Skip to main content

Apresiasi Buat Kecintaan Saya

Saya tidak tahu mengapa semakin menghampiri hari peperiksaan untuk kertas terakhir saya, semangat saya makin menurun, ibarat graf kuadratik yang mempunyai titik minimum. Allahu Allah..berkali-kali doa dipohon, Ya Allah, kembalikan semangatku, kembalikan kekuatan kepadaku untuk belajar. Rasa bagai tidak senang duduk, lalu cuba lagi mencari sisi-sisi lain sebagai stimulasi semangat saya. Lalu saya menemukan ia daripada insan-insan kecintaan saya, sahabat-sahabat saya dunia akhirat. Semoga Allah bersama kalian, mengasihi dan menyayangi kalian selamanya. Sesungguhnya aku cintai kamu semata-mata kerana Allah ^_^

Walaupun kalian jauh di mataku tetapi ruh kalian amat dekat di dalam diri ini =)

Terimalah apresiasi ini;

Mimpi Yang Indah by Mestica : aku berulang kali mendengar lagu ini, antara nasyid pembakar semangat, hadiah daripada Sabrina. Mucha gracias Sab-ku..belajaq elok-elok di negeri Down Earth ^^,

N5M-niat IKHLAS, usaha KERAS, doa KHUSYUK: baru men'status'kan ia di fbku. Tribute buat adik kecintaan, Khai^Hamasyie..awak adalah antara insan yang membangun jiwa dan membina daya kompetitif dalam diri saya, xie xie adik!

N5M-going extra miles! : ada lagi azimat N5M ni, seperti yang dicatatkan itu. Dan ayat ini dipopularkan oleh adinda saya, Hajrun =)..Hajarku, terima kasih amat! Mengenali kamu yang punya jiwa berani membuatkan saya kagum, semoga cita-citamu tercapai! Tuhan tahu tapi menunggu..

Foto Pondok Gontor: Dan inilah sumber inspiratif yang amat aku cemburui! Kasih saya, Humm telah menjejakkan kaki beliau di atas bumi ini. Oh, serta merta bayangan Pondok Madani dalam N5M melatari ruang kotak mindaku. Kata Humm, jom kita g sana! Pasti! Pondok Gontor, tunggu! Alam tarbiyahmu telah membuka minda dan hati kami bahawa kamu amat istimewa. Kami akan menghantar anak-anak kami menerima tarbiyahmu nanti, biiznILLAH =)

Dan semua sahabat, adik-adik, kakak abang, kalian semua telah menjadi insan-insan istimewa, hadir dan singgah dalam episod hidupku. Perjalanan tarbawi, betapa saya amat merinduinya. Semoga Allah mengumpulkan kita semua bersama di syurga-Nya kelak, insya-Allah, amin.
Siiru'ala barkatILLAH!


Comments

  1. awak yang membunga..
    he ha..
    mimpi dan bunga!
    2 menda baru yang menarik pasal awak..
    Passion itu,kita kongsikan bersama!..

    ReplyDelete
  2. Adinda,
    Awak yg sebenarnya menjadi guru sy, dulu, kini selamanya..
    Sudah tentu passion sy adlh juga passion awak, mana mungkin passion ini hny dimiliki sy seorang..
    Adinda,
    Hidup ni bagai putaran roda, kadang di ats, kadang di bwh..jika kita merasa kita di bwh, cpt2la putarkan roda itu, agar kembali ke atas.
    Adinda, serulah PASSIONmu! dan jgn lupa doa khusyuk..Luv Fillah!

    ReplyDelete
  3. semoga Allah menemukan kita di syurga!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bulat Tekadku

  Bismillahi Walhamdulillah, Rasa bersalah menyelubungi diri apabila membuka lembaran LTC ku ini. Seolah-olah sudah hampir dilupakan. Post akhir ku adalah pada tahun lepas, masha Allah sungguh pantas masa berlalu! Benar sabdaan Nabi bahawa di akhir zaman, masa begitu singkat dirasakan, apabila kita berada di waktu pagi, kemudian tidak sedar waktu malam sudah pun muncul.  Tahun 2024 punya pelbagai cerita. Tidak lama sudah sampai penghujung tahun dan tidak lama juga Ramadhan bakal tiba. Semoga Allah mengizinkan kita berjumpa dengan bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang menjadi dambaan orang-orang soleh. Berita dari Gaza Aku membelek Telegram sebentar tadi. Mata aku menangkap berita mengenai saudara seIslam kita di Gaza daripada group "Terkini dan Sensasi Palestin". Pedih sungguh rasa hati apabila mengetahui keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan tiada tempat tinggal. Mereka berpusu-pusu mendapatkan bekalan roti di Khan Younis. Allahu Akbar! Kepada Allah jua te...

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...