Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Terima Kasih Zauji..

Bismillahi walhamdulillah Manusia sentiasa terkenang pada masa silam sedangkan masa silam adalah suatu masa yang ditinggalkan. Astaghfirullah..semoga Allah menjauhkan kita daripada tipu daya syaitan yang sentiasa menyilaukan pandangan dan membisikkan kesesatan. Melayari bahtera rumah tangga menuntut kesabaran dan toleransi yang tinggi di antara suami dan isteri. Apabila badai menghempas bahtera kami, harus ada strategi bagi menghadapinya. Adakah perlu berpindah bahtera atau pun bertahan sahaja di dalamnya?  Wanita atau isteri umumnya memiliki Emotional yang tinggi berbanding lelaki atau suami. Apabila berhadapan dengan masalah, selalu sahaja panik dan tenggelam punca. Maka si suami datang menghulurkan bantuan, memberikan buah fikiran yang bernas dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan strateginya yang bijak dan mudah difahami. Subhanallah, Maha Suci Allah yang melengkapkan hidup suami dan isteri dengan kelebihan masing-masing. Kadang-kadang ombak yang menghempas ...

Pensyarah dan Gaji

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah atas nikmat Iman, Islam dan Seehah daripada Allah Ar-Rahim. Alhamdulillah atas nikmat pernikahan yang sudah pun berusia 10 bulan semalam. Zauji membelikan 'Satay Kulim Style' sebagai meraikan ulang tahun pernikahan kami, syukran Zauji! ^_^ Khabar adindaku, Masyitah yang bakal melangsungkan pernikahannya pada Februari tahun depan amat disyukuri. Beliau telah diterima menjadi pensyarah sambilan di UiTM Merbok, Kedah. Mabruk! Berkhidmatlah dengan sebaik mungkin, niatkan di hati bahawa mengajar juga adalah ibadah dan mengajarlah untuk memanusiakan manusia. Terimbau kenanganku menjadi pensyarah sambilan di UiTM Arau dahulu dan kini anak-anak didikku telah pun tamat pengajian Diploma mereka, Alhamdulillah.. Aku sebenarnya tidak gemar untuk membandingkan nilai gaji yang diterima di sesebuah universiti dengan universiti yang lain. Prinsip aku, bekerjalah walau di mana sahaja dengan bersungguh-sungguh dengan tidak mengabaikan misi uta...

Berkaryalah..

Bismillahi walhamdulillah Pagi yang ceria. Pagi yang bahagia. Alhamdulillah wa syukru Lillah atas nikmat Iman, Islam dan Seehah yang dikurniakan-Nya. Selepas saling berbalas ucapan "Selamat Pagi" dengan Zauji, aku memulakan langkah pagi ke Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran dengan rasa syukur dan bahagia. Mahu mujahadah hari ini, meninggalkan Umar di parkir Vista, dan aku hanya berjalan kaki sahaja ke fakulti.  Subhanallah, sudah lama rasanya tidak menikmati pagi dengan berjalan kaki! Sedangkan zaman Degree dahulu, berjalan kaki adalah satu kewajipan setiap hari. Selain dapat menikmati alam ciptaan Allah pada pagi hari, dapat juga anggota badan ini bersenam dan keluar dari kepompong keselesaan dan kemalasan. Menghirup udara segar sambil menikmati tazkirah dan mutiara-mutiara ilmu di IKIM.fm amat membahagiakan hati ini. Alhamdulillah semoga hari ini dilalui dengan penuh ketenangan dan mendapat redha Allah, insyaAllah. Aku tertarik dengan perbincangan bersama   Presid...

Bahagiakan Dirimu

Bismillahi walhamdulillah 9 Muharram 1434H|23 November 2012 Hari Jumaat tiba lagi. Penghulu segala hari ini akan datang dengan setianya selagi Hari Kiamat belum tiba. Beruntunglah bagi mereka yang menghidupkan hari yang mulia ini dengan segala amalan sunat dan sunnah Nabi di samping tidak mengabaikan amalan wajib. Hari yang mulia seharusnya disambut dengan gembira dan bahagia. Mensyukuri atas segala ni'mah dan bersabar atas musibah dan ujian jika ianya sudah ditaqdirkan buat kita. Merefleksi diri dengan musibah yang menimpa saudara-saudaraku di Gaza sana, hanya Allah sebaik-baik pelindung. Di sana-sini berita tentang Gaza dan boikot produk-produk Israel disebarkan. Alhamdulillah, begitu peka dan prihatin sekali umat Islam di Malaysia. Namun diharapkan boikot ini bukanlah boikot bermusim dan boikot plastik sahaja, insyaAllah. Bangkit dari kemalasan, bangkit dari kejatuhan memang payah jika tidak disertakan dengan azam yang kental dan padu. Mewujudkan mood belajar ju...

Adindaku Mahu Kahwin!

Bismillahi walhamdulillah Pantas masa berlalu seiring pantasnya usia pernikahan aku dan Zauji. Serasa baru semalam kami bernikah. Alhamdulillah atas nikmat pernikahan ini. Terkini, adindaku pula akan bernikah! Dan pernikahan Februari akan kembali berulang dalam famili Hj Yaakob dan Pn Khairani =) Oleh itu, aku ingin merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH buat adinda-adindaku yang dikasihi; AHMAD FAIDZ dan MASYITAH  yang bakal melangsungkan pernikahan mereka pada Februari 2013 nanti, insya-Allah. Percaya-tak percaya aku dengan khabar ini terutama bagi adinda Masyitah. Seusia 22 tahun beliau akan menamatkan zaman bujangnya! Benarlah jodoh itu adalah rahsia Allah dan Dia jualah yang telah mengatur urusan jodoh kita. Tidak boleh ada tidak percaya pada ketentuan dan ketetapan Allah ini kerana Beriman kepada Qadha' dan Qadar adalah termasuk dalam Rukun Iman. Allahumma solli'ala Muhammad. Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan dan memberikan k...

Berdakwah, Bagaimana Mahu Istiqamah?

Bismillahi walhamdulillah Isu DAKWAH sudah tidak asing pada pendengaran kita. Kita pun sudah tahu bahawa dakwah adalah satu kewajipan atas setiap muslim yang mukallaf. Kita pun dah maklum akan dalil berdakwah ni, antaranya di dalam Surah Ali-Imran ayat 104. Tapi...kenapa ya kita susah sangat nak berdakwah? Rasa-rasanya dah banyak kali kita ikut usrah, daurah, wacana itu-ini, mukhayyam dan macam-macam lagi lah program-program tarbiyah ni..tapi last-last tetap fail jugak nak berdakwah. kenapa ya? Hamasah itu sekejap saja tetapi kefahaman itu lah asasnya. Tak dinafikan, time degree dulu, hamasah ni macam tinggi sangat2, tiap-tiap hari bersemangat sangat nak buat kerja Islam. Sampai dalam kelas pun dok fikir pasal gerak kerja Islam ja (macam sibuk sangat lah orang ni kan? hmm..). But once after grad, dah jauh daripada sahabat2, mulalah hamasah tu macam menurun sedikit demi sedikit..na'uzubillah..sepatutnya tidak harus berlaku kepada kita yang sudah menerima tarbiyah sejak a...

Ke Mana Hamasah Itu?

Bismillahi walhamdulillah Masa sesungguhnya amat pantas berlalu, sehingga satu saat pun tidak memberikan peluang kepada orang yang cuai menjaganya. Sem 4 sedang dilalui..dengan bebanan taklifan yang menuntut hak untuk dilunasi. Kala ini hati dan ruh amat merindui sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa di sisi jika nasihat mereka diperlukan. Sahabat-sahabat yang faham dan mengerti, sahabat-sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi istimewa di hadapan Sang Khaliq. Dan sahabat-sahabat yang tidak pernah jemu meniupkan hamasah kepadaku..agar aku terus teguh berdiri walau beribu ujian dunia membadai menggugah sebatang tubuh kerdil ini. Aku merasakan terlalu banyak alasan yang diberikan di kala Allah mahu memberiku peluang menambah saham pahala untuk perjuangan agama-Nya. Allah..sungguh hamba tidak berdaya Ya Allah..Allah Maha Tahu setinggi mana komitmen hamba dan Engkau Maha Tahu sedalam mana kapasiti hamba..ampunkan hamba-Mu Ya Allah.. Mungkin mereka mengatakan aku...

New Semester, New Intention, New Spirit!

Bismillahi walhamdulillah Lama rasanya tak mengomel di halaman LTC ini. FB lebih senang diupdate dan mengatasi laman-laman sosial yang lain. Pejam celik- pejam celik rupanya diri ini telah dihantar kepada Sem 1 2012/2013! Subhanallah cepat sungguh masa berlalu..seperti sekejapnya menyaksikan si fulan itu berkahwin dan kini sudah menimang cahaya mata.. Hari ini adalah hari pertama bagi Semester 1 2012/2013 merangkap semester terakhirku biiznILLAH..Muhasabah semester-semester yang lalu, mahu mengambil teladan dan hikmah atas kekurangan dan kesilapan yang telah dilakukan, semoga semester akhir ini bisa menjadi penebusnya. Cerita tentang adindaku, Sakinah yang telah selamat melahirkan anak sulung beliau pada 28 Ramadhan yang lalu. MUHAMMAD FATHI BIN MUKMIN nama diberi. Semoga Fathi bisa membuka kejayaan dan menjadi pembuka kepada pintu kejayaan dunia dan akhirat. Nenda pula telah selamat pulang dari menziarahi Nienah, Mukmin dan Fathi di Cairo pada minggu lepas. Alhamdulillah...

Revisit|Ramadhan di Shah Alam

Bismillahi walhamdulillah Jumaat kedua Ramadhan. Sudah separuh hari usia Ramadhan 1433H. Meninggalkan Zauji dengan keizinan beliau kadangkala menerbitkan rasa rindu di hati ini. Bersahur apakah beliau? Iftar bersama siapakah beliau? Zauji, semoga Allah sentiasa menjagamu untukku. Shah Alam. Tidak menyangka Ramadhan tahun ini diizinkan Allah menjejakkan kaki ke Rumah Cinta di Bandar Dalam Taman ini. Subhanallah! Tabarokallah! Bersama adik sparring saya, kami menghabiskan dua hari Ramadhan kami di Shah Alam, Alhamdulillah..Cuma tahun ini, hanya kami berdua, teman backpackers Amirah dan Yard tidak dapat bersama dalam Kembara Ramadhan tahun ini. Namun begitu, kenangan bersama mereka tidak mungkin dapat dipadamkan dalam kotak memori kami. Siang hari kami bersenang-lenang di Perbandaran Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Alhamdulillah tidak terkata nikmatnya, tidak tergambar keseronokannya. Atmosferanya yang tenang dan mendamaikan menyuntik semangat saya untuk menyantuni ju...

Kembali Ke Medan Tempur

Bismillahi walhamdulillah 9 Ramadhan 1433H. Pagi yang indah di bumi perjuangan Petaling Jaya. Alhamdulillah biiznillah, dengan izin Allah aku kembali ke medan tempur ini. Kembali menyambung perjuangan yang tiada noktah, perjuangan sehingga ke liang lahad insyaAllah. Kuala Lumpur tetap sama, seperti yang aku tinggalkan sebelum Ramadhan. Malamnya masih dilihat sibuk, kereta-kereta masih melingkar di atas jalan raya sedangkan solat sunat tarawikh sedang berlangsung di masjid-masjid dan surau-surau. Di mana Ramadhan mereka? Oh bukan mahu skeptikal kepada marhaen Kuala Lumpur, mungkin mereka mengerjakan ibadah itu di rumah. Ya dan soal ibadah adalah antara mereka dan Allah. Namun tidak dinafikan, rumah-rumah Allah di jantung kota ini tetap meriah dengan pesta ibadah di bulan yang penuh keberkatan, penuh kemuliaan ini. Permusafiran Kulim-Kajang semalam memberi ruang kepada diri ini untuk bermuhasabah dan mengaudit diri terhadap segala amal ibadah dan perilaku sepanjang bera...

Jumm'ah dan Prof Muhaya

Bismillahi walhamdulillah 7 Ramadhan 1433H. Jumm’ah mubarakah! Jumaat pertama Ramadhan. Alhamdulillah Allah masih memberikanku kesempatan berada di dalam bulannya yang penuh mulia, bulan yang penuh dengan tawaran dan bonus seperti kata Al-Fadhil Ustaz Syed Kadir Al-Jofree di dalam “Nasi Lemak Kopi O” pagi tadi. Hamdan Lillah hari ini berkesempatan ikut Zauji ke Masjid Al-Huda Kelang Lama, rumah Allah yang menjadi saksi sujudku sepanjang Ramadhan tahun ini. Hari ini rasa sangat syahdu dan tenang sekali dan rasanya inilah ketenangan yang selama ini aku dambakan. Alhamdulillah Ya Allah, Engkau campakkan jua sakinah yang saban waktu aku memintanya Ya Allah..Lantunan bacaan Surah As-Sajadah dan Surah Insan oleh imam semasa Solat Subuh pagi tadi amat menyentuh hatiku, serasa hati yang kotor ini baru merasai siraman cahaya Nur Kalamullah..Allahu Allah.. Sesungguhnya ketenangan ini, kedamaian ini dan kebahagiaan jiwa ini yang aku cari, yang aku dambakan. Sedangkan Ramadhan sudah hampir se...

Ramadhan di Daerah Hi-Tech

Bismillahi walhamdulillah 5 Ramadhan 1433H. Subhanallah, cepat sungguh hari-hari yang berlalu di dalam bulan-Mu yang mulia ini. Bagaimana Ramadhanku? Allahu Allah..terasa banyak sekali masa yang dibazirkan dan dibuang begitu sahaja. Astaghfirullah, ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah.. Ramadhanku tahun ini ku lalui di daerah Hi-Tech, di negeri tercinta Kedah. Hamdan Lillah atas kurniaan-Nya, dapat merasai saat-saat Ramadhan bersama Zauji. Namun begitu jauh di sudut hati, kerinduan Ramadhan bersama teman-teman seperjuangan tidak dapat disembunyikan. Serasa mahu kembali ke zaman bujangan juga zaman kampus suatu ketika dahulu. Astaghfirullah..apakah aku telah menjadi insan yang tidak bersyukur? Sentiasa mengenangkan masa lalu walhal kini statusku adalah seorang isteri yang wajib berkhidmat untuk suaminya. Hal ini yang saban hari aku ingatkan kepada diri sendiri. Ya, mungkin dalam tempoh 5 bulan bernikah, hampir sebulan aku benar-benar berada di samping suami. Baru merasai bagaiman...

An Amateur Housewife

Bismillahi walhamdulillah Lokasi: Baiti Jannati (Techo Kulim) Jawatan: Surirumah sepenuh masa Alhamdulillah, sudah masuk hari keempat mendiami Baiti Jannati kami. Proses adaptasi nampaknya semakin terkawal dan sedikit demi sedikit dapat menarik nafas lega. Walau bagaimana pun, masih banyak kelengkapan yang tidak dapat disediakan dalam tempoh seminggu ini. 'ala kulli hal, hamdalah atas apa yang ada, kami tetap bahagia ^_^ Merasai pengalaman menjadi seorang surirumah amatur sepenuh masa amat menguji iman, perasaan dan masa. Hari-hari awal yang dilalui menerbitkan sedikit rasa bosan dek keseorangan sahaja di dalam rumah. Namun cepat-cepat dikuatkan hati bahawa inilah peranan sebenar seorang isteri di sisi suaminya. Bukankah ini saat yang ditunggu-tunggu? Seperti yang dipesan Zauji "Bermujahadahlah..." Setelah 5 bulan hidup berjauhan, lalu kini Allah mengizinkan aku memainkan peranan sebagai seorang isteri sepenuhnya. Alhamdulillah..lalu di manakah syukurku...

Recharge!

Bismillahi walhamdulillah Tidak kurang sebulan sahaja lagi Ramadhan bakal menjengah. Oh tidak sabar rasanya mahu bertemu Ramadhan, bulan yang sekian lama dinanti dan dirindui. Ramadhan tahun lepas masih bersisa di ingatan, bahagia rasanya dapat menjelajah rumah-rumah Allah di jantung kota ini. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..jika dahulu aku membayangkan kesukaran dan ketidak selesaan untuk menyambut Ramadhan di ibu kota tetapi rupanya tanggapan aku salah sama sekali. Di mana pun kaki ini berpijak di bumi Allah, Ramadhan itu memberikan keberkatan dan kedamaian yang tidak terungkap dengan kata-kata. Sem 3 telah berakhir Jersi Master yang telah disarungkan rupanya telah tampak lama, ibarat baju lama yang dipakai berulang kali. 3 sem sudah berlalu, dengan siri-siri suka-duka juga tangis-tawa sebagai rencah masakannya. Alhamdulillah 'ala kulli hal, tidak percaya pun ada kerana diizinkan Allah melaluinya selama 3 semester. Berbaki 1 semester lagi dengan penumpuan penuh t...

Isu 'Evergreen' : PTPTN

Seingat saya, sudah lama isu PTPTN ini didebatkan. Alam mahasiswa saya menjadi saksi beberapa siri demonstrasi yang pernah diadakan kerana isu ini. Isu 'evergreen' ini sekali lagi menggemparkan negara apabila pada 7 Jun 2012 (semalam), Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru UNISEL (malaysiakini.com).   Disebabkan itu, ramai pelajar yang menyatakan bahawa mereka terbeban jika PTPTN dibekukan terhadap mereka. Alasan yang diberikan adalah " Pembekuan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia." Kenyataan ini secara terang-terangan mengandungi unsur politik sehingga mengakibatkan para mahasiswa terbeban. Saya menyemak balik Visi, Misi dan Objektif PTPTN. Objektif mereka adalah " Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pen...

Bulan Gembira dan Bait Muslim

Bismillahi walhamdulillah Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah.. Ahlan wasahlan ya Rajab! Sudah lama sekali kami menantimu. Kerana hadirnya engkau adalah sebagai salah satu 'signal' awal datangnya bulan rahmat yang dirindui, Ramadhan Al-Mubarak! Alhamdulillah ya Allah, Engkau masih mengizinkan aku berada di dalam bulan yang penuh mulia, penuh barokah ini. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam, atas nikmat bergelar seorang isteri kepada sang suami yang jauh di mata dekat di hati. Syukru Lillah atas segala nikmat yang Engkau titipkan buat hamba-Mu yang dhaif serba-serbi ini. Fatrah imtihan semakin hampir. Tidak sedar semester ketigaku bakal berakhir tidak lama lagi. Kesibukan dengan tugasan assignment juga berkejar-kejar dalam menyiapkan Research Proposal membuatkan aku hampir tidak sedar bahawa pantas sekali masa yang berlalu. Allahu Rabbi.. Masa berlalu pergi..zaman juga beredar..Umur semakin meningkat mengingatkan bahawa ajal semakin mende...