kelembapan ekonomi global pada masa ini.

"Pada masa sama, kita berasa lega kerana pakej rangsangan ekonomi yang disediakan kerajaan sebelum ini mampu menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara selain dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi pelbagai pihak," katanya.

Tambah beliau, kerajaan amat pragmatik daripada segi pengurusan kewangan dan mempunyai disiplin kewangan dalam usaha menyediakan bajet yang benar-benar kos efektif.

"Kami memang menerima banyak permohonan peruntukan dalam Bajet 2010. Namun, kami tidak mampu melayan kesemua permohonan tersebut dan perlu membuat pilihan supaya perbelanjaan itu berhemat serta boleh memberi impak kepada rakyat," katanya.

Menurut Awang Adek, pihaknya juga sedang mengkaji cara-cara untuk memacu industri halal negara ke peringkat global menerusi Bajet 2010 selepas ia masih tidak menunjukkan pencapaian memberangsangkan.

"Malaysia agak ke depan dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam berbanding negaranegara Islam lain di dunia. Bagaimanapun, kita tidak begitu berjaya dalam aspek perkhidmatan dan perdagangan barangan halal," jelasnya.

Sementara itu, Hasmah berkata, laman web baru LHDN memberi tumpuan kepada reka bentuk yang lebih profesional dan mesra pengguna selain melibatkan penyusunan semula kandungannya.

"Antara ciri baru laman web ini adalah paparan resolusi yang lebih jelas iaitu 1024 X 768 berbanding 800 X 600 sebelum ini dan penyusunan semula kandungan mengikut kumpulan pengguna melibatkan individu, syarikat serta majikan," katanya.

Beliau memberitahu, LHDN mencapai kutipan kasar cukai pendapatan lebih RM50 bilion setakat ini dengan peningkatan sebanyak 1.12 peratus berbanding tahun lalu.

"Kami juga telah membuat pembayaran balik lebihan cukai sebanyak RM3 bilion kepada pembayar cukai setakat ini," kata beliau


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...