4 months 'honeymoon'

Apabila diwar-warkan sistem semester di semua universiti di Malaysia akan bermula pada bulan September, dalam hati mula galau dan kacau.

Mungkin permulaan semester pada September menyebabkan 'kelambatan' pengajian Sarjanaku. Walau bagaimanapun sebagai salah seorang rakyat Malaysia, I tend to follow the regulation, moga ada hikmahnya.

Rakan sekelas, a Thai's student, Mee juga merasakan yang sama denganku. Berkira-kira untuk mencari pekerjaan sambilan juga katanya. Insya-Allah moga beliau ketemu dengan pekerjaan yang baik dan tidak sia-sia.

4 bulan di Lembah Pantai! Perlu satu 'grand design' yang teliti agar masa yang ada dimanfaatkan seoptimumnya dan mendapat keberkatan, insya-Allah. Lalu memerah sel-sel neuron untuk berfikir..

  • mendapatkan tajuk research untuk semester II-menyiapkan proposal
  • mengaktifkan Score A {bolehla contact saya jika berminat}
  • melakar peta hayat, ikut serta adinda Hamasyie mengumpul mozek dan jubin =)
  • menziarahi ibu dan bapa saudara di sekitar Lembah Klang {masih tak terlunas lagi sekarang}
  • engagement dengan ummah {aktiviti wajib dalam plan hidup}
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, ya Allah permudahkanlah setiap urusan hamba-Mu ini.

Life is such a wonderful piece of puzzle! Bagaimana kita memandang dunia, begitulah ia pada pandangan kita. Pesan rakanku Cik Asma', selalulah memandang dunia dari sudut indah =)
Ya, setiap sudut dunia kita dipandang dengan INDAH ^^,



Comments

  1. Andai benarlah spt yg diwar2kan maka lambat jugalah permulaanku mengikuti jejak langkahmu.

    Mungkin akan ke tempat yg sama juga nanti,doakan akk sama. =)

    ReplyDelete
  2. Betul kak, sohih!
    Takpe2, insya-Allah ada rezki akak nnt, yg penting terus genapkan dgn usaha dan doa =)
    Akak doakan sy ye, sudah merasai cabaran yg kian memberat..
    Smg akak juga bakal menyambung Master, amin ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment