Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Harga Yang Harus Dibayar

Bismillahi walhamdulillah Waktu kian berlalu. Minggu merangkak laju. Pelbagai 'hadiah' telah ku terima sejak akhir-akhir ini, hadiah normal buat seorang bakal ibu. 'ala kulli hal, aku bersyukur kepada Allah, sesakit aku tidaklah sampai perlu menyusahkan orang lain dan inilah yang acap kali aku minta daripada Dia.  Awal kehamilan sememangnya mengujakan diriku, iyalah kerana inilah impian kami untuk memiliki zuriat sendiri, alhamdulillah. Dan sememangnya detik-detik kehamilan banyak sekali mengajarku erti sebuah SABAR, POSITIF dan KUAT untuk meneruskan kehamilan ini biiznillah. Betapa hebatnya Yang Maha Pencipta, tidak semudah ABC kehamilan itu dilalui oleh setiap bakal ibu dan para ibu tetapi kehamilan itu disertakan dengan ujian-ujian kecil agar si ibu bisa mempersiapkan dirinya untuk menerima ujian amanah si kecil yang jauh lagi mencabar. Allahu Akbar!! Saban hari, aku sering mengingatkan diri sendiri bahawa Allah bersamaku. Aku harus kuat dan tidak boleh lemah d...

Perjuangan Ini...

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillahi Rabbil'alamin, pujian selayaknya bagi Allah, Tuhan pemilik alam ini. Selawat dan salam untuk Junjungan tercinta, Khaatimul anbiya' Muhammad s.a.w. Saya kira tirai Muktamar PAS ke-59 sudah pun berlabuh. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Cemburunya saya kepada para muktamirin dan muktamirat yang menghadirkan diri ke sana, semoga mereka semua diganjari Allah Ta'ala. Betapa naifnya saya, banyak sekali perkara yang wajib saya pelajari dalam erti kata bergelar seorang pendukung harakah Islamiyyah. Jika sekadar bersenandung di alam maya, bukanlah saya ini layak bergelar seorang pejuang, astaghfirullah.. Benarlah, jalan perjuangan ini sentiasa terhidang dengan mehnah, tribulasi, susah payah, fitnah dan segala macam penjara dunia yang merimaskan. Betapa hati ini bagaikan tersiat di setiap kali mata tertancap khabar-khabar buruk tentang perjuangan, telinga terdengar fitnah yang menikam dalam jasad perjua...

Sabtu Yang Optimum

Bismillahi walhamdulillah Hari Sabtu yang padat. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang memuaskan. Seawal 8 pagi sudah tercatuk saya di hadapan kakak misi Klinik Desa Kelang Lama untuk check up 5 hari berturut-turut dek kenaikan berat badan melebihi 1 kg! Penangan Juliana's memang tidak dapat dinafikan dan inilah 'hadiah' yang saya terima =) Usai check up, saya menemani suami ke Mengkuang Dam, antara tempat femes untuk berjogging dan beriadah. Alhamdulillah bersyukur dapat menghela nafas daripada udara nyaman tasik dan bukit bukau menghijau walaupun hanya berjogging di atas kerusi :p Berjogging sudah, tiba di rumah pada jam 10 pagi. Dhuha seketika, memohon agar Dia melimpahkan keberkatan rezeki kepada kami sekeluarga. Next project, saya teringin untuk membuat puding gula hangus hehe..sudah lama meng'ushar' resepi lalu pada hari ini terkabullah hajat untuk makan puding gula hangus, alhamdulillah ya Rabb! Komen: puding gula hangus saya agak manis, mu...

Baitul Muslim Haraki

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah selesai sudah hari penamaan calon bagi N20 Sungai Limau. PAS meletakkan Ustaz Mohd Azam bin Abd Samad, 37 (Ketua Pemuda PAS Kawasan Jerai) manakala BN mempertaruhkan Dr Ahmad Suhaimi Lazim, 52 (Pensyarah Kanan UPSI). Keadaan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan dan provokasi Alhamdulillah. Saya amat tersentuh dengan setiap fenomena yang berlaku di dalam parti perjuangan kami ini iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS). Saya dapat menyaksikan bahawa tulus dan ikhlasnya setiap ahli PAS terutama golongan-golongan yang lebih tua dan lebih senior dalam sepak terajang perjuangan ini. Mereka benar-benar memahami aqidah perjuangan yang sedang mereka intima' dan mereka bai'ahkan sejak usia muda mereka, Allahu Akbar!! Mereka mengotakan apa yang dikata, melaksanakan apa yang telah dirancang dan istiqomah walau apa jua fitnah dan tohmahan yang sentiasa menyerang PAS. Begitu kerdil rasanya diri ini dalam menginfakkan seluruh ji...

Ibrah Khutbatul Wada'

Bismillahi walhamdulillah Tidak sedar masa yang amat pantas berlari. 4 Zulhijjah 1434H hari ini. Alhamdulillah kita masih diberikan modal nyawa selain nikmat Iman dan Islam dalam meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba dan khalifah-Nya. Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan yang dimuliakan Allah selain bulan Zulqaedah, Muharram dan Rejab. Justeru, kita dianjurkan untuk membanyakkan amalan-amalan sunat terutama pada 10 hari awal Zulhijjah. Selain ibrah pelaksanaan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan Haji di Makkah bagi yang berkemampuan, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah, kita terlupa akan satu peristiwa besar yang berlaku pada hari Arafah, 9 Zulhijjah pada tahun ke-10 kenabian iaitu Khutbatul Wada' oleh Nabi yang kita kasihi Muhammad s.a.w. Pada hari yang mulia itu, Nabi menaiki untanya yang bernama 'Quswah' menuju ke Lembah Qurainah. Lalu Nabi mengumpulkan semua jemaah Haji pada waktu itu yang seramai 114 ribu ora...

Perjalanan Belum Berakhir

Bismillahi walhamdulillah Berat rupanya menyarungkan jersi Sarjana ini. Jika ditanya perasaan kala ini, tiada jawapan solid yang boleh diberikan. Amanah seorang penuntut ilmu sangat berat, malah teramat berat dalam mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyebarkannya.  Esok adalah harinya. Ya hari yang amat disyukuri oleh kami semua, para graduan Universiti Malaya. Klisenya, pasti hari esok umpama layar perak yang memainkan segala suka duka kami tika bergelar seorang pelajar di UM. Alhamdulillah sebaik-baik ucapan. Saya sesungguhnya tidak akan mampu untuk melalui perjalanan penuh warna warni ini tanpa sokongan yang tidak berbelah bagi daripada rakan-rakan dan para pensyarah saya. Semoga rahmat Allah terlimpah buat kalian! Dunia mahasiswa amat menenangkan hati saya. Tidak perlu terikat dengan big boss atau mana-mana peraturan pekerjaan. Bebas ke mana sahaja menemui rakan-rakan dan pensyarah. Bebas untuk beraktivisme, berziarah, berusrah, beriadah dan 'melancong...

Kehilangan

Bismillahi walhamdulillah Rakyat Kedah hari ini dikejutkan dengan berita pemergian mantan MB Kedah iaitu Ustaz Azizan Abd Razak pada jam 11.05 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Kedah. Innilalillahi wainna ilaihi raaji'un. Begitulah akhir perjalanan hidup seorang insan, pasti akan kembali ke pangkuan Tuhannya. Allahu..Ratusan status di FB mengutus takziah atas pemergian almarhum di samping gambar-gambar sekitar pengebumian almarhum juga dimuat naikkan. Sayu sungguh hati ini menatap ramainya yang hadir mengucapkan selamat tinggal kepada beliau. Subhanallah! Hebat dan mulianya seseorang insan itu boleh diukur dengan melihat berduyunnya manusia yang hadir menyolati jenazahnya. Begitulah yang dapat dilihat kepada sosok mulia yang dihormati lagi dikasihi ini.  Sejujurnya saya agak terkilan kerana tidak mengenali almarhum dengan dekat semasa hidupnya. Hanya mengikuti perjuangan dan pimpinan almarhum dari jauh. ...

Coret-coret Marhaen

Bismillahi walhamdulillah Pimpinan kerajaan penggal ini dilihat kucar-kacir baik dalam pengurusan negara mahu pun merespon kepada isu rakyat. Respon-respon mereka dilihat amat tidak matang dan umpama anak-anak kecil juga bisa menjawabnya. Ungkapan seperti "harga ayam mahal, jangan makan ayam" , "tidak bersetuju dengan pendidikan di Malaysia, jangan hantar anak bersekolah di Malaysia". Rasa mahu ketawa sambil berguling pun ada, takkan seorang menteri yang menjadi peneraju kepada rakyat boleh mengeluarkan keputusan sedemikian? Senaraikan isu-isu yang sedang hangat melanda negara tercinta kita ini; harga petrol RON95 naik 20 sen, harga barangan runcit naik, kes tembak-menembak, kes gangster dan kongsi gelap, isu KUIN dan perbelanjaan negeri Kedah yang meningkat, 13 orang ditahan kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan haram semasa angkat sumpah MB Perak, penoreh getah yang menyertai BERSIH 3.0 didenda dan dipenjara dan banyak lagi. Ada lagi satu isu yang na...

Keluarga Juliana Berkembang ^^,

Bismillahi walhamdulillah "Isteri dan anak-anak adalah perhiasan dunia" Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan Maha Pencipta, yang menciptakan manusia dari setitis air mani yang hina. Lalu menjadi segumpal darah, menjadi tulang, tulang kemudiannya dibalut dengan daging, dirupakan dengan sebaik-baik rupa dan bentuk lalu ditiupkan roh oleh Allah. Subhanallah! Tabarokallah! Alhamdulillah, adinda dikasihi Sakinah telah selamat melahirkan putera keduanya pada tanggal 8 September 2013 pada jam 5.01 petang di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Putera kedua yang diberi nama Muhammad 'Imad Aqil menambahkan lagi seri kepada keluarga besar Juliana kami, Alhamdulillah.  Inilah Abang Long Fathi ^^, Ini adik Fathi, 'Imad Terimbau kenangan kami 9 beradik yang jarak kelahiran agak dekat, ada yang setahun, 2 tahun dan paling lama adalah 4 tahun. Seperti juga Sakinah, jarak kelahiran anaknya yang pertama dan kedua hanyalah setahun 1 bulan...

Back to Basic!

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Nikmat terbesar selepas nikmat Iman dan Islam adalah nikmat Sihat. Syukur infiniti kepada-Nya, badan rasa lebih sihat dan segar hari ini. Namun di sana, banyak kelompangan yang wajib diperbaiki baik dari sudut ibadah, tanggungjawab sebagai isteri, peranan di dalam masyarakat dan melunaskan sedikit lagi urusan Masterku. Apa khabar anakku? Ummi mendoakan kesejahteraan dan kesihatanmu di alam rahim sebagaimana ibu Ummi dahulu mendoakan Ummi. Maafkan Ummi andai kurangnya alunan Al-Quran dan zikrullah buatmu, insyaAllah akan Ummi usahakan untuk saban waktu menjadi makanan rohanimu. Subhanallah, Tabarokallah! Hebatnya Tuhan yang menciptakan kita duhai anakku.. Pujian selamanya buat-Mu Tuhanku, yang tidak pernah jemu mencurahkan nikmat-Mu melimpah ruah walau kami masih malas dalam mengerjakan ibadah kepada-Mu. Allah..lemahnya iman kami..Terima kasih ya Allah, Engkau tidak pernah membiarkanku kesunyian, Engkau mempertem...

Eid Mubarak dan Amanah

Bismillahi walhamdulillah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah pada hari ini. Rasa seperti 'baru hidup' dek hampir 2 minggu lemah longlai dan tidak dapat menunaikan segala kewajipan dengan sebaiknya. Astaghfirullah'ala kulli zanbin.. Lama sangat tidak menjenguk dunia blog, gembira membaca perkembangan sahabat-sahabat; baik yang bakal bergelar ibu, baru bergelar ibu, sedang bertungkus lumus dengan PhD dll. Namun begitu, berita saudara-saudara Mesirku tidak akan dilupakan. Betapa kerdilnya diri ini jika mahu dibandingkan dengan kentalnya semangat jihad mereka. Allahu.. Ramadhan sudah pun berlalu. Setelah lama tidak ke rumah Allah, alhamdulillah diizinkan-Nya untuk sujud di dalam Masjid Al-Huda Kelang Lama, masjid saban hari saya dan suami bertarawikh. Allahu..perasaan rindu kepada Ramadhan tidak dapat diungkapkan. Benarlah Ramadhan pasti berlalu tetapi Tuhan Ramadhan sentiasa ada, sentisa menunggu hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas beri...

Ramadhan Tiba Lagi

Bismillahi walhamdulillah Allah bersumpah dengan MASA , wal-'asr ! Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Benarlah, manusia itu di dalam kerugian jika kita mensia-siakan masa yang dipinjamkan Allah untuk kita. Astaghfirullah'ala kulli zanbin.. Kita kini berada di dalam bulan Sya'ban, empat hari sudah berlalu. Berbaki lebih kurang 26 hari lagi untuk bertemu dengan Ramadhan. Allahu Allah..Bagaimanakah dengan persiapan yang sudah kita lakukan? Apa kata untuk Ramadhan kali ini kita tajdid niat kita untuk mencantikkan lagi amal fardi kita? Jom kita semak checklist di bawah: Solat fardhu di awal waktu Sentiasa dalam keadaan wudhu' Berusaha untuk tahajjud pada setiap hari Banyakkan zikrullah Banyakkan tilawatul Qur'an dan tadabbur Menjaga hati, mata, lidah dan anggota badan yang lain daripada melakukan maksiat (contoh: zina mata, zina hati dll) Bersedekah  Mengeratkan silaturrahim terutama dengan jiran tetangga (contoh: bertukar-tukar jua...

Hati Yang Penuh

Bismillahi walhamdulillah Lama dan sangat lama sekali saya tidak menulis. Asbab utama adalah tiada modal hendak menulis dan kurang sekali membaca kala ini =( Banyak peristiwa yang berlaku dua, tiga bulan ini. Bermula dengan peristiwa besar Malaysia iaitu PRU13 yang penuh dengan noda hitam sehinggalah kisah Safwan Anang, Pengerusi SMM yang sangat utuh prinsip perjuangannya. PRU13, digelar juga mother of election  telah menjadi sejarah hitam yang tidak akan dilupakan oleh rakyat sampai bila-bila. Terlalu banyak cerita sedih jika hendak dicoretkan tetapi lebih eloklah jika dibaca di sumber-sumber yang lebih ahsan dan mantap faktanya. Sebagai marhaen, saya menjadi pemerhati sepenuh masa dan sentiasa mendoakan Malaysia yang saya cintai ini aman sentosa tanpa rasuah dan korupsi yang menggelapkan mata manusia. Tertarik saya kepada kisah Safwan Anang; nama yang cukup popular dalam dunia mahasiswa kini. Mungkin saya sudah meninggalkan alam kampus menyebabkan saya kurang cak...

Hanya Sebuah Research Paper

Bismillahi walhamdulillah Hamdalah atas nikmat Iman, Islam, Seehah dan bergelar zaujah selama 1 tahun 1 bulan. Baitul Muslim kami masih lagi bertatih. Masih banyak yang perlu saya perbaiki dan koreksi diri.  Apa khabar Research Paper saya? Sudah masuk semester kedua perjalanan RP saya. Ujian yang silih berganti mengingatkan saya bahawa ilmu Allah terlalu mahal, hanya mampu diraih oleh mereka yang ikhlas dan sabar. Subhanallah! Tabarokallah! Kesabaran harus digandakan. Bak pesan sahabat, "sabar di atas sabar". Subhanallah, indah sekali bait-bait ini. Kadang kala kerenah birokrasi amat menguji iman tetapi cepat-cepat berpesan kepada diri bahawa anda tidak berseorangan mengharung kerenah ini, mereka yang lain juga (baca: researcher) turut berhadapan dengannya. Apa lah sangat ujian yang kecil ini untuk saya..Ramai lagi insan di luar sana yang jauh lebih hebat ujian mereka. Allah menguji seseorang sesuai dengan kadar imannya. Nah hitunglah sekadar mana imanmu? All...

Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Sayonara Lembah Pantai!

Bismillahi walhamdulillah Biiznillah, saya dan suami dapat bermusafir ke bumi tarbiyah kami sejak alam matrikulasi, Petaling Jaya. Alhamdulillah perjalanan pergi dan pulang dalam keadaan selamat dan aman. Syukur Ya Allah.. Berkira-kira awalnya mahu menggunakan kereta Ayahanda sementelahan kereta suami (baca: Si Biru) yang belum diservis. Akan tetapi, pada hari Jumaat lepas, suami berhasrat untuk menservis Si Biru dengan harapan dapat membawa kami ke KL. Pujian untuk Allah, kondisi Si Biru adalah selamat untuk bermusafir, maka kami teruskan rencana kami untuk ke KL menunggang Si Biru =) Jam 8.30 pagi kami bertolak. Alhamdulillah hari dan cuaca yang baik seolah-olah menyambut kedatangan kami ke KL. Sampai di rumah sewa saya iaitu Vista Angkasa pada pukul 1.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kami, saudara Firwan yang sudi membantu mengangkat barang-barang saya yang sangat banyak itu. Tinggalan 2 tahun! Selesai barang-barang dimasukkan ke dalam perut Si Biru....

Sawang

Bismillahi walhamdulillah Fenomena 'sawang' yang acap kali menimpa golongan blogger rupanya turut melanda kepada saya. Saya nampaknya lebih senang memaksimakan 'mukabuku' berbanding blog. Maafkan saya LTC, saya akan cuba berusaha untuk membersihkan 'sawang' ini. Mac hari ini. Bersamaan 18 Rabi'ul Akhir 1434H. Masa yang menggigit semakin mendera hati dan perasaan ini. Cuba mencari 'butang hijau' saya dengan meminjam spirit teman-teman MEc yang sudah berjaya menamatkan Research Paper mereka. Fighting Fizah! Seperti yang selalu ditiupkan oleh Fatimah, cewek Jambi saya =) Semakin tidak sabar untuk menamatkan Research Paper saya dan semakin tidak sabar untuk melangkah ke dunia pekerjaan. Bahtera MEc sudah tiga perempat dalam pelayarannya, sudah mengharung ombak kecil, ombak ganas juga ribut taufan. Tidak mustahil bahtera saya ini bakal berdepan dengan ombak dan taufan lagi jika persediaan saya masih belum mantap. Mohon Allah besarkan iman say...