Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

|Edensor dan Enigma|

Sebulan Edensor (buah tangan ketiga Andrea Hirata selepas Sang Pemimpi) berada di tangan saya. Dipesan kepada Si Arai saya yang kedua, Hajrun yang kini sedang menikmati mimpi usia remajanya di Misra, tanah gedung ilmu juga Ardhul Kinanah yang saban lama saya juga rinduinya. Ah, sungguh saya dengki tahap 100 darjah Celcius! Saya masih lagi mengingati ucap-kata semangat Si Arai nombor satu merangkap Adik Burung Kiwi saya, “Bacalah Edensor, serius best! Super best!” Oh, sudah lama sekali beliau menggesa saya untuk menikmati Edensor, namun baru hari ini dapat saya mengkulitinya. Terus laju saya menteks kepada beliau akan tamatnya pengembaraan saya bersama Edensor. Terkagum-kagum saya dengan Andrea Hirata (AH). Jika dapat saya bertemu dengannya, ingin saya mengucap tahniah, tidak tahu bagaimana mahu merakam apresiasi saya kepada beliau. Patutlah, Si Arai 1 dan Si Arai 2 saya tak habis-habis keterujaan mereka dengan Edensor, dan saya juga pada hari ini turut mengakuinya! Sa...

Muhasabah

Bismillahi walhamdulillah Semakin sukar untuk menguntai kata, takut untuk menulis juga ada kerana atas setiap perkataan mahu pun tulisan kita akan diuji oleh Allah. Mohon taufiq dan hidayah-Nya agar setiap bait yang tercatat mengundang saham pahala, amin Ya Rabbi.. Masa terlalu laju berputar. Muharram 1433H sudah merangkak ke hari 16. Sesungguhnya hari-hari yang berlalu akan menjadi saksi kepada kita di Akhirat kelak. Satu hari adalah mewakili satu saksi! Allahu Allah, bayangkanlah setahun menyamai 365 hari, maka akan ada 365 saksi buat segala amal perlakuan sepanjang hidup kita. Itu baru satu hari, bagaimana dengan usia kita di dunia ini? Jika kita dipinjam Allah dengan usia 60 tahun dalam melalui sebuah kehidupan di dunia ini, maka hitunglah 60x365 hari..Allahu Akbar! Takut dan malunya untuk berjumpa Allah.. Kadang kala dalam melalui sehari-hari dalam kehidupan kita, kita sering kali dilalaikan dengan kenikmatan dunia. Tanpa kita sedar atau tidak, kita telah termasuk dal...

Devotees^Berjalan Tanpa Henti

Bekerja Keras!

Bismillahi walhamdulillah Manusia sering sahaja merungut, tidak cukup 24 jam sehari katanya..Lalu, mahu berapa jam sehari? 48 jam? 72 jam? Rasanya jika diberikan 100 jam sehari pun pasti tak cukup juga jika masa itu tidak diurus dengan baik. Acap kali kita sering bercakap tentang masa, diperingatkan tentang masa, membaca tentang masa dan kalamullah juga menyebut tentang MASA dengan banyaknya! Masya-Allah, masih tidak malukah kita dengan Allah? Nampak sangat kita yang masih tidak bijak menguruskan masa yang berkualiti dalam hidup kita. Diskusi bersama rakan-rakan sekelasku petang tadi, Sya juga Nadia menerbitkan rasa insaf di hati ini. Kami sama-sama berkongsi rasa, meluahkan beban yang dipikul pada semester kali ini. Rupanya bukan aku sahaja merasakan beban ini, mereka juga turut merasainya. Benarlah, beban perasaan itu jika diluahkan kepada insan senasib, rasa kurang sedikit tekanannya, Alhamdulillah.. Bukan mahu merungut apatah lagi menyesali dengan perjalanan Maste...

Menginjak Tanah Serambi Makkah

Bismillahi walhamdulillah "Nekadnya Fizah!" housemate-ku menyuarakan rasa kehairanan apabila keputusan adhoc dan sedikit 'gila' mungkin aku ambil pada hari Sabtu petang yang lalu. Aku hanya senyum. "Kite nak gamble je ni, kalau ada tiket, kite pegi lah Kelantan, kalau xde, kite balik rumah.." selamba aku menjawab. Selepas Asar, aku memulakan langkah ke Mid Valley, mencari sedikit buah tangan buat bakal pengantin. Bismillah, ya Allah perkenankanlah segala perjalananku pada hari ini. Rupanya best juga meronggeng seorang diri ini, rasa bebas! Alhamdulillah.. Wajah-wajah ikon 'backpackers' menyinggah di tubir mata. Seakan merasakan mereka turut bersamaku dalam pengembaraan soloku ini. Benarlah apa yang kalian katakan, menjadi seorang backpacker amat mengujakan dan mengghairahkan! Diri terasa benar-benar seorang musafir, menterjemahkan nilai pemusafiran sebenar di dunia fana ini. Menikmati ayat-ayat manzhuroh-Nya (adik burung kiwi, 2...

Dia; Eksotik dan Cinta

Tidak tahu di mana harus aku mulai Mahu merakamkan apresiasi kepada adikku ini Tidak pandai menyusun madah, mengatur kata juga Namun jauh di sudut hati, hanya Allah yang tahu rasa syukur ini, alhamdulillah.. Aku merasakan masa yang ada semakin suntuk dan singkat, Ingin masa-masa aku yang berbaki ini dihabiskan dengan adik eksotikku ini, Eksotik, kenapakah? Pelikkah adik aku yang seorang ini? Hanya yang mengenali empunya diri akan tahu ke'eksotik'an beliau.. Aku tidak pernah menyangka akan diberi izin dan kesempatan oleh-Nya lagi, Bertemu mata, berkisah itu-ini, menganyam mimpi dan berkembara kasih dengan si adik, Alhamdulillah semulia-mulia ucapan.. Adik yang penuh dengan cinta, Adik yang sentiasa meraikan sahabat, teman, kawan, Adik yang sanggup berhabis wang, idea dan tenaga untuk Islam, Adik yang berjiwa besar, berjiwa seluas langit bak kata Hajar, Adik yang semangatnya menyala-nyala, Dialah adik yang selalu menjadi 'booster' terkuat aku! Selalu...

My Eid Adha's Theme Song

Waiting For The Call lyrics Miles away, oceans apart never in my sight always in my heart the love is always there it will never die only growing stronger a tears rose down my eye I am thiking all the time when the day will come standing there before you accept this Hajj of mine standing in ihram, making my tawaf drinking blessings from your well the challenges that I have suffered and might were rekindles my imaan O Allah! I am waiting for the call praying for the day when I can be near the Kabah wall O Allah! I am waiting for the call praying for the day when I can be near the Kabah wall I feel alive and I feel strong [- From: http://www.elyrics.net/read/i/irfan-makki-lyrics/waiting-for-the-call-lyrics.html -] I can feel Islam running through my Veins to see my muslim brothers, their purpose all the same greeting one another, exalting one True Name I truly hope one day that everyone’s a Muslim. that they remember you in everything they say standing in ihram making my tawaf, maki...

Mahasiswa Terus Menggugat!

Bismillahi walhamdulillah 21 Oktober 2011 menjadi sejarah bagi seluruh warga UIAM apabila satu demo besar-besaran telah diadakan di hadapan Masjid SHAS selepas solat Jumaat hari ini. Mahasiswa kembali menggugat! Dan sesungguhnya saya rindu untuk kembali bergelar seorang MAHASISWA! Demonstrasi aman ini bertujuan bagi menyatakan sokongan kepada tokoh ilmuan dan pakar undang-undang terkemuka merangkap pensyarah di AIKOL, UIAM iaitu Prof Dr Abdul Aziz Bari . Siapa yang tidak mengenali beliau, seorang ilmuan yang sangat berani menyatakan pandangan dan hujah dari sudut akademik dan fakta sahih. Namun kenyataan beliau berhubung isu   "Sultan Sharafuddin telah bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor" dikatakan sebagai menghina sultan. Heboh isu ini di semua akhbar, facebook, twitter dan di mana-mana sahaja medium maya. Sekalung syabas dan tahniah saya rakamkan kepada seluruh...

Alur Rasa

Di tengah kedinginan pendingin hawa maktabah UM, Mengetuk jari menguntai kata, Benarlah pesan adinda nun jauh di bumi Anbiya', Bermuhasabahlah, bermuhasabahlah sentiasa.. Alur rasa ini sudah ku alirkan, Mahu segala kotoran itu mengalir jauh ke muara, Jauh dan jauh, agar rasa itu tiada lagi menyinggah, Merasuk dan meracau sukma.. Semalaman menghitung diri, Menggumam menyesali segala salah dan khilaf, Mencari-cari penawar di sebalik untaian madah dan mutiara sang murabbi, Lalu menemui erti BAHAGIA yang dicari..Alhamdulillah.. Bahagia bukan pada harta dan rupa, Juga bukan pada takhta dan kuasa, Ah, bahagia itu sebenarnya ada dalam jiwa, Carilah ia, nescaya kau akan benar-benar bahagia.. Perjalanan aku masih jauh, Biar dipagut onak duri juga ombak badai, Berundur langkahku tidak sama sekali.. Aku cuba membentuk alur rasa yang baharu, Kerna perjuangan ini adalah perjuangan demi umat, Perjuangan yang harus mendahului masa, ...

Live a Life with Smile ^__^

Sentiasalah memulakan hari anda dengan SENYUMAN =) Biar diterjah badai dan ombak ganas, tetapi hadapilah ia dengan garis SENYUM =) Bukankah hidup hanya sekali? Maka berhiduplah dengan sebaiknya dan SMILE sentiasa =) Anda pasti bisa! "You only live once, but if you work it right, once is enough." "Love the moment. Flowers grow out of dark moments. Therefore, each moment is vital. It affects the whole. Life is a succession of such moments and to live each, is to succeed."

Soal Sikap

Bismillahi walhamdulillah Astaghfirullahal’azhim..Astaghfirullahal’azhim..Astaghfirullahal’azhim.. Aku memohon ampunan-Mu Ya Allah atas segala dosa dan khilafku sebagai seorang hamba. Engkau terlalu hebat dan hanya Engkau Maha Tahu akan duduk letak setiap insan yang Engkau ciptakan. Moga catatanku kali ini diterima oleh-Mu, kerna sekali lagi aku berpesan kepada diriku, aku menulis hanya kerana-Mu. Tidak tahu bagaimana harus aku memulakan. Dibesarkan dengan didikan yang agak tegas dan berdisiplin oleh Ayahanda dan Bonda membuatkan aku tidak betah pada awalnya bermukim di bumi Lembah Klang ini. Namun tidak sekali-kali aku menyalahkan takdir Ilahi (tidak akan, insya-Allah) atas setiap percaturan Dia. Dia malah tidak pernah memberikan kepayahan dan kesusahan kepada diri yang kerdil hina ini. Aku cuba beradaptasi, hidup bersama penghuni-penghuni di bangunan flat ini. Ya, flat! Tidak pernah membayangkan akan menyertai insan-insan yang telah lama menghuni rumah berjenis flat...

Kagum dengan 'Mereka'

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah jaulah tarbawi kami dipermudahkan Allah, selamat tiba dan selamat pulang. Tribute saya dedikasikan kepada adinda merangkap mastermind jaulah kami, Adinda Yard! Semoga segala pengorbanan beliau dalam memastikan jaulah ini sempurna diganjar Allah dengan selayaknya. Berkira-kira saya pada awalnya mahu berpergian ke Pulau Mutiara ini. Bukan terlalu berkira dengan wang ringgit tetapi berkira dengan MASA! Sudah tentu orang seperti saya yang masih tidak sempurna time management nya akan sentiasa berkira-kira dengan masa yang berbaki untuk siapkan segala tugasan yang diamanahkan. Allahu Allah, benarlah firman-Mu, betapa MASA itu tidak akan pernah menunggu orang yang leka dan lalai. Akhiran, Allah memilih kami menyertai jaulah yang bermakna ini. Jaulah yang sekian lama saya rindui untuk menjadi pesertanya, seindah jaulah saya bersama teman-teman semasa fatrah alam graduasi dahulu. Alhamdulillah, seindah-indah lafaz, syukran Allah kerana memi...

Mengisytiharkan Zero Rehat Buat Diri

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah, setinggi apa pun kalimah yang dianggap makhluk tinggi, tinggi lagi kalimah pujian kepada Raja segala Raja, Allah Rabbul Jalil. Terpanggil untuk menconteng rasa di dinding LTC yang rasanya sudah lama membeku, penuh lingkaran sawang mungkin. Bukan mahu membuka pekung di dada, tetapi rasanya inilah medan yang mampu untuk aku leraikan sedikit sesak di dada, sedikit, hanya sedikit..dan sudah tentunya hanya Allah yang lebih mengetahui perasaan seorang aku ini. Tika ini, hanya Allah yang tahu betapa sesaknya, beratnya hatiku ini. Tidak tahu mengapa, seolah-olah rasa jauh dengan Allah, astaghfirullahal'adzim! Adakah ini petandanya imanku sedang yanqus? Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah...Ya Allah, aku memohon taufiq dan hidayah-Mu, pandulah aku, bimbinglah aku menggapai redha-Mu.. Meniti hari-hari yang penuh debaran dan sesekali menakutkan membuatkan keresahan dan kebimbanganku menjadi-jadi. Aku tahu dan teramat tahu, Allah sentiasa ada...