Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Anakanda-anakanda Ummi Sudah Besar

Bismillahi walhamdulillah Masa semakin deras berlari. Aku membelek catatan lama di dada LTC ini. Sungguh, aku merindui gaya penulisanku suatu ketika dahulu. Tulisanku penuh penjiwaan dan agak terperinci. Dalam tak sedar, seiring dengan kemunculan Revolusi Industri ke-4 kini, aku turut mengikut rentak menulis dalam gaya yang lebih ringkas dan padat sahaja. Zaman yang kita diami rupanya mencorakkan diri kita tanpa kita sedar. Sedikit sebanyak ianya mempengaruhi cara kita berfikir dan tindakan kita. Dunia hari ini sangat pantas! Jika kita tidak mengikuti arus, nescaya kita akan ketinggalan. Begitu juga dalam hal mendidik anak-anak. Anak-anak adalah hadiah daripada Allah melalui asbab pernikahan. Alhamdulillah, dalam usia perkahwinan yang bakal menghampiri 12 tahun, Allah mengurniakan 3 orang cahaya mata kepadaku dan suami. Nafisah Amani, Abdullah Zikri dan Muhammad Furqan nama diberi. Masing-masing sudah berusia 9, 7 dan 5 tahun. Masha Allah, pelbagai ragam yang mereka tunjukkan kepada ka...

Matematik Tambahan Yang Merumitkan

Bismillahi walhamdulillah Hampir berakhir cuti penggal ketiga persekolahan bagi sesi 2023/2024. Hari ini saya kembali ke sekolah, menggalas amanah dalam Perkampungan Akademik Siri 2. Siri 1 telah pun diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini merupakan tahun keempat saya menjadi guru Matematik Tambahan bagi kelas peperiksaan SPM. Tahun-tahun yang sudah saya lalui ialah tahun 2017, 2018 dan 2021. Kegerunan di hati masih ada apabila mengajar 'killer subject' ini. Soalan-soalan dalam peperiksaan SPM sesungguhnya sukar diramal. Kami diberi masa selama 4 jam dalam perkampungan akademik ini. Saya cuba merangka strategi yang boleh meraikan semua peringkat kefahaman pelajar. Maka saya telah mengadakan kumpulan-kumpulan kecil dan melantik Guru Muda bagi membantu saya dalam kumpulan mereka. Anak-anak pelajar saya ini bijak belaka. Alhamdulillah sepanjang pemerhatian saya hari ini, saya dapati guru muda telah memainkan peranan dengan sangat baik, malah memberi penerangan yang jauh lebi...

Takdir Allah Adalah Baik Belaka

Bismillahi walhamdulillah Ketika entri ini ditulis, dunia masih menyaksikan pembantaian dahsyat rejim Zionis Israel laknatullah ke atas rakyat Gaza, yang majoritinya adalah umat Islam. Peperangan Israel-Palestin kali ini adalah peperangan yang memakan masa panjang, tidak seperti siri peperangan sebelum ini. Banyak usaha sudah dilakukan, fokus kita untuk menekan Netanyahu, agar segera menghentikan peperangan ini. Peperangan kali ini rupanya membuka banyak hikmah yang tidak terfikir dek akal sebelum ini. Saya sendiri mula menyelami sejarah Palestin dengan lebih mendalam, mengikuti secara dekat salah seorang rakyat Malaysia yang mengahwini rakyat Palestin iaitu saudara Nadir al-Nuri. Beliau merupakan pengasas kepada NGO Cinta Gaza Malaysia. Peperangan kali ini benar-benar dirasai oleh umat seluruh dunia yang cintakan keamanan dan bencikan genoside. Hingga ramai manusia yang diberi oleh hidayah oleh Allah untuk mengucap syahadah! Allahu Akbar! Mereka begitu mengkagumi semangat jihad yang d...

Hari Kokurikulum dan Stemnival 2023

 Bismillahi walhamdulillah Apa khabar sahabat semua? Semoga sihat hendaknya walaupun hati kita turut berduka atas apa yang berlaku kepada saudara-saudara seIslam kita di bumi Ghazzah.  Lama saya tak mencoret di sini. Sebelum ini saya berkongsi tentang task Shaklee. Alhamdulillah, apabila perlu siapkan task, saya turut belajar tentang produk Shaklee. Inshaa Allah setakat hari ini saya masih lagi consume produk ini😊 Alhamdulillah, sekolah saya tengah mengadakan Hari Kokurikulum dan STEM Carnival atau singkatannya STEMNIVAL. Kelmarin selesai sudah Hari Kokurikulum, diwarnai dengan pelbagai persembahan daripada para pelajar dan kemeriahan gerai jualan oleh Kelab/Persatuan. Kami turut mengadakan Minggu Solidariti Palestine. Tidak dapat saya menahan air mata ini apabila menyaksikan video kompilasi sorotan peristiwa bantaian yang berlaku di sana. Hebatnya iman mereka, kentalnya semangat juang mereka hingga tiada lagi rasa takut untuk syahid demi mempertahankan negara tercinta. Kita ...

Powernya Hidup Tenang

  Bismillahi walhamdulillah Setiap kali bangun pagi, aku akan berkata kepada diri, "Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Engkau masih memberikan satu hari lagi kepadaku. Semoga Engkau redha kepadaku dan menerima taubatku." Aku terkesan dengan fasa umur yang dicadangkan oleh Prof Dr Muhd Kamil, beliau sandarkan penghujung umur dengan umur baginda Nabi s.a.w. Jika diukur begitu, aku sudah pun berada dalam Fasa 4 (31 - 40 tahun), berbaki lebih kurang 33.33% kehidupan kita. Allahu Allah..takut rasanya apabila tiba-tiba Allah panggil diri ini, rasa macam tak banyak pun memberi sumbangan kepada ummah.  Dalam usrah guru minggu lepas, rakan guru, Cg Ashraf berkongsi satu peribahasa orang-orang dulu yang menyebut "kalau dah masuk umur 40, hang baik, baik lah sampai mati. Kalau hang tak baik, tak baiklah hang sampai mati." Peribahasa ini tidaklah dibukukan, cuma ia memberi maksud tersirat bahawa apabila usia memasuki 40 tahun, seseorang itu sudah mencapai kematangan dalam hi...

Doa Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Menjadi seorang wanita atau tepatnya umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sangat istimewa. Nabi Muhammad s.a.w. sangat memuliakan kaum wanita. Datangnya baginda sebagai utusan Allah, baginda membuang segala perkara yang mungkar dan maksiat yang dilakukan oleh kaumnya. Pada ketika itu bayi perempuan akan dibunuh atau ditanam hidup-hidup. Allahu Akbar! Nabi Muhammad s.a.w. begitu menyayangi isterinya Siti Khadijah r.anha, hingga baginda berasa amat sedih pada tahun Siti Khadijah wafat.  Baginda juga merupakan seorang ayah yang penyayang dan datuk yang begitu sayang akan cucu-cucunya. Baginda mengajarkan kepada anakandanya, Fatimah yang pernah mengadu akan keletihan melakukan kerja rumah. Lalu baginda mengajarkan zikir Tasbih, Tahmid dan Takbir sebanyak 33x setiap satunya dan kita mengamalkanny setiap kali selepas solat. Doa Untuk Wanita   Sebenarnya banyak doa yang baik dan boleh diamalkan oleh kita. Saya kongsikan dahulu 3 DOA di bawah yang saya suk...

Vitamin Untuk Wanita

  Bismillahi walhamdulillah Assalamualaikum dan apa khabar sahabat semua?😊 Pantasnya dirasakan masa sekarang kan? Sekejapnya masa berlalu, baru buat kerja pada waktu pagi, tak terasa sudah masuknya tengah hari, kemudian petang dan malam. Inilah tanda bahawa dekatnya Hari Kiamat dengan kita😥. Takut rasanya jika bekalan kita ni masih tak cukup, kan? Semoga kita sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ni sekejap sahaja. Vitamin Untuk Wanita Dalam kesibukan menjalankan tugas seharian sebagai isteri, ibu dan pekerja (bagi yang bekerja), ada ketika rasa penat dan letih menguasai diri.  Justeru, wahai wanita yang disayangi semua, jom kita sayangi diri dengan mengamalkan vitamin-vitamin daripada Shaklee. Inshaa Allah tiada keraguan dan diyakini halal dan selamat.  Saya akan share EMPAT VITAMIN SHAKLEE yang disyorkan untuk wanita😊 1. Vita-E Complex Kenapa Wanita Perlukan Vita-E Complex? Vita-E Complex dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan Vitami...

Membongkar Kehebatan Coq Trol

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi😊 Terima kasih korang sudi menjenguk lagi blog saya 😊 Entri kali ini saya nak kongsikan pula tentang kehebatan satu lagi produk Shaklee iaitu Coq Trol. Apa itu Coq-Trol Plus? Vitamin ini mempunyai kebaikan yang jarang orang umum tahu iaitu untuk membekalkan tenaga, baik untuk otak dan jantung kita. Sebelum itu jom kita kenal dulu tentang Coenzim Q10 (coQ10). Coenzim Q10 (coQ10) ialah sejenis nutrien larut lemak yang terdapat dalam hampir kesemua sel kita. Ianya merupakan antioksidan semulajadi yang bertanggungjawab untuk menghasilkan tenaga .  CoQ boleh dijumpai di dalam metakondria, 'stesen jana kuasa' yang terdapat di dalam sel. Di sini ia bertindak sebagai 'suis' untuk menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Secara ringkas, dapatlah kita simpulkan seperti di bawah: Manusia -> Organ-organ -> Tisu-tisu -> Sel-sel -> Mitokondria -> CoQ10 Jadi apa kepentingan kita mengambil CoQ10 Shaklee? Antara manfaatnya i...

Vitamin E Complex Shaklee

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua sahabat blog 😊 Masha Allah, banyak jugak ye sawang dekat blog saya ni😅 Jom hari ini saya ada benda best nak share dengan korang iaitu mengenai VITAMIN E SHAKLEE .  Penting ke ambil Vitamin E ni? Ini gambar botol Vitamin E Shaklee Saya tahu Vitamin E ni jarang orang cerita, betul tak? Selalu kita dengar tentang Vitamin C atau Vitamin B kan? Tapi takpe jom kita kenal dengan Vitamin E harini, okay 😊 Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut lemak Vitamin E mempunyai ciri antioksidan yang melawan radikal bebas dalam badan kita Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan oleh tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan mempunyai manfaat-manfaat penting untuk kesihatan Masha Allah, bestnya bila tahu manfaat Vitamin E ni kan? Dalam makanan kita ada ke Vitamin E? Ya, semestinya ada! Antara makanan yang terkandung Vitamin E di dalamnya ialah :- Minyak sayuran Sayuran berdaun hija...

Jurnal Syukur Di Malam Hari Lahirku

  Bismillahi walhamdulillah Allahumma solli'ala Muhammad, Wa'ala aali Muhammad. Segala puja dan puji hanya bagi Allah, Tuhan pemilik alam jagat raya, Maha Berkehendak atas segala sesuatu. Masha Allah, tidak berapa jam lagi akan bertambah lagi usiaku, 3 dekad lebih dan bakal menghampiri 4 dekad. Bermuhasabah, selama ini adakah aku telah menjadi insan yang bermanfaat? Dengan izin Allah, sehari sebelum Hari Raya Korban yang lalu aku direzekikan mendaftar kelas yang amat bermakna dalam hidupku iaitu Prof Muhaya Circle (PMC) Batch 8. Bukannya aku baru tahu tentang kelas ini walhal suami ku sendiri merupakan alumni PMC Batch 2. Masha Allah, ilmu bonda Prof memang tinggi, maka aku harus bijak membahagikan masa untuk mendengar, memahami dan mencatat mutiara-mutiara ilmu bonda agar ianya dapat diamalkan dalam hidupku. Dalam PMC, kami sentiasa disajikan dengan kelas-kelas ulangkaji oleh barisan fasilitator hebat yang sentiasa menghulurkan tangan dan gembira memberi dengan penuh cinta. Um...

Petua Hilangkan Jeragat

Bismillahi walhamdulillah  Entri kali ini jom kita sembang tentang topik hangat bagi kaum hawa iaitu "jeragat". Apakah itu jeragat? Jeragat ialah bonggol kuning atau kehitaman yang tersumbat pada kulit. Jeragat juga terjadi disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kalenjar sebum. Bahan ini di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kalenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. (sumber: wikipedia) Semasa usia remaja, saya tidak mengendahkan sangat dengan penjagaan wajah dan kulit pula tidak bermasalah. Namun, pada usia yang semakin beranjak ke 40 tahun, mudahnya jeragat ni menyinggah 😂 Gambar: Sumber Internet Jom kita tengok apa petua untuk hilangkan jeragat? 1) Menjaga kebersihan kulit wajah Jagalah   kulit wajah kita dengan membasuh muka sebanyak dua kali sehari. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit dan elakkan pencuci muka yang akan mengeringkan kulit kerana jeragat akan m...

Amalan Gaya Hidup Sihat

  Bismillahi walhamdulillah Assalamualaikum sahabat saya yang budiman. Tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha😊. Ramai ke yang mengadakan korban pada tahun ini? Masha Allah, semoga haiwan korban kalian diterima oleh Allah dan menjadi tunggangan kalian di Akhirat nanti. Hari Raya Korban sinonim dengan juadah ber temakan "daging". Saya sendiri tak berhenti makan daging, selain memasak sup tulang, daging masak kicap di rumah, saya dan keluarga turut memenuhi undangan jiran yang mengadakan kenduri aqiqah, dan sudah semestinya lauk yang dihidangkan ialah daging lembu atau kambing.  Sebagai orang yang kurang meminati masakan daging, bagi saya memadai saya makan sepuasnya daging semasa Hari Raya Korban. Pada kebanyakan hari, saya dan keluarga lebih suka memilih lauk ayam, ikan atau udang dan sotong sebagai juadah kami.  Kenapa Perlu Amalkan Gaya Hidup Sihat? Memakan daging dalam kuantiti yang banyak sebenarnya ada risiko kepada kesihatan kita kerana k...

The Power of Vivix

  Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam new entry saya. Apa khabar ibu-ibu yang hebat semua? Dalam kesibukan kita memainkan peranan sebagai isteri dan ibu, jangan lupa untuk sayangi diri kita dahulu okay! Ada antara kita yang lupa nak jaga diri sendiri sehingga ada ibu yang burnt out😢 Keadaan ini terjadi juga kepada diri saya. Menjadi ibu yang berkerjaya menuntut saya untuk menjaga diri dan memastikan energi mencukupi sebab saya ingin berkhidmat yang sebaiknya kepada keluarga kecil saya. Seiring dengan usia yang makin bertambah, saya dapat rasakan tenaga saya makin berkurangan dan saya merasakan saya perlu satu suplemen yang dapat bantu meningkatkan tenaga saya sehari-hari. Apabila berada dalam group leader saya, Kak Ros, beliau sering berkongsi tentang produk dan promosi Shaklee dan pada satu hari saya terbaca tentang Vivix. Saya cuba menggali dan membuat bacaan tentang Vivix ini. Antara testimoni yang saya baca ialah Vivix banyak membantu pesakit kanser...

Testimoni Shaklee

  Bismillahi walhamdulillah Apa khabar sahabat sekalian? Harapnya semua dalam keadaan yang sihat 😊 Entri kali ini saya nak berkongsi tentang kesan positif pengambilan vitamin Shaklee kepada diri saya, dengan izin Allah jua. Dalam entri saya sebelum ini, saya ada menceritakan bila kah saya mula berkenalan dengan Shaklee dan jatuh cinta dengan ESP Shaklee 💛 Sejujurnya saya betul-betul mengamalkan vitamin Shaklee pada awal tahun ini, iaitu tahun 2023 sedangkan saya mula kenal produk Shaklee pada tahun 2014. Pada ketika itu saya belum lagi bekerja dan saya berdikit-dikit kumpulkan duit untuk membeli ESP. Testimoni Bersahur dengan ESP dan Cinch Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan saya apabila dalam Ramadhan tahun ini, hampir setiap kali sahur saya dan suami akan minum ESP dan Cinch. Alhamdulillah memang rasa best bila bersahur dengan ESP dan Cinch sebab saya tidak rasa mengantuk dan perut pun tidak rasa berat. Saya sangat enjoy dengan puasa saya, alhamdulillah 😍 Saya ban...

Multivitamin Shaklee

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog budiman😊 Hari ini jom kita berkenalan dengan multivitamin Shaklee atau lebih dikenali dengan Vita-lea Shaklee.  Pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta multivitamin pertama di A.S. dalam bentuk cecair pada tahun 1915. Namun, pada hari ini, Vita-lea telah diinovasikan dan diformulasikan dalam bentuk kapsul paling cepat larut dalam badan.  Vita-lea dalam botol yang lama Vita-lea berwajah baru Jika kita lihat dan cermati kebaikan dan fungsi Vita-lea ni, antara kebaikannya ialah dapat menaikkan hb darah, pertumbuhan rambut yang sihat dan meningkatkan sistem imun. Vita-lea mengandungi 28 jenis vitamin yang diperlukan dalam badan kita. Kita mungkin tidak mampu makan makanan yang mengandungi semua jenis vitamin sehari, tetapi kita boleh dapatkan semua vitamin itu dalam 1 kapsul Vita-lea!  Antara vitamin yang terkandung dalam vita-lea ialah Vitamin A, Vitamin D, Vitamin 7, Vitamin C, Asid Folik dan Vitamin B5.  Kenapa kit...

Tips Kekal Positif

  Bismillahi walhamdulillah Masha Allah, tak sangka saya dan sahabat-sahabat hebat dalam group #billionaire sudah menyahut cabaran dalam Task ke-10 hari ini. Tahniah dan syabas semua! Dalam kekalutan aktiviti seharian, saya salute sangat dengan semangat menulis ibu-ibu Billionaire ni😍 Apabila menerima Task 10 ini iaitu "Tips Kekal Positif", saya tahu saya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan tips tetapi saya akan cuba berkongsi serba sedikit pengalaman dalam kehidupan saya. Saya yakin dan percaya bahawa setiap orang ada tips nya untuk kekal positif dan salah satu daripadanya ialah membaca kisah inspirasi daripada orang-orang yang telah berjaya. TIPS #1: BANYAKKAN BERSYUKUR Sewaktu saya awal bekerja dan pekerjaan saya adalah berstatus kontrak, saya sering berfikir dan mencari jalan untuk menambah sumber pendapatan. Pelbagai tips bisnes saya baca dan belajar agar dapat saya praktikkan. Alhamdulillah saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat circle bisnes ...