Skip to main content

Hari Raya Open House

 Bismillahi walhamdulillah

Pejam celik - pejam celik, tak lama nak habis dah bulan Syawal. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada saja sahabat, jiran yang buat open house. Kunjung-mengunjungi dan menziarahi rakan taulan dan jiran tetangga sangat digalakkan dalam Islam. Kebiasaannya tuan rumah akan menyediakan aneka juadah semasa open house, hmm sampai rasa nak makan semuanya 😆

Alhamdulillah, hari ini tempat kerja saya mengadakan potluck raya. Semua guru dan staf bawa hidangan untuk dinikmati bersama. Seronok sungguh acara makan-makan ni kan? Lepas makan banyak, haa mulalah rasa bersalah dekat diri sendiri😂



Jadi macam mana cara nak kurus walaupun kita hadiri banyak open house? Jom saya share Set Kurus Raya Shaklee👇


Dalam Set Kurus Raya Shaklee ni ada 3 vitamin penting yang dapat bantu buang lemak dalam badan kita.

1 - Herblax


Bila tengok 10 manfaat Herblax ni, mesti tak sabar nak amalkannya kan? Herblax boleh bantu kempiskan perut, cuci usus secara lembut dan semulajadi serta membantu mengurangkan penyerapan lemak dalam organ.

Usus kita perlu berada dalam keadaan bersih agar zat daripada vitamin dan makanan yang dimakan dapat diserap dengan baik. 

2. Alfalfa

Alfalfa merupakan tanaman saka berbunga dalam keluarga kekacang Fabaceae yang tumbuh dalam kawasan beriklim sederhana. Alfalfa adalah berkhasiat secara semulajadi dan ia digelar "Raja Segala Makanan". Alfalfa menyediakan lebih daripada 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral dan vitamin.

Antara khasiat alfalfa kepada tubuh badan manusia ialah:
  • menyokong rambut yang sihat
  • membersih dan menyahtoksin hati
  • mengurangkan keradangan
  • meingkatkan sistem imun
  • membantu dalam penghadaman

3. Lecithin

Item ketiga yang ada dalam Set Kurus Shaklee ialah lecithin. Lecithin ni memang vitamin kurus yang wajib ambil bagi mereka yang nak capai berat badan ideal. Apa yang best dengan lecithin ni ya?

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kacang soya organik di mana setiap kapsul mengandungi 518mg lecithin soya termasuk 80mg kolina 48mg inositol. Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan.

Jom kita tengok manfaat Lecithin kepada tubuh badan kita 👇


Haa macam mana? Bila dah tahu ketiga-tiga fungsi vitamin ni, mesti nak amal cepat-cepat supaya tak risau kalau kita attend open house kan? 😀

Boleh hubungi saya di sini kalau nak tahu lebih lanjut atau nak buat belian okay. Jom baca perkongsian rakan saya tentang Hari Raya Open House beliau yang best 😊


#SyawalDirai
#SetKurusRaya
#projekblogmegashaklee
#billionaire


Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...