Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

'Asyura & Karbala

Pada hari ini telah berlakunya satu peristiwa yang menyayat hati dan meruntun duka hati seluruh umat Islam. Pada hari ini cucunda kesayangan Rasul SAW tercinta, Saidina Hussein R.A. beserta sahabat-sahabat yang bersama baginda telah dibantai dengan kejam sekali oleh tentera-tentera Khalifah Yazid bin Muawiyah. Allah Maha Mengetahui setiap yang berlaku. Dan sesungguhnya peristiwa bersejarah ini telah melakarkan pengajaran yang cukup besar buat kita semua. Kebenaran dan kebatilan telah tersingkap. Begitulah kita sekarang, khususan sebagai rakyat Malaysia, yang mendiami bumi aman ini. Satu persatu Allah membongkarkan segala penipuan dan kebatilan yang cuba disembunyikan selama ini. Tidak mustahil Karbala kedua akan berlaku jika manusia masih lagi degil dan ingkar dengan perintah-Nya, na'uzubillah! Saya membawakan halaman-halaman di bawah sebagai sumber tambahan bacaan kalian mengenai Karbala & 'Asyura. Selamat membaca dan selamat berpuasa! ~ Kelebihan Berpuasa pada hari 'A...

Mabruk'alaika ya Umar (^_^)

Banner Tag Another 'buah tangan' Umar =) Tahniah! My warmest appreciation goes to you! Siiru'ala barkatILLAH!

Maknakan Hidupmu Dengan Memberi

Bismillahi walhamdulillah.. Countless syukur kepada Rabb Jalil, Maha Pemberi Nyawa, Maha Pemberi Iman, Maha Pemberi Rezeki, Maha Pemberi buat segala. Dan pada saat ini aku masih lagi diberi nafas untuk menghirup oksigen-Nya, masih diberi nikmat melihat, mendengar dan merasa. Terima kasih Tuhan, terima kasih.. Telah berlalu 4 hari dalam Muharram. Bulan yang penuh makna dan sangat bererti buat umat Islam. Terlalu banyak peristiwa agung yang kita wajib insafi dan hayati sirahnya agar diri ini terus thabat atas jalan nur dan kebenaran ini, insya-Allah. Acap kali ku dengar dalam kalangan kita yang berkata, " Apa azam tahun barumu? " " Mesti pada tahun baru ini kita hendak menjadikannya lebih baik dari semalam, kan? " dan pelbagai lagi soalan mahu pun harapan dipasakkan pada tahun baru ini. Aku pula ingin memaknakan tahun 1431 Hijrah ini dengan MEMBERI, insya-Allah! Apa yang dapat ku beri? Wang? Kereta? Rumah? Sudah tentu tidak, jikalau aku orang yang kaya raya, bis...

Tribute to Umar!

Design terbaru Umar! Percaya tak? Anyway, tribute to Umar! Pasni, blhlah tolong design lagi untuk program2 UIA, kan? Tahniah and keep it up! Regards, Committee members of CAMPRO =)

Semester Akhir

Bismillahi walhamdulillah.. Lama sungguh tak mengupdate Leading The Change ni. Maaf ya, awal minggu semester akhirku dipenuhi dengan ulang-alik ke CTS dan jumpa Kak Maria, gara-gara nak add subject FYP ku. Welcome back to IIUM Kuantan Campus, Hafizah! Subhanallah, dah semester akhir rupanya aku di Taman Ilmu dan Budi ini. Banyak manakah ilmu-ilmu yang sudah ditimba dan diamalkan? Adakah aku menjaga adab-adab dalam menuntut ilmu? Bermuhasabah seketika.. Terlalu banyak peristiwa penting yang terjadi sepanjang minggu lepas. Sudah tentu peristiwa-peristiwa tersebut menginsafkanku dan memberiku pelajaran hidup yang sangat berharga. Thank You Allah! Baru sahaja aku mendapat tahu the cute baby boy, 'Ukasyah, anak kepada Mawaddah dan Hafiz (student UIA) telah dijemput Ilahi petang tadi. Aku mendapat tahu 'Ukasyah tersedak semasa minum susu di nursery. Allahu Rabbi..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah terus memberi ketenangan dan kekuatan kepada keluarga Maw...

Aku Ingin Mencintai-Mu Setulusnya

Album : Muhasabah cinta Munsyid : Edcoustic Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU reff:aku ingin mencintaiMU setulusnya,sebenar-benar aku cinta dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku aku ingin mendekatiMU selamanya sehina apapun diriku ku berharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi...

Mari Nikmati 'Ketupat Cinta'

Pertama kali terpandang hidangan terbaru Faisal Tehrani ini, membuatkan saya teruja untuk menjamu selera dan merasai keenakannya. Tidak berpeluang ke Book Fair yang diadakan Ogos lalu membuatkan saya mengidam Ketupat Cinta ini. Apabila saya menziarahi bilik sahabat dan adik baik saya, terpandanglah saya hidangan ini lalu tiada lengah, saya terus meminjamnya. Terima kasih Annisa the Second kerana mengizinkan saya menjamu selera sepanjang cuti penggal ini =) Ingin sekali saya mengajak anda turut menjamu selera hidangan Faisal Tehrani kali ini. Bagi saya, air tangan beliau kali ini lain dari yang biasa. Anda pasti akan mengkagumi keindahan masakan Melayu kita yang diceriterakan dengan falsafahnya sekali. Turut mewarnai hidangan beliau adalah setting yang melatari iaitu period zaman Kesultanan Melayu Melaka. Amat indah sekali gaya bahasa yang digunakan di samping terselit juga unsur humor dan sinis yang tidak keterlaluan. Sudah tentu saya tertarik dengan hero Ketupat Cinta ini iai...

Kuatkanlah Kesabaranmu

.Cerita Semalam. Alhamdulillah saya telah pun selesai menduduki semua peperiksaan akhir bagi sem ini, Sem 1 09/10. Ya Allah, luluskanlah semua paper saya dengan cemerlang, Ameen. Keluar dari dewan exam, memang terasa sedikit kelegaan dek kerana usai sudah peperiksaan bagi semua subjek di UIA yang telah saya ambil. Namun tidak dinafikan masih terselit rasa kerisauan dan kebimbangan yang teramat mengenangkan natijah yang bakal diperoleh nanti. Semoga Allah membantu.. Malamnya, saya mengajak 3, 4 orang sahabat saya makan malam di Awana, dekat Tanjung Lumpur. Tiada sebab apa pun sebenarnya, lebih kepada mahu meraikan sahabat yang akan meninggalkan bumi Kuantan sem hadapan, Dayah. Sesekali berjumpa, macam2 cerita yang kami borakkan..terima kasih sahabat2 kerana sudi menjadi teman tawa dan sedih saya. Ingin sekali saya dedikasikan entri kali ini kepada seorang sahabat baik saya yang sangat saya kagumi kekuatan dan kesabaran beliau. Sahabat ini dekat dengan saya, dekat sekali. Sejak matrik la...

Kuasa Usrah

Bismillahi walhamdulillah... Salam imtihan buat semua sahabat yang sedang menduduki final imtihan, semoga NAJAH menjadi milik kita, insya-Allah.. Alhamdulillah, aturan perjalanan hari ini dipenuhi dengan kenangan indah bersama anak-anak usrah HEBAT saya! Usrah terakhir untuk semester ini, insya-Allah akan bersambung lagi semester hadapan. Awwalan, asifah jiddan buat anak-anak usrah saya jika ada kekhilafan dan kekurangan sepanjang mengendalikan usrah bersama antunna, banyak betul kenangan saya dengan adik-adik semua =) dan yang PENTINGnya banyak sangat yang saya belajar daripada antunna, alfun syukran! Sambil menunggu makanan iftar siap, Nad memulakan bicara (bagus Nad!). Terus kepada point muhasabah usrah sepanjang semester ini. Terdiam seisi usrah, nak susun kalimah dulu sebelum memulakan bicara =)..lalu dimulai oleh Umme, YB-to-be kita, hehe.. "Bagaimanakah dikatakan usrah yang ideal ?" "Ideal?" "Ya, ideal", Umme mengiyakan. Bagi Umme, jika setiap ahli ...

Muhasabah Cinta

Munsyid : EdCoustic http://liriknasyid.com Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu Reff. Kata-kata cinta terucap indah Mengalir berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku... Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu Back to Reff.

Berbaik Sangkalah dengan Allah

Firman Allah Ta'ala di dalam sebuah hadith Qudsi: "Aku mengikuti persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku menurut apa yang disukainya." Sekali lagi Allah menguji. Aku sangat tahu bahawa ujian aku ini tidaklah sehebat ujian insan-insan lain yang lebih kuat tekanan dan kesusahan yang mereka hadapi. Tetapi Allah jua telah menyatakan bahawa tidak beriman seseorang mukmin itu selagi dia tidak diuji. Aku redha akan ujian ini dan pada hakikatnya aku sendiri yang tidak benar2 itqan dalam pelajaranku.. Allahu Akbar! Rasa berat dan sesak sungguh dadaku apabila melihat prestasi akademik yang semakin membimbangkan walhal peperiksaan akhir semester akan tiba tak berapa hari sahaja lagi. Kepada Allah tempat aku memohon. Allah ingin mentarbiyah diriku, betapa ilmu-Nya sangat mahal, betapa perlunya TAQWA dan teliti dalam menuntut ilmu-Nya. Allahu Rabbi, ampunkan aku Ya Tuhan..rupa-rupanya aku masih tidak itqan, tidak teliti dan tidak menjiwai s...

Bajet 2010; bajet sulung Najib

Tidak mahu mengulas panjang, saya encrpyt daripada petikan Utusan Online yang bertarikh 31/07/09. Anda dan saya boleh menilai, rakyat juga boleh menilai! Bajet 2010 kurangi beban rakyat KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan berjanji Bajet 2010 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini merupakan bajet berhemat yang akan memberi impak kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, kerajaan akan berusaha mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di luar bandar dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sewajarnya melalui peruntukan Bajet 2010. "Ia juga selaras dengan salah satu teras dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran ...

My FYP!

Bismillahi walhamdulillah.. Alhamdulillah, syukran Allah kerana mengizinkan aku untuk terus menghirup udara pada hari ini dengan dibekali iman kepada-Nya.. Sudah 2 Zulqaedah rupanya. Syawal yang diraikan telah pun berlalu. Semoga bulan-bulan yang mendatang akan menjadikan kita hamba yang lebih tinggi iman dan taqwanya, insya-Allah. Sengaja aku ingin mencoretkan posting kali ini mengenai akademikku sebagai pelajar tahun akhir di UIAM Kuantan ini. Semester ini aku akan menghabiskan kesemua subjekku insya-Allah, sebanyak 5 subjek lagi yang tinggal. Moga-moga semuanya lulus dengan cemerlang, insya-Allah. Semester ini juga aku dalam fatrah menyiapkan Final Year Project (FYP) ku yang bertajuk FINANCIAL PERFORMANCE OF ISLAMIC BANKING AND CONVENTIONAL BANKING IN MALAYSIA. Alhamdulillah baru sebentar tadi aku selesai membentangkan proposalku di hadapan pensyarah2 dan supervisorku. Ada juga 1 soalan yang tak dapat ku jawab, inilah gara-gara preparation yang agak last minute, Astaghfirullah.. Sem...

Wacana Ilmiah di UIAM Kuantan

Isu hangat yang masih menjadi buah mulut semua rakyat Malaysia. Saksikan pertemuan hebat antara Ust Hj Nasarudin Tantawi, Mr Mohd Najid Husin ( Peguam Syar'ie Pahang) dan Dato' Hamidah Merican (Executive Director SIS). All are invited! When the truth is revealed, when the falseness is ended..

Hiduplah Wahai Hati

Bismillahi walhamdulillah.. Jam komputer ribaku menunjukkan angka 9.50 malam. Kerja dan assignmentku yang bertimbun-timbun ni masih tak terusik lagi. Allahu Rabbi..terasa kosong dan sepi malam ini. Bukannya environmentku yang sepi tetapi HATI ini.. Bermuhasabah seketika. Terasa jauh sungguh hubunganku dengan Sang Pencipta akhir-akhir ini. Kerana assignment yang banyakkah hingga aku boleh terleka? Astaghfirullah, alasan yang tidak konkrit sama sekali untuk diguna pakai! Cuba diagnose dan analysis lagi..nah, jawapannya ada pada HATI! Acap kali kita sering bercakap soal HATI. Hati yang bahagia, hati yang tenang, hati yang sedih, dan macam-macam lagi kata sifat lain yang digabungkan dengan HATI ini. Malam ini terasa sangat kosong hati ini..Astaghfirullah, aku memohon ampunan dari-Mu Ya Allah.. Allahu Rabbi, bantulah hamba-Mu yang sangat lemah dan dhaif ini.. Perjalananku masih panjang dan aku tidak tahu apakah kesudahan penghidupanku.. Aku sangat2 bermohon kepada-Mu wahai Tuhan, hidupkanla...

AGM SCIENCESS 09/10 & PRK

Bismillahi walhamdulillah.. Berbaki 1 hari lagi akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil di Dun Bagan Pinang, N9. Solat hajat dan doa tak henti-henti dipohon agar kemenangan berpihak kepada calon PR, amin.. Kisah di Kampus UIA Kuantan Alhamdulillah, Science Students' Society (SCIENCESS) baru sahaja mengumumkan line up barunya bagi sesi 2009/2010. Annual General Meeting (AGM) yang berlangsung pada 8 Oct lepas menyaksikan President baru SCIENCESS 09/10 diterajui oleh Saudara Don Luqmanul Hakim. Pastinya kepimpinan tenure 08/09 meninggalkan pentas SCIENCESS dengan pelbagai rasa dan kenangan sepanjang menerajui persatuan terbesar di UIAM Kampus Kuantan ini. Aku mengharapkan dan berdoa agar kepimpinan baru SCIENCESS 09/10 bakal mencorakkan SCIENCESS yang lebih idealis dan dinamik dengan tidak mengabaikan bi'ah solehah yang masih terjaga di bumi bertuah ini. Sekalung tahniah diucapkan! Barisan line up baru SCIENCESS 09/10 Pilihan Raya Kampus Semboyan PRK telah pun ditiupkan! PRK juga ...

Perjuangan Yang Tidak Henti

Saat ini aku yakin jentera pilihan raya di N 31 Bagan Pinang Negeri Sembilan memerah keringat mereka seoptimum dan semaksimum mungkin demi untuk memastikan pemimpin Islam bakal menerajui dun tersebut. Pemimpin dan jentera pilihan raya PR dari seluruh pelosok negeri turun beramai-ramai demi sebuah perjuangan yang tidak henti ini. BN mempertaruhkan calonnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad manakala PR meletakkan calon yang hebat latar belakang pendidikan dan penglibatan dalam parti iaitu Zulkefly Mohamad Nor . Menurut sumber yang aku baca, calon BN pernah memiliki rekod rasuah dan perkara ini menjadi 'backfire' kepada mereka dengan meletakkan kembali Tan Sri Mohd Isa untuk bertanding lagi kali ini. Mungkin mereka merasakan tiada calon lain yang lebih layak untuk bertanding di Dun Bagan Pinang ini, wallahua'lam.. Namun, di pihak kita yang tidak berpeluang untuk turun membantu di Dun Bagan Pinang, jangan berhenti untuk berdoa dan memohon dengan sepenuh hati dan kesungguhan jiwa aga...

Adakah kita telah menjadi umat kesayangan Nabi?

7 Syawal 1430 H Bismillahi walhamdulillah.. Sudah seminggu berlalunya Syawal. Bagi yang sedang menjalankan ibadah puasa sunat 6 di bulan Syawal, selamat berpuasa. Insya-Allah saya berniat untuk memulakan puasa pada minggu hadapan. Sedang memeriksa emel saya pagi tadi, terbaca satu artikel menarik yang ingin dikongsi bersama pembaca budiman sekalian. Terima kasih kepada pengirim, Siti Hafriza, minta izin untuk publish artikel Siti di sini ya..Menginsafi diriku, adakah selama ini kita telah menjadi umat kebanggaan dan kesayangan Nabi yang kita cintai, Muhammad s.a.w.? Sedangkan kita adalah umat yang paling lemah dan umat yang dikurniakan umur yang paling singkat berbanding umat2 terdahulu. Buat diriku yang lemah dan pembaca budiman sekalian, hayatilah artikel ini dan marilah kita menjadi umat kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. kerana... Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulul...

Snap! Snap!

Harimau betul ke ni? kat Muar, Johor kat rumah Opah, Ipoh kenangan di rumah abang Nenek Som @ Mentakab..ada kepala rusa.. comel tak Abah? huhu..

Aidilfitri Yang Bermakna

5 Syawal 1430H 24 September 2009 Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar wa Lillahil hamd.. Catatan Perjalanan Yaakob's family ke Simpang Pulai-Sg Koyan-Mentakab-Kg Embun Temerloh-Bukit Istana Kuantan-Muar-Lubok China-Rantau-Jitra Ayong menulis; Alhamdulillah, Hari Raya tahun ni amat bermakna sekali buat kami sekeluarga. Walaupun Bangah dan Nienah tak dapat beraya sekali dengan kami, tetapi kami dapat merasai kegembiraan berhari raya di kampung sebelah mak dan abah. ( Bangah + Nienah jgn jeles ye, hehe.. ) Sebenarnya posting kali ni aku tujukan khusus untuk adinda berduaku yang berada di perantauan; Bangah @ France dan Nienah @ Cairo. Moga-moga terubat sedikit kerinduan kalian kat kami, hehe..kalau rindu la.. Journey keluarga Hj Yaakob+Pn Khairani bermula pada 29 Ramadhan bersamaan Hari Sabtu lepas. Kami bertolak ke Simpang Pulai, rumah Mak Tok + Tok Wan lebih kurang pukul 10 pagi. Alhamdulillah, bertunggangkan kenderaan baru Abah, KIA Pregio [KCN 8895], kami selama...