Skip to main content

Set Hello New You Yang Ohsem!

 Assalamualaikum, berjumpa kembali kita di entri terkini 😊

Dalam entri yang lepas, saya ada bercerita tentang 3 vitamin yang boleh bantu kita kurus dengan sihat, inshaa Allah.

Dalam entri kali ini, jom kita berkenalan dengan Set Hello New You daripada Shaklee yang sudah bantu ramai insan di luar sana mencapai berat badan ideal yang diidam-idamkan. Teruja tak nak tahu?


Sebenarnya dah lama tau Shaklee perkenalkan Set Hello New You ni, sejak awal tahun lagi. Tapi Shaklee punya lah nak bantu kita amalkan gaya hidup sihat, jadi promosi set ni masih dilanjutkan hingga akhir bulan ini. Memang ohsem sangat kan! Mana tak nya, dah lah kita boleh berjimat bila beli set ni berbanding kita beli loose item dan yang utamanya ialah kita nak memiliki tubuh badan yang sihat, betul tak?

Set Hello New You terdiri daripada 4 item iaitu Cinch, Lecithin, Omega Guard dan Herb Lax.

Dah panjang lebar tau saya ceritakan tentang semua vitamin di atas dalam entri-entri saya sebelum ni, jadi korang boleh check it out nanti okay.

Consistency is a KEY! Alang-alang nak dapatkan tubuh badan yang sihat, jom kita all out betul-betul dan kena make sure kita betul-betul konsisten dengan apa yang kita buat.

Gantungkan baju bersaiz lebih kecil daripada saiz sekarang atau tampalkan gambar kita semasa muda atau zaman kita kurus dahulu😉. Secara tak langsung, kita dapat tanamkan dalam minda kita bahawa "aku wajib kurus balik sebab aku pernah kurus dulu!"

So, jangan lupa untuk grab SET HELLO NEW YOU sehingga sebelum habis Mei ni tau. Jom baca perkongsian sahabat saya tentang Set Hello New You juga. 

Jumpa lagi!

#kurusdengansihat
#beratbadanideal
#sihatdenganshaklee



Comments

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...