Skip to main content

ISA; Antara Hidup & Mati


















Alhamdulillah, hari ini 15 Sya'ban, juga dipanggil nisfu Sya'ban. Sya'ban bererti berserak-serak yang juga menterjemahkan dituntutnya kita untuk berserak-serak melakukan banyak amal kebaikan di dalamnya. Fastabiqul Khairat!

Entri kali ini adalah merupakan kisah pengalamanku di dalam lautan ribuan rakyat Malaysia yang turun berdemo pada 1 Ogos lalu. Sebelum itu, tribute untuk buraq kami, Umar yang membawa kami ke tanah Kuala Lumpur.

Aku menganggap demonstrasi kali ini adalah yang paling ganas dan kejam antara demonstrasi yang aku telah sertai. Seawal 8, 9 pagi, pak-cik2 berbaju biru telah dan giatnya mengadakan sekatan dan membawa trak2 untuk mengangkut demonstran-demonstran. Tidak terkecuali aku melihat mahasiswa, pemimpin-pemimpin PAS, isteri dan ahli keluarga tahanan ISA dan pak-cik2 yang ditangkap oleh mereka.

Membaca pengalaman-pengalaman sedih dan tragis sahabat2ku daripada blog dan emel, aku menyimpulkan masing-masing pasti akan menyimpan rapi pengalaman mereka ini di dalam diari kehidupan masing-masing. Ada yang sesak nafas terkena semburan water canon, ada yang disoal siasat oleh pak cik baju biru, dan tribute untuk mereka yang merasai pengalaman ditangkap dan hampir sehari ditahan tanpa diberikan makanan. Tahniah dan takziah buat mereka kerana hanya orang-orang terpilih sahaja yang merasai pengalaman terindah ini. Semoga Allah memasukkan mereka dalam kalangan orang yang bersabar.

Aku pula..terasa juga penangan water canon sampai perit tekakku ini, namun apalah sangat sedikit water canon yang aku rasai berbanding derita para tahanan di Kem Kamunting yang bertahun-tahun terseksa di dalamnya. Allah bersama kalian, tingkatkan doa dan tawakkal, kerana Allah memakbulkan doa orang-orang yang dizalimi.

Ada yang mengatakan kami melakukan kerja gila, tidak bermoral kerana mengadakan rusuhan di tengah2 bandar. Ada yang mengatakan kami ini tiada kerja kerana bersorak-sorak di tempat awam. Ada yang mengatakan..macam-macam..

Dengarlah wahai mereka yang berkata-kata sedemikian,

Anda tidak merasai derita tahanan ISA,
Anda tidak menjadi isteri/anak-anak/ahli keluarga tahanan ISA,
Anda tidak terdedah dengan kebobrokan dan kekejaman Akta ISA!

Sedarlah, sedarlah..Marilah kita membuka mata kita dan minda kita agar kita tidak terus tertipu dengan media yang digembar-gemburkan kepada kita. Jika anda ingin mengatahui apa itu perjuangan, maka anda harus berada dalam PERJUANGAN ini!

Buat ayahanda dan bonda, Kak Yong memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa merahsiakan pemergian ke demo. Demi Allah dan Islam, I do it! Demi Allah dan Islam, moga-moga ada ganjaran dan pahala buat Mak dan Abah. Terima kasih.


Comments

  1. xpe fizah..mesti mak ayah fizah x marah anaknya pegi berjuang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Mozek BERSIH 2.0 Saya

Bismillahi walhamdulillah 9 Julai 2011 pasti akan terpahat kukuh dalam seluruh memori rakyat Malaysia. Sama seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Walaupun ianya telah 42 tahun berlalu, rakyat tidak pernah melupakannya. Impaknya amat besar terutamanya kepada kaum Melayu dan Cina pada ketika itu. Mozek BERSIH 2.0 Saya cuba mengenepikan segala emosi dan rasa marah saya ketika entri ini ditulis. Sungguhpun rasa marah ini tidak lagi padam, pesan naqibah saya, SABAR, SABAR dan berSABARlah! Sesungguhnya mengamalkan Islam pada akhir zaman ini ibarat menggenggam bara api! Maka, saya cuba bersabar, seperti sabarnya para pemimpin saya tika ini. Pagi 9 Julai 2011 tiba juga. Alhamdulillah, sehari telah berlalu pergi menjadikan umur saya 25 tahun 1 hari. Ulang tahun yang pasti diingati berikutan terpalitnya sejarah hitam dalam demonstrasi BERSIH 2.0! Palitan ini sebenarnya sudah pun terjadi kepada beberapa siri demonstrasi sebelum ini, tetapi saya kira palitan kali ini lebih dahsyat, lebih jijik d...

Wanita Perlu Bijak Urus Emosi

 Bismillahirrahmanirrahim, 10 hari lagi kita nak bertemu dengan bulan yang dirindui, Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh rahmat dan maghfirah daripada Allah, Rabb kita. Sebagai seorang wanita apatah lagi bergelar isteri dan ibu berkerjaya, pengurusan emosi sangat penting. Bukan mudah nak menukar 'topi' daripada seorang isteri dan ibu kepada seorang pekerja dan sebaliknya. Apabila seorang ibu penat di tempat kerja, ibu perlu berehat seketika agar emosinya stabil dan dapat berperanan dengan baik di rumah. Masha Allah Tabarokallah! Seorang ibu juga manusia biasa. Tidak terlepas dari rasa penat, marah dan sedih. Sifat negatif yang boleh menyebabkan sebuah keluarga tidak ceria dan harmoni. Ada satu kata-kata popular, "happy wife, happy family". Ada benarnya kata-kata ini. Ibu ialah madrasah dalam rumah tangga. Bahagia ibu, inshaa Allah bahagia rumah tangga. Sedih ibu, maka rumah tangga turut berasa muram. Kebanyakan sekolah sibuk dengan acara sukan minggu ini. Lantaran i...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...